Jumaat, 18 November 2016

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR AKAUN HAJI


Adakah anda sudah mendaftar akaun haji?  Kak Hajjah brought out issue ni sebab rasanya masih ramai-ramai yang keliru. Beberapa kali juga kak hajjah sembang dengan kawan-kawan atau kenalan bila diajukan soalan dah buka akaun ke belum? Ramai yang konpius.

Masing-masing ingat bila dah ada tabungan dengan tabung haji maka mereka telah mendaftar haji.

Jawapannya tidak ya sayang? Tabungan tu semata saving anda sahaja, untuk mendaftar sebagai bakal haji anda perlu mendaftar haji.

Bagaimana caranya?

Anda perlu sediakan RM1,300.00 atau boleh gunakan wang tabungan Tabung Haji itu untuk mendaftar. Pada tahun 2007 rasanya Kak Hajjah cuma bayar mendaftar akaun haji dengan hanya RM90.00 sahaja.
Akaun cuma ada RM5,000 jer masa tu. Setia bersama tabung haji Alhamdulillah cukup juga tabungan tu.

Sekarang lebih mudah lagi, sekiranya akaun dua anda di EPF ada RM1,300 anda boleh membuka akaun haji anda dengan syarat umur anda di bawah 55 tahun.

SALURAN PENDAFTARAN HAJI
1. Semua Kaunter TH
2. Kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat
3. Mesin ATM Maybank/Bank Islam
4. Laman Web: e-thijari dan maybank2u.Com


Bertindak segera berpuluh ribu yang dalam waiting list. Tak kiralah berapa angka giliran anda yang penting sudah ada ikhtiar.

Sumber : Portal Tabung Haji


1 ulasan:

  1. Saya dah register tapi giliran lambat lagi.Mudah2an dapat lah pergi haji masa muda2 ni

    www.fatindays.com

    BalasPadam

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA