Yuran Visa batal inilah berita yang sangat diharapkan dan didoakan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Ramai negara Islam dan rakyat muslim terjejas bila kerajaan Arab Saudi menaikkan visa sehingga RM2300, kalau di Malaysia. Negara lain ikut local currency.
Berikutan kenaikan ini ada geng yang batalkan passport lama buat passport baru nak selamatkan diri dari kenaikan harga tu.
Syukur sesangat terutamanya orang yang tiap-tiap tahun pergi umrah, kadang tu siap bawak satu keluaga lagi. Cuti sekolah gi umrah, bulan Ramadan pergi umrah. Kita sangat berterimakasih kepada Raja Salman untuk issue ini.

Tapi kan Kak Hajjah selalu gak follow pasal King yang baru ni, dia ada sikit lain dari King yang terdahulu, Kalau dulu ikut jer telunjuk negara KFC tu. Raja Salman ada ketikanya lebih berani menegakkan kebenaran.
Menurut seorang sahabat juga agen travel, yang pasti sesiapa yang nak pergi umrah dalam tahun yang sama tu masih dikenakan extra visa tetapi sesiapa yang pergi umrah untuk tahun sebelumnya tidak dikenakan visa. Syukur ya Allah ada harapan kak Hajjah nak gi umrah next year.
Kerajaan Arab Saudi brought issue ni pada bulan September disebabkan masalah ekonomi yang serius dihadapi disebabkan kejatuhan harga minyak dan masalah peperangan yang dihadapi dengan puak Houti Yaman.

PETIKAN DARI AKHBAR SINAR.
RIYADH - ARAB SAUDI. Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman mengisytiharkan pembatalan yuran visa bagi umrah dan haji bermula tahun ini.
Ia susulan protes rakyat Mesir dan umat Islam di negara lain berkenaan yuran visa itu yang disifatkan mahal.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ahli Jawatankuasa Tinggi untuk haji dan umrah, Nasir Toruk, lapor Alborsa News.
Selain pembatalan caj baru yang dikenakan itu, Arab Saudi juga kan memberikan dua visa percuma untuk setiap syarikat berlesen yang bekerja dalam bidang haji dan umrah.
Sementara itu, pihak berkuasa Arab juga turut menggesa orang Mesir untuk menubuhkan satu badan yang mengawal syarikat-syarikat di sini khusus dalam sektor pelancongan agama.
Bekas Ketua Jawatankuasa Pelancongan Agama, Basel Al-Sisi mengatakan bahawa pembatalan caj ini akan memberikan kesan positif kepada sektor pelancongan agama.
“Ia merupakan langkah positif ke arah yang betul,” katanya kepada wartawan. Lihat link Visa Naik
Alhamdulillah. X sepatutnya kos visa haji dinaikkan. Kesian kpd umat Islam yg nak beribadah. Saya follow blog puan hajjah, ya? no 14.
BalasPadam