Jumaat, 26 Mei 2017

CUTI-CUTI SWISS - GERMANY - SAKSIKAN KEBESARAN ILLAHI

Syukur alhamdulillah, Allah swt izinkan Kak Hajjah bermusafir ke Eropah bersama sahabat-sahabat geng rempit adik beradik.  Trip selama 8hari 7malam meninggalkan kenangan yang sangat manis untuk kami semua.

Group Musafir ini boleh dikatakan grup golongan pertengahan dan otai-otai jer aka group orang pencen.  Kami tidak pergi dengan mana-mana travel agent, tetapi grup diuruskan oleh Abang AD yang selalu jadi lead untuk explore tempat-tempat menarik di dalam dan luar negara.

Kak Hajjah diajak oleh jiran Kak Halimah untuk join grup ni sebab beliau dah pernah ikut dan amat puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Perjalanan yang sangat-sangat menarik melihat keindahan alam ciptaan Allah swt. Ada pelan untuk bawak few koleksi dan shoot gambar sendirilah kan. Memandangkan luggage yang terhad jadi niat untuk shoot koleksi tudung tu terpaksa dipadamkan sahaja.

Walaubagaimanapun sepanjang bermusafir ker Swiss dan Germany Kak Hajjah memang memakai tudung labuh musleema denim, mini jubah haji warna biru dan hitam (ni koleksi lama masa gi haji dulu), tshirt labuh muslimah dan tidak lupa telekung smocking.


Kami tunggu train kat sini

Tenangnya kat sini

Untuk accessories pakaian pula kita bawak stokin solat dan sarung lengan gediks. Tudung labuh denim memang travellers friendly kainnya sejuk, selesa dan tahan lasak. Paling best tak payah nak gosok "ironless" kata orang putih. Kak Hajjah bawak warna grey dan hijau gelap macam tu disamping tudung twist labuh hijau. Trip selama 8 hari cuma bawak tudung 4 helai untuk digilir-gilirkan.  Nak basuh pula problem nak sidaikan jadi pandai-pandailah nak adjust kan.

Tudung-tudung kami memang dibuat soft awning dan berdagu ya so sepanjang bermusafir boleh solat kat mana jua. Labuh tudung 23 inci untuk xl dan depan belakang sama panjang.

Kami bertolak dari rumah selepas Solat Jumaat ke KLIA waktu asar dan jamak maghrib dan isyak di KLIA. Flight kami lebih kurang pukul 8.50 malam. Untuk memudahkan Kak Hajjah bawa satu beg sandang untuk pakaian solat dan ubat-ubatan sendiri jer. So Alhamdulillah sebab pakaian kita memang dah menutup aurat tu maka mudah jer nak perform solat di mana-mana.

Flight sampai ke Doha dalam pukul 11.15 malam (4.00 pagi Malaysia) transit ker Frankfurt dalam 1.10am dan tiba di Frankfut  6.45 am (dah siang). Jadi Solat Subuh hanya dalam kapalterbang sebab kami naik Qatar Airways jadi buat-buat tak nampak jer ambil wudhuk dalam toilet, buat yang wajib sahaja dengan air yang seminum mungkin untuk mengelakkan lantai basah.  So dengan tudung labuh dan busana muslimah dah cukup untuk kita solat.

Kami meninggalkan airport menuju ke Swiss dengan menaikki kenderaan MPV tiga buah. Yang paling best sekali bila kami dapat Jamak Solat Zohor dan Asar di Heidelberg, Germany. 

Ada ahli kami yang bergerak terlebih dahulu dua hari Kak Wan dan keluarga yang tiba dua hari awal disana kerana mereka nak explore Germany sebelum menyertai kami ker Swiss, Kak Wan sekeluarga tinggal Heidelberg.

Nak dijadikan cerita semasa masing-masing tercangak-cangak mencari hostel tempat mereka tinggal kami ternampak Kubah dan lambang bulan sabit. Dah biasa kat Malaysia dah tentulah masjid kan. Kami mencari lokasi untuk memastikan tempat itu masjid. Alhamdulillah bila kita berniat nak menjaga waktu solat, Allah swt tunjukkan rumahnya.

Masyarakat Turki sangat happy dapat jumpa dengan kami saudara Muslim dari Malaysia, bila kita berada ditempat asing, kita tak tanya dah mazhab apa. As long jumpa muslim gembira sesangat dah.
Sempat photo-photo dengan imam dan ahli masjid. Ada yang boleh berbahasa Inggeris so mudah bagi kami berkomunikasi.


Dengan Imam dan Kariah Masjid

Masjid Turki di Heidelberg
Sayang sekali batteri phone dah weak so tumpang kamera kawan-kawan sahaja.

Setelah selesai dan berkumpul dengan keluarga Kak Wan, kami bergerak ke Swiss perjalanan dari Frankfurt ker Swiss memakan masa lebih kurang 4 jam.

Perkara yang Kak Hajjah pelajari dalam trip ini adalah tempat-tempat di negara maju ni kebersihan tu nombor satu. Ladang-ladangnya bersih dan tersusun tak ada sampah pun berlonggok dalam kebun tu. Guide kami beritahu tu bunga canola boleh dibuat minyak masak. Allahu aklam.

Kami singgah di satu stesen minyak untung tandas sebelum masuk ker Swiss, stesen ini dilengkapi cafe dan kedai-kedai serbaneka.  Paip air untuk cuci tiada, mereka tidak menggunakan air di tandas guna tissue ajer, masa ni botol mineral sangat berguna masing-masing bawak botol mineral untuk bersuci di tandas. 

Tandas mereka bersih dah moden sangat, bila tempatnya bersih kita rasa malu dan mengotorkan pulak. Masing-masing berhati-hati supaya tidak menumpahkan air. Setiap tandas ada bakul sampah tapi kecik jer, plastik atau beg untuk buang pad jugak disediakan. Tandas bila dah digunakan boleh auto cuci keliling mangkuk tandas tu "terkojut akak dibueknya".

Tapi jangan terperanjat jer nak masuk kena bayar Euro 70c, tak der bangla jaga pun, disediakan mesin untuk kutip duit tu you masuk duit baru boleh masuk ya. Good thing kita 70 CENT tapi dapat rebate 50Cent. You belanjalah apa-apa barang kat kedai tu yang senilai ataupun you boleh tambah duit untuk beli barang.


Tiada kata nak diucapkan bila tengok kebesaran ciptaan Illahi 
Tasik yang Terlajak Cantik Nie



Sebelum kami tiba di Valley Hostel, Lauterbrunner kami singgah di Tasik yang cantik ni. Masa ni dah hujan, tapi masing-masing tak peduli tetap turun berselfie dan wefie.

Sampai di Valley Hostel sudah hampir maghrib hujan dan makin laju memasing dah menggigil menunggu urusan check in. Hostel ini dilengkapi dengan dapur yang cantik, tapi bilik air tu share kat luar bilik ya. Kat sini disediakan cutlery, dapur dah fridge, lepas masak tolonglah kemas. Ni rumah orang putih bukan rumah orang Melayu semua mesti cuci, lap dan simpan balik.

Valley Hostel

Cafe cum Kitchen

ni citer hari pertama lain hari mood ada baik kita sambung lagi pengalaman tergolek kat Ice Palace sorang-sorang. Ha Ha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA