Rabu, 1 Disember 2021

KOS 2022 HAJI DIJANGKA NAIK LAGI?



KOTA BHARU: Kerajaan menjangkakan kos untuk menunaikan ibadah haji bagi jemaah dari negara ini meningkat hampir 50 peratus kepada lebih RM30,000 seorang tahun depan berbanding RM23,000 seorang ketika ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kenaikan itu secara dasar disebabkan cukai nilai tambah (VAT) Arab Saudi naik daripada lima peratus kepada 15 peratus, tahun depan.

“Selain itu, perubahan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi semasa pandemik Covid-19 juga menyumbang kepada peningkatan kos haji.

“Sebagai contoh, jemaah haji ditempatkan di hotel, seramai enam orang sebilik sebelum ini dan apabila SOP baharu itu diperkenalkan, hanya dua jemaah dibenarkan sebilik. Bagaimanapun, sebarang perubahan kos sebenar akan diumumkan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada 18 keluarga yang merupakan mangsa kebakaran dua minggu lalu di Jalan Sultanah Zainab, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk meminta semua pihak bertenang mengenai perkara ini kerana Tabung Haji (TH) akan terus membantu menanggung sebahagian kos jemaah seperti biasa.


Sumber Utusan Malaysia 1/12/2021

Haji ini rezeki jangan bimbang sangat jika dah tertulis rezeki anda nak buat haji pada tahun 2022. Pasti ada jalan Allah cukupkan rezeki anda.

Nak pakaian haji dan umrah yang jimat dan selesa wasap kami yang. Harga barang kami masih sama ya pada tahun 2021.

boleh wasap kak hajah ya www.wasap.my/601127902884/telekungumrah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA