Isnin, 27 Januari 2020

UMRAH 2020 - WE ARE OPEN FOR BUSINESS

ASSALAMUALAIKUM, sunyi KL bila cuti panjang. Orang Malaysia sangat unik cuti panjang jer balik kampung. Tak kira 9 - 12 jam perjalanan tetap akan balik ke desa atau luar kota.

Tak kami masih disini, still di Kuala Lumpur sahaja.  Kak Hajjah memang mengelak untuk drive keluar kota musim Chinese New Year.  Tak sanggup nak duduk 6 jam dalam kereta dalam cuaca sekarang yang panas lit-lit. 

Jadi yang mencari barang keperluan umrah boleh wasap Kak Hajjah, insyaAllah kita cuba bantu anda dengan barang-barang yang anda perlukan ya.

Kelmarin dan pagi ini kita pun dikunjungi oleh bakal jemaah yang hendak menunaikan umrah bersama keluarga.  Alhamdulillah ada yang pertama kali pergi dan ada yang dah pergi beberapa kali.

Untuk yang pertama kali sememangnya sangat teruja nak ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Agak lebih belanja sedikit sebab tiada lagi barang kelengkapan yang khusus. Tetapi jangan bimbang, Allah dan janjikan rezeki berlipat ganda atas setiap perbelanjaan yang dikeluarkan.

Terimakasih kepada keluarga Kak Jasiah dari Selayang datang dengan anak-anak gadisnya. Membel telekung poket ziarah, stokin tebal dan handsock. InsyaAllah setiap yang datang tu adalah small gift dari kami.

Juga pada keluarga Aishah dari Ukay Perdana yang dengan ibu dan adik mencari pakaian haji umrah dengan kami. Ibu Aishah dah pernah pergi jadi sebagai top up sahaja kepada barang-barang yang sedia ada ya.

Terimakasih kepada Anda yang beri peluang kepada kami untuk menyantuni anda.

WASSAP KAK HAJJAH - 011-27902884
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA