Isnin, 8 Februari 2021

AMALAN UNTUK TERLEPAS SEKSA KUBUR - JENTIK HATI

Amalan untuk terlepas seksa kubur !

.Jangan sesekali tinggalkan Al-Quran. Ni cara mudah untuk lepaskan diri dari seksa kubur.
.
Rumah yang dibacakan Al-Quran pada waktu malam, rumahnya bercahaya sehingga dikenali para Malaikat. Jika mati orang yang suka baca Al-Quran, cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit dan para Malaikat akan tahu, ohh... mati sudah si pembaca.
.
Al-Quran ni, mari kita solatkan rohnya. Di dalam kubur, Malaikat akan berlemah-lembut dengan mayat. Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandikan dan dikafankan serta terus menemani kita di dalam kubur.
.
Jangan tinggalkan Al-Quran. Jangan tinggalkan Al-Quran.

Azab kubur mula bila mayat tak dapat menjawab soalan² Malaikat. Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari. Penting 7 hari ni kita mendapat doa dari anak² yang soleh supaya hari² kita indah di dalam kubur.
.
Masa mayat tu duduk, kita akan sedar, ohh... aku dah mati
Pesanan terakhir dari Ustaz, sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada surah Al-Mulk di dalam dada kita.
InsyaAllah. Amin Allahumma Amin.
.
Celakalah orang yang tak dapat menjawab soalan mengenai Rasullullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam.
.
Dalam kubur, Al-Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yang dulu kamu baca dengan suara yang lantang dan mendayu. Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke Syurga. Lepas tu, baru Al-Quran akan lepaskan mayat kepada Malaikat yang akan menyoal.

KREDIT FB JENTIK HATI









Komen


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA