Duyufur Rahman hadiah dari Allah swt
Teruja sangat malam Nie. Baru jap ni ada Anak Kariah datang umah nak tengok telekung dan stokin. Ingatkan nak beli kat Mak Baru dapat citer dia orang Anak beranak dapat gi haji. Ayah, Mak dan Anak daranya.
Mak Anak ni wheel chair Kalau musim tarawih jumpalah dia orang kat masjid. Ika selalu tolong surau buat kerja hidang setiap kali ada kuliah. Kalau mak dia datang surau, ika akan pakaikan telekung dan uruskan mak dia. Adalah sikit saguhati Yang ika dapat.
Kak hajjah impressed sebab dia orang daftarkan Anak ni dari kecil. Sebab dari mata kasar rasanya macam family sederhana. Ika anak tunggal of course dia pun kena jadi pengiring Mak dia.
Apa Yang boleh ambil iktibar Kalau kita hendak ada sahaja jalan Allah bagi. Sebab Ada orang yang berkemampuan tapi tak berkehendak tak sampai Hidayah.
Sambil briefing barang apa nak bawak cuci sikit lah telinga Anak dara Nie biasalah kita Memang Kaki bebel.
Saya bagi list semua barang keperluan dan cuba beri sedikit pandangan untuk dua beranak nie sebab banyak barang keperluan yang belum ada lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan