Khamis, 18 Februari 2016

SI TUDUNG DENIM PERGI BUAT UMRAH

Assalamualaikum, syukur masih ada peminat setia untuk tudung denim akak nie. Kali seorang sahabat yang dari Kuala Kangsar yang nak berangkat untuk buat umrah.  Beliau telah berangkat malam kelmarin 16hb February 2016.

Beliau menghubungi kami melalui whatsapp pada hari Ahad tu 14hb February 2016, Hari Kasih Sayang tu.
Cik Hadibah berminat dengan tudung denim brown nak pakai pergi ke Tanah Suci Makkah. Beliau bertanyakan discount yang kami tawarkan samada masih valid atau tidak.  Akak pun since orang nak gi buat umrah kira valid lagilah offer tu dapat tumpang pahala.

Keberatan nak terima order tu sebab Pos Laju agent di Stesen Petronas Mutiara Damansara dah tutup untuk sementara waktu. Pos Laju yang seterusnya kat dalam The Curve agak jauh jugaklah ada 500 meter macam tu. Mengenangkan nak berjalan kaki tengah hari lip lap tu rerasa nak tolak jer. Tapi hati rasa tak sampai pulak nak tolak sebab beliau memang berhajat sangat dengan tudung denim tu.

Agak suruh dia hold on jangan masukkan duit dalam akaun sementara akak cari orang nak tolong poskan. Persoalannya siapakah yang dapat tolong akak. Hmm nampaknya kena buat sendiri. so bawak siap-siap tudung denim brown dari rumah kalau larat berjalan pergi lah pos, kalau tidak say sorry jer lah.

Pagi Isnin tu Cik Hadibah whatsapp lagi nak masuk duit, punya fikir punya fikir akak kata ok sebab dia redho jika sekiranya lambat barang sampai. So akak tidak akan disalahkan.

Deal, akak pun pergi pos. See apa kata Cik Hadibah, dia sangat happy dapat tudung denim pada petang hari sebelum berangkat. Tercapai hajatnya nak pakai pergi ke sana.  So kami doakan Cik Hadibah dapat umrah yang mabrur.


Kalau berminat nak merasai keselesaann tudung denim kami jangan lupa
whatsapp ya 019-2883235.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA