Tahukah sahabat di dalam Al-Quran terdapat satu surah yang menegaskan bahawa sesudah kesusahan itu tentu ada kesenangan?
Dunia ini memang tempat ujian. Ada ujian kesusahan dan ada ujian kesenangan. Asalkan kita orang beriman, selepas kesusahan tentu ada kesenangan, dan syurga itulah kesenangan yang hakiki.
Sekiranya anda mengalami kesusahan, bacalah selalu surah Al-Insyirah ini. Insya Allah kesusahan yang anda alami akan diganti dengan kesenangan.
Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah.
Terjemahan Surah Al-Insyirah:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.FADILATNYA:-
1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.
4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.
5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.
Sahabat, cuba amalkan baca selama 30 hari dengan memahami maknanya, InsyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.
Ikhlas
Ustaz Zainuddin @Yeop
Pengerusi Akademi Al-Quran As-Sunnah(AQS)
Duta Aman Palestin

Tiada ulasan:
Catat Ulasan