Jumaat, 16 Disember 2016

YUSUF MANSOR PERKONGSIAN TERBAIK


Kak Hajjah diperkenalkan dengan Kiyai Yusuf Mansor ini oleh seorang sahabat, sebelum ini dah pernah tengok Ustaz ini tetapi tak tau yang beliau seorang hafiz, pakar motivasi dan penceramah yang hebat.

Kata-katanya sangat inspirasi mengajar maudhuk nya untuk kembali kepada AlQuran, kembali kepada Allah swt dan meletakkan seluruh harapan dan pertolongan hanya kepada Allah swt. Dua tiga video baru boleh faham apa yang cuba disampaikan. 

Hanya Allah swt tempat bergantung rezeki boleh datang berbagai cara mungkin datang dari orang lain bukan dari usaha kita sendiri. Kita kena berusaha dan berikhtiar tetapi jangan letakkan usaha kita segalanya. Hanya Allah swt yang menentukan usaha kita itu berjaya atau tidak. Hanya peratusan yang kecil berjaya selebihnya gagal. Walaupun usahanya sama tetapi hasilnya tidak sama.  Itulah bukti Allah swt Yang Maha Berkuasa untuk memberi sesiapa yang diinginkan. 

Ustaz Yusuf Mansor menekankan dan menyarankan beramal dengan AlQuran, menghafaz AlQuran dan memaksimumkan solat malam dan solat dhuha.  Kalau kebiasaan orang-orang biasa seperti kita cuma ambil rakaat yang paling minimum tetapi Ustaz Yusuf Mansor menekankan Solat Tahajud maksimum 12 rakaat dan Solat Dhuha 8 rakaat.

Ustaz Yusuf Mansor juga mengajarkan sedeqah jangan takut untuk bersedeqah belajar. memberi yang terbaik.  Bersedeqah yang besar-besar bukan sedeqah yang kecil-kecil.

Anda nak tau layan channel beliau di you tube.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA