Rabu, 4 Julai 2018

ADAM RAYQAL MALAYSIA MENANGIS

Hari ini satu Malaysia bercakap tentang bayi comel Adam Rayqal. Sebelum ini kita tak kenal pun baby Adam dan orang tuanya. Tapi hari ini jadi headline kat tv, surat khabar dan media sosial.

Saya tak nak ulas lagi kronologinya cuma biq why dalam kepala ini apa dah jadi dengan orang Malaysia ni terutama yang Islam. Majoriti kes yang keluar kat media pelaku dan mangsa semua orang Melayu Islam. Buang anak, bunuh anak, dera anak. Why????

Simpton penyakit mental dah jadi barah kah? Masalah ekonomi kah? Kurangnya didikan agama kah?

Ini bukan masalah individu ini masalah masyarakat?? Bukan hal anak orang tapi urusan setiap orang. Ngilu rasa hati bila baca apa saja kaitan dengan dera anak ni Kak Hajjah skrol laju-laju. Aku jadi trauma kot mula teringat ker cucu kita.

Ibu ayah bawalah keluargamu kembali ke jalan yang Allah swt redhai. Bebaskanlah keluargamu dari api neraka. Sayang anak bukan bagi semua kehendaknya. 

Orang dulu pun garang tapi tak derlah sampai mati pun. Anak 8 nak kasi makan dan sekolah. Baju ganti masa raya jer. Lauk nasi, ikan kering, telor dan ikan basah. Jumpa ayam sesekali, daging masa kenduri kahwin. 

Apakah kita sekarang ambil mudah semua perkara. Sudah hilangkah ihsan dan insan dalam diri kita.

Takziah untuk ibu ayah Adam bersabarlah nak, Allah swt cuma bagi pinjam kat kita, mungkin dia cuma mintak nak lihat dunia tetapi bukan melalui cabaran dunia.

No photo sebab Kak Hajjah rasa jadi ngilu hati tengok muka baby comel nie.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA