Tanpa sedar kita sudah bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Alhamdulillah sampailah hingga ke saat ini.
Tanpa sedar dah 7 purnama Kak Hajjah meninggalkan dunia makan gaji. Alhamdulillah masih bertahan lagi, mohon pada Allah swt di bulan Ramadhan yang mulia ini kita semua beroleh rezeki yang melimpah ruah samada kesihatan, kasih sayang ataupun harta benda.
Masa begitu cepat berlalu tanpa sedar usia kita dah bertambah, hidup makin pendek kita masih berlari-lari memburu kecukupan untuk meneruskan kehidupan. Semoga dalam bulan Ramadhan yang mulia ini kita dikurniakan kesihatan untuk rally ibadah pula.
Sejak balik dari bercuti ini, badan masih ting tong lagi nie. Selsema masih belum baik sepenuhnya. Semoga kita semua berjaya memanafaatkan kemulian Ramadhan untuk kampung kita yang kekal abadi.
Kak Hajjah nak minta ampun dan maaf sekiranya dalam kita berurusan ini banyak kekurangannya minta dimaafkan dan dihalalkan segalanya.
Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan bulan keampunan, rahmat dan pelepasan dari api neraka. Semoga kita semua tidak lalai dalam urusan dunia ini, hingga membiarkan Ramadhan berlalu pergi.
Selepas asar ini dah satu Ramadhan jom kita tukar aktiviti dan itinerary kita semua, kerana bulan Ramadhan ini kita nak sama-sama mengimarahkan rumah Allah swt.
Kami membekalkan barangan keperluan haji dan umrah.Hubungi Kami di 0192883235
Halaman
- Laman Utama
- TENTANG KAMI
- CARA BELIAN
- STOKIN SOLAT
- TELEKUNG-MUSLEEMA CANTIK
- MINI-JUBAH HAJI
- KELENGKAPAN PAKAIAN UMRAH DAN HAJI
- HANDSOCK AKA STONGAN AKA SARUNG LENGAN
- SELUAR HAJI DAN UMRAH
- TUDUNG UMRAH DAN HAJI SAIZ XL DAN 2XL - ADA LAPIK...
- TUDUNG LENGAN TAWAF
- TUDUNG UMRAH - CHIFFON L AND XL
- Kasut Tawaf, Stokin Wudhuk SOKA dan Sarung Tangan...
- TELEKUNG EIDUL FITRI 2022 - telekung ASHEERA
- CEREAL CANTIK SIHAT - UBAH GAYA PEMAKANAN UNTUK KEKAL SIHAT DAN BAHAGIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan