Isnin, 3 Oktober 2016

KISAH MAAL HIJRAH - IBRAH HIJRAH NABI S.A.W

Dalam dunia ada dua sistem kiraan tahun berdasarkan matahari dan berdasarkan bulan. Orang-orang barat mengira berdasarkan matahari. Orang timur mengirakan berdasarkan kiraan bulan. Berdasarkan kiraan bulan lebih cepat 11 hari. Hijrah Nabi saw bermula dalam bulan Safar dan sampai pada bulan Rabiul Awal bukan pada bulan Muharram.

Pada zaman Saidina Umar bermulanya kiraan tahun Hijrah.pada 1 Muharram (bulan Muharram adalah perintah untuk berhijrah).

PADANG PASIR

HIJRAH DIRI


Beberapa pengajaran dari Hijrah -

Kisah Pertama

1. Sebelum berhijrah ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w telah menyusun perjalanannya dengan teliti. Bermula dari rumahnya sendiri beliau meminta Saidina Ali untuk menggantikannya ditempat tidur.

2. Mengupah Abdullah Abu Uraiqit untuk menunjukkan jalan lain ke Madinah, mencari jalan yang baru yang tidak diketahui oleh orang-orang Quraish.

3. Amir bin Fughairah - diupah untuk membawa kambing-kambingnya di tengah perjalanan Nabi Muhammad saw.  Supaya setelah Nabi saw lalu kambing itu dihalau ke Makkah untuk menutup jejak mereka.

Pengajarannya disini apabila diberi ujian jangan berputus harap dan menyerah sahaja pada nasib. Allah swt turunkan ujian maka Allah swt suruh kita berusaha untuk mengatasi ujian pun datang.

Usaha yang berterusan perlu diiringi dengan doa kepada Allah swt digabungkan dengan solat hajat dan solat istikharah.

Kisah kedua

Ketika Nabi saw dikejar oleh Suraqah Bin Malik - kuda yang ditunggang oleh Suraqah terjatuh sebanyak 3 kali tidak berjaya menghampiri rombongan Nabi Muhammad s.a.w. Di sinilah pertolongan Allah telah datang kepada mereka. Pengajaran di sini adalah pertolongan Allah swt sentiasa dekat dengan orang mukmin. Nabi Muhammad saw telah masuk Islam dan dijanjikan kepadanya gelang maharaja Parsi.

HIJRAH adalah perpindahan, perubahan, meninggalkan suatu tempat. Berpindah dari sifat yang buruk kepada sifat-sifat yang terpuji. Ibrah dari peristiwa Hijrah ini:-

5 perkara yang perlu diubah adalah :-

1. Kepercayaan hanya kepada Allah swt.
2. Cara melihat hidup kita - Hidup hanya mencari keredhaan Allah swt
3. Cara melihat diri kita - Orang mukmin perlu berusaha jangan berputus asa
4. Cara melihat dunia - Kehidupan dunia ini hanya sementara, jangan simpan dunia dalam hati. Dunia ini yang kekal hanyalah Akhirat
5. Cara kita melihat manusia - Setiap manusia punya kekurangan belajar menerima kekurangan orang orang lain.

Kelima-lima perubahan diatas ini dikaitkan dengan rukun Islam yang lima.
No. 1 - dikaitkan dengan Syahadah
No.2 - dikaitan dengan solat
No. 3 - dikaitkan dengan perintah berpuasa. Sabar dengan dugaan dan cabaran.
No. 4 - dikaitkan dengan zakat, perintah mengeluarkan zakat dan infaq
No. 5 - dikaitkan dengan haji dimana berjuta-juta orang berkumpul dengan bermacam-macam karenahnya.Perlu bertolak ansur dan bersabar tidak boleh mementigkan diri sendiri.

Ayat 11 surah Ar-Raadu - Allah swt menyatakan dalam quran sesungguhnya Allah swt tidak merubah sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang dalam diri mereka. Selepas perisitwa Hijrah umat Islam lebih cemerlang dan terbilang. Sejarah telah menyaksikan meluasnya kekuasaan Islam.

Tahun 14 Hijrah - jatuhnya Parsi - Saidina Umar tela menyerahkan gelang Kisra kepada Suraqah.
Tahun 17 Hijrah - jatuhnya Rome
Tahun ke 20 Hijrah Islam telah sampai ke Nusantara dan China

NABI SAW berkata pada setiap awal kurun akan ada gelombang yang mengembalikan kegemilangan ag
ama. Sekarang kita berada di tahun Hijrah 1438 bermakna sehingga tahun 1450H. Selepas itu apakah yang akan berlaku maka kita lihat kembali peristiwa-peristiwa lampau kerana sejarah adalah satu pengulangan peristiwa di suatu tempat yang berbeza dan masa yang berbeza.

#check out Keperluan Umrah dan Haji di page ini juga.
#kredit kuliah Ustaz Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA