Khamis, 19 Mei 2022

TELEKUNG POKET SENTIASA JADI PILIHAN BAKAL JEMAAT UMRAH DAN HAJI

TELEKUNG POKET INI KOLEKSI YANG PALING LARIS DI KEDAI KAMI

Ramai yang suko sebab kain cotton memang thorbaikk Lah bukan Akak cakap tau.

Harga pulak berpatutan 

Ada yang order berpasangan ambik hitam dan putih terus.

Harga mini telekung:-
telekung renda standard, rm80.00 (telekung sahaja ya) - awning tak der renda
telekung renda premium, rm125.00 (telekung sahaja ya) - awning dan keliling ada renda.

  • Labuh telekung dari dagu - 29 inci
  • Kualiti kain - jenis cotton jepun (memang best sesangat)
  • Warna ada hitam dan putih.
  • Kocek berzip sesuai untuk simpan kunci bilik, wang dan passport anda.
  • Muka ada getah dan dagu kain denim. InsyaAllah sesuai untuk semua,

Kami Bagi Anda pilih ikut bajet Ada yang Renda standard dan renda premium.

nak tengok produk klik link dibawah
https://shop.avana.asia//BhxD5u


#sayajualbarangumrah
#keperluanhajidanumrah
#telekungmusleema
#telekungumrah
#telekunghajiumrah
#telekungputih
#pakaianhajiumrah
#kasuttawaf








Ahad, 3 April 2022

IBADAH PUASA DAN ANUGERAH


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Ibadah Puasa dan Anugerah

عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No: 1944) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.

2. Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.

3. Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan sama ada yang diucapkan atau yang ditulis dan ditularkan yang kotor, lucah dan buruk serta hina.

4. Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.

5. Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang menyenangkan, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.

6. Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:

a. Gembira ketika berbuka puasa
b. Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya yang diterima.
Semoga Ramadan pada tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah. Marilah kita semarakkan ibadah kita agar ia menjadi pemacu perubahan diri kita kepada yang lebih baik. Berusahalah melakukan amalan
terbaik
. Memburu Taqwa Menyebar Rahmah. Andaikan Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera




SYUKUR BERTEMU RAMADHAN 1423

ALhamdulillah kita masih berkesempatan menyambut Ramadhan lagi,  

Ada kenalan yang telah kembali ke Rahmatullah sebelum tiba Ramadhan. Semoga Ramadhan ini menjadi yang terbaik untuk kita semua. 

Jom gunakan kesempatan yang masih ada ini untuk sama-sama kita mencari keredhaan dan keampunan Allah swt.

Tingkatkan kualiti ibadah kita dalam Ramadhan. Takkan bertahun-tahun berlalu masih berada di takuk yang sama.

Cuba tambah 1 ibadah sunnah dan dikekal sepanjang bulan Ramadhan semoga lekat hendaknya sampai bila-bila






Sabtu, 19 Mac 2022

JOM KITA MENCUCI MATA SOPPING TELEKUNG UNTUK RAMADHAN

Selamat menyambut Nisfu Syaaban.kk

InsyaAllah lagi dua minggu kita akan sambut Ramadhan, mudahan diberi kesihatan yang baik hendaknya. 

Dapat menunaikan rukun Islam ketiga dan solat jemaah sunat tarawih beramai-ramai di surau, ada tazkirah lagi.

Kalau tak ada moreh pun tak apa, asalkan dapat memenuhkan surau dah masjid, betul tak?

Kat media sosial dah macam-macam promosi diadakan pakaian, kuih-muih pun rancak lalu lalang.

Designmusleema pun tidak ketinggalan nak jugak sama-sama meriah kan sambutan Ramadhan dengan koleksi telekung asheera, jasmini, atilia dan telekung klasik.

Telekung fabrik yang sejuk dan selesa seperti cotton, cotton vietnam dan silky satin. Adik kakak yang badan besar dan kecik pun tak perlu bimbang ya semua saiz ada tau.





UNTUK LEBIH BANYAK PILIHAN LIHAT SETERUSNYA

BOLEH KLIK PADA LINK TERSEBUT YA.


TERIMAKASIH

TEMPAHAN JUGA BOLEH DIBUAT DENGAN WASAP TERUS PADA KAK HAJJAH

www.wasap.my/601127902884/telekungramadhan2022







Sabtu, 26 Februari 2022

PERANG RUSSIA DAN UKRAINE SIAPAKAH DALANG

Hari ini nak keluar tajuk sedikit, saya buka pengulas politik sekadar pendapat picisan sahaja. Saya bukan peminat berita dunia pun. Tapi agak terkejut dengan perkembangan ini, macam orang lain jugak yang beranggapan "ADAKAH ini perang dunia ketiga'

Jadi buat sedikit homework google berita semasa dan meneliti pendapat orang yang lebih pakar dalam soal geopolitik dan ekonomi terkini. Saya dapati dari dahulu sekarang sebenarnya motif utama dalam setiap isu peperangan adalah ekonomi.

Peperangan ini adalah satu medan untuk mempamerkan kekuatan senjata masing-masing. /Setakat buat ujian tak kat padang pasir belum cukup untuk membuktikan keberkesanan senjata tersebut. Selepas ini banyaklah negara yang akan berminat dengan senjata-senjata baru yang dikeluar,

2. Pengaruh kuasa - Ada 3 pemain utama dalam dunia samada setuju atau tidak Amerika, Russia dan China (ini pendapat saya sendiri). China berpengaruh di Laut China Selatan memang turut mengheret Malaysia juga terhadap beberapa isu sempadan. Bila China semakin berpengaruh negara Uncle Sam akan panas punggung. US kita semua tahu dah lama bertapak di Filippina dan Singapura.

3. Isu dalaman negara Uncle Sam memang satu cara nak mengalihkan perhatian rakyatnya dari isu-isu negaranya sendiri. Uncle Sam akan pergi mengacau negara orang. Banyak peperangan dalam dunia ini dicetuskan oleh Uncle Sam seperti peperangan di Iraq, Somalia dan Syria.

4. Kebelakangan ini dibawah pemerintahan Vladimir Putin banyak kenaikan dalam ekonomi RUSSIA dan beliau seorang yang bersikap toleran dengan agama lain. Di sana sudah ada 25 juta orang Islam dan boleh mengamalkan ajaran Islam dan membina masjid sendiri.

Boleh rujuk link di bawah untuk lebih info lebih lanjut ya.

 https://www.sinarharian.com.my/article/189595/GLOBAL/Krisis-Ukraine-Rusia-Apa-punca-sebenar

Selasa, 22 Februari 2022

TELEKUNG JUMBO UNTUK SAYA YANG MOK MOK




 Siapa ada masalah macam saya.   Kain telekung selalu buang tepi nak pakai tak muat hu hu hu. Kadang tu bukan sahaja kecil, pendek pulak adui letak bawah pusat pun kaki tetap terjulur bosku.

Mukatelekung pula kecil selalu jer terkeluar dagu tu atau tertutup kening yang tak berapa nak luas tu.

Kami faham sangat kerisauan anda tu solat rasa tak khusuk sebab masalah di atas dan telekung yang anda pakai jadi sangat lah tidak selesakan. 

Sekarang kami bawa masuk untuk anda yang comel semua telekung jasmine plus size tau. Janganlah kecik hati dengan tajuk saya yang catchy tu ya. 

Telekung jasmine ini material cotton campur ya, ada licinlah shikit ya tau. Disediakan sekali dengan beg telekung ya. Ada 4 warna sahaja ya, coklat, cream, purple dan grey ya.

BOLEH TENGOK UKURAN TELEKUNG YA. BERMINAT BOLEH PM KAMI YA DI 01127902884 TAU.



Isnin, 21 Februari 2022

COBID19 MASIH TINGGI SEMOGA UMRAH TIDAK TERHALANG LAGI

 Assalamualaikum,

Dah sampai ke minggu-minggu terakhir lagi kurang lebih 40 hari dah menghampiri bulan Ramadhan.

Terimakasih yang singgah ke blog ini walaupun agak jarang-jarang di update. 

bisnes masih berjalan seperti biasa cuma lebih banyak guna platform media sosial fb dan ig. Anda boleh temui kami di fb page dan instagram juga dengan nama 'telekungmusleema' jugak ya.

Kami masih aktif dengan produk umrah haji kami seperti selalu ya.

anda boleh wasap kami jugak di www.wasap.my/601127902884/umrahtelekungmusleema untuk kami bantu ya.

Semoga aktiviti umrah masih berjalan seperti biasa sahaja ya. walaupun cobid ni tinggi mudahan anda yang berhajat untuk menunaikan umrah tidak terhalang niatnya ya.



RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA