Jumaat, 7 Oktober 2016

DR FAUZIAH SELAMAT PULANG

Alhamdulillah Dr Fauziah Hassan, wakil tunggal dalam women boat to Gaza telah selamat kembali ke tanahair dari Bangkok. Beliau menyertai 12 wanita dari negara lain dalam misi kemanusiaan menuju ke Gaza.

Dr Fauziah Hassan telah selamat tiba ke tanah air dari Bangkok, Thailand hari ini selepas dibebaskan oleh rejim Israel.  Beliau tiba bersama suaminya Prof. Alauddin Mohd Ali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.47 malam tadi dengan menaiki pesawat Thai Air TG417.

Rabu lalu, kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva bersama 13 ahli misi WBG Zaytouna-Oliva yang terdiri daripada tiga kru dan 10 penumpang termasuk seorang wakil tunggal Malaysia dan Asia, Dr Fauziah telah ditahan oleh rejim Israel, ketika tiba di Pelabuhan Ashdod, kira-kira pukul 6 pagi tadi (waktu tempatan).

Kapal dengan 13 aktivis wanita pelbagai latar belakang dari 12 negara itu berlepas dari Barcelona, Sepanyol, 21 hari lalu.

Mengikut laporan, kapal tersebut terputus hubungan pada pukul 8.50 malam, kurang 50 batu nautika dari Gaza - Utusan Online


Tahniah Dr Fauziah, puan telah menunaikan tanggungjawab sebagai ikhwan sejati terhadap Muslimin Palestin.  Berjaya atau tidak adalah ketentuan Allah swt yang penting anda dan 12 srikandi lain telah berusaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA