Khamis, 10 November 2016

SURAT TAWARAN HAJI 1438 HIJRI SUDAH MULA DIEDARKAN

Kak Hajjah baru terima whatsapp dari group family bagitau yang kakak kedua dah dapat surat tawaran haji, Syukur alhamdulillah beliau menerima surat tawarannya hari ini.

Kepada tuan dan puan yang sepatutnya giliran pada tahun hadapan sila rujuk ke Pejabat Tabung Haji yang berhampiran.  Lebih baik hadirkan diri anda disana dan update segala maklumat peribadi supaya surat tawaran anda nanti dapat dihantar ke alamat yang betul. Benda ni nampak simple tapi impaknya besar, terlepas kak nanti tak tahu bila tahun dapat balik peluang tu.

Lagi satu dah dapat surat tawaran tu jangan lupa reply tau, kalau duit tak berapa cukup jawab jer dulu nanti usahakanlah untuk mencukupkan. Pernah seorang sahabat akak ni maknya nak pergi haji tapi tak der duit nak sediakan RM10,000 tu bukan senang bagi orang kampung. Tetapi sahabat akak ni memang anak yang berbakti dengan orang tua beliau usahakan jugak mencukupkan duit 10K tu. Macam tulah yang dikatakan tak pergi haji dah dapat pahala haji.

Kepada sahabat yang nak merayu jangan lupa cepat-cepat hantar surat rayuan kat Tabung Haji tak kiralah tebal muka tiap tahun panjat Pejabat Tabung Haji. Teruskan usaha sampai berjaya kalau ajal kita sampai awal kita dah usaha cuma rezekinya tiada.

Allah swt sahaja yang tau betapa berbunganya hati setiap bakal-bakal haji tu. Jangan lupa kursus haji start bulan December nie belajar betul-betul jangan suka ponteng pergi kenduri kahwin bila tiba hujung minggu.

Kalaulah kakak hajjah boleh ikut kakak pergi nie tak kiralah kena bayor RM18K pun kak hajjah rela. Sabar jerlah tunggu lah lagi 4 tahun nak register balik jika adalagi hayat dikandung badan.

#UMRAH MUSIM SEJUK DAH MULA jangan lupa check entry persiapan umrah musim sejuk ya.

DAPAT SURAT TU TAWARAN LEBIH SERONOK DARI DAPAT CABUTAN BERTUAH GRAND PRIZE



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA