Assalamualaikum, hari ini kita dah berada di hari yang ke 13 Ramadhan, syukur Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan RAMADHAN.
Istimewanya RAMADHAN kerana didalamnya kita diberi oleh Allah 3 fasa yang penting dalam hidup kita sebagai orang mukmin.
1. 10 hari pertama RAMADHAN fasa rahmat
2. 10 hari kedua RAMADHAN fasa pengampunan
3. 10 hari ketiga RAMADHAN fasa kebebasan dari api Neraka juga didalamnya tersimpan rahsia malam Lailatul Qadar.
Apakah yang lebih penting dari 3 fasa diatas. Sepanjang kita hidup kita mahu selalu berada dibawah payung rahmat Allah swt. Allah pandang kita dengan pandangan kasih sayang (jangan samakan "pandang" dengan maksud bahasa biasa ya). Kita rasa ada tenang dan aman dalam kehidupan kita jauh dari rasa bimbang dan takut.
Kita celik mata jer memang buat dosa, setiap anggota dan sendi kita nie ada sahaja dosa yang kita buat. Masa inilah kita nak minta ampun dengan Allah swt. Kasi detox semua dosa-dosa dan refill pulak dengan amal. Jangan cuma cari lemon untuk detok lemak yang kita tau. Bersedekah banyak-banyak untuk gandakan pahala. Jadikan satu habit bersedekah setiap hari.
Sebenarnya akak pun susah nak buat yang ini kadang-kadang tak jumpa tabung, setiap hari kita gi kerja dan balik kerja. Bila kita kuliah adalah jumpa tabung. Bulan Ramadhan setiap malam ada tazkiran. Kalau hari lain tu payah bulan Ramadhan cuba langkah kaki berada dalam saf-saf jemaah.
Honestly, banyak kekusutan hidup nie akak temui jawapannya di rumah Allah swt. Allah swt hantar tuan-tuan guru ini untuk mengajar secara tidak langsung apa yang dikuliahkan itu ada jawapan kepada setiap persoalan hidup kita. Tulah kelebihan kita dekat dengan rumah Allah dan masjid ilmu disana ada peluang untuk tambah saham akhirat.

Fasa terakhir RAMADHAN akan tiba, masih ada peluang lagi mencari kebebasan dari api neraka. Jangan ingat api neraka macam api kat dapur rumah kita. Siksa api neraka paling kecil pun mendidih otaak tu cuba bayangkan. Kalau tak boleh nak bayang tengok api gunung berapi dan lahar gunung berapi kat YOU TUBE TU. Rasa-rasanya tahan ker. Sebab itu kita cari keampunan Allah swt bebaskan diri kita dari api neraka.
Sebelum Ramadhan berakhir mari kita renung kita nak kat mana ya. Dah 13 hari Ramadhan adakah kita belek al-Quran membaca atau bertadarus dengannya. Bertadarus boleh pilih tak semestinya group besar, grup kecik dengan keluarga pun boleh asalkan dibaca secara bertalaqi (berguru)
Qiam kita macamana rajin tak kita ambil peluang pahala berganda ini, masa inilah kita nak counter balik buku amalan supaya amalan kita lebih berat dari dosa yang kita buat. Neraca Allah swt sangat halus jangan ingat boleh kira cincai sahaja apa yang kita buat.
Sedekah kita macamana dah banyak ker, cuba check mana lebih banyak sedekah atau belanja biskut raya.
AKHIR KATA MARI LAH KITA BANYAKKAN AMALAN KITA LUPAKAN SEKEJAP DUNIA FACEBOOK, WHATSAPP, INSTAGRAM, WECHAT. Ambil yang baik-baik sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan