Khamis, 13 Oktober 2016

UMRAH DAN ZIARAH TREND TERKINI

Assalamualaikum, pepagi gi dapat whatssap dari kawan sebelah invitation untuk umrah musim sejuk ni. Berdesup desap rasa hati bila baca, akak memang ler nak pergi umrah juga cuma masanya tertakluk kepada budget ya.

Kali ini hajat hati akak nak pergi umrah dan ziarah sekali first priority akak nak pergi umrah dan ziarah Taif sekaili.

Kawan-kawan akak jemaah Surau Nurul Iman, depa buat program nak gi umrah bersama anak Syarikat Andalusia. Umrah dan Ziarah ke Amman/Baitul Maqdis budget rm8,000++. 

Kalau lah ada budget lebih nak ajer ikut, akak pun ala-ala dah free lance cuti no problem sepanjang tahun akak cuti. Agaknya lah..mudahan Allah swt bagi akak kecukupan rezeki dan akak sayonara terus pada office hour.

CREDIT GAMBAR - TRAVELANNUR.BLOGSPOT. 


Akak selalu follow program Ustaz Muhammad Abdullah Amin kat IKIM, beliau memang specialist dalam membawa jemaah melawat Palestin. Setiap bulan ada sahaja rombongan ke Palestin dan ada juga rombongan yang terus ke Arab Saudi untuk umrah dan ziarah terus.



Setiap hari Rabu on the way balik dari office dulu selalulah dengar sembang-sembang beliau. Cara penceritaan beliau tu buat kira mengedik-gedik rasa hati nak mengikut rombongan umrah dan ziarah ke Palestin kalau Allah swt bagi rezeki dan izin Nya.

Meh kita share kat bawh ini company yang ada buat trip umrah dan ziarah ke Istanbul kalau adik kakak berminat boleh contact depa no. jangan contact hajjah baery akak bukan travel agent tapi kalau depa ni nak kasi akak komisen promote syukur Alhamdulillah.





ANDALUSIA PACKAGE START FROM rm7000++
details boleh check kat website Andalusia

Kalau ler duit akak ader berkepok-kepok bawah bantal tu seronoknya tiap tahun boleh gi umrah dan ziarah ke negara-negara Islam nie. Sebelum hancur macam berlaku kat Syiria, moga Allah swt lindungi negara-negara orang-orang Islam tiadalah lagi kehancuran berlaku.

Budget untuk umrah dan ziarah nie anggaran RM8,000 +++ dan memerlukan cuti lebih kurang 2 minggu untuk pergi ke semua tempat yang dirancang. Kepada yang dah berusia bawahlah bekalan ubat-ubat yang cukup dengan minum air bersih yang banyak. Untuk duit saku anggaran rm2,000 - rm3000 ++ juga lah ya.

#keperluan haji dan umrah pakej jimat
#stokinsolat#kasut tawaf plus size#telekungcotton

1 ulasan:

  1. Bestnya kak kalau dapatikut program umrah dan ziarah ini, tapi itulah budget pulak...tapi klau ada rezeki dan izinNya in sha Allah..

    BalasPadam

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA