Sabtu, 26 Februari 2022

PERANG RUSSIA DAN UKRAINE SIAPAKAH DALANG

Hari ini nak keluar tajuk sedikit, saya buka pengulas politik sekadar pendapat picisan sahaja. Saya bukan peminat berita dunia pun. Tapi agak terkejut dengan perkembangan ini, macam orang lain jugak yang beranggapan "ADAKAH ini perang dunia ketiga'

Jadi buat sedikit homework google berita semasa dan meneliti pendapat orang yang lebih pakar dalam soal geopolitik dan ekonomi terkini. Saya dapati dari dahulu sekarang sebenarnya motif utama dalam setiap isu peperangan adalah ekonomi.

Peperangan ini adalah satu medan untuk mempamerkan kekuatan senjata masing-masing. /Setakat buat ujian tak kat padang pasir belum cukup untuk membuktikan keberkesanan senjata tersebut. Selepas ini banyaklah negara yang akan berminat dengan senjata-senjata baru yang dikeluar,

2. Pengaruh kuasa - Ada 3 pemain utama dalam dunia samada setuju atau tidak Amerika, Russia dan China (ini pendapat saya sendiri). China berpengaruh di Laut China Selatan memang turut mengheret Malaysia juga terhadap beberapa isu sempadan. Bila China semakin berpengaruh negara Uncle Sam akan panas punggung. US kita semua tahu dah lama bertapak di Filippina dan Singapura.

3. Isu dalaman negara Uncle Sam memang satu cara nak mengalihkan perhatian rakyatnya dari isu-isu negaranya sendiri. Uncle Sam akan pergi mengacau negara orang. Banyak peperangan dalam dunia ini dicetuskan oleh Uncle Sam seperti peperangan di Iraq, Somalia dan Syria.

4. Kebelakangan ini dibawah pemerintahan Vladimir Putin banyak kenaikan dalam ekonomi RUSSIA dan beliau seorang yang bersikap toleran dengan agama lain. Di sana sudah ada 25 juta orang Islam dan boleh mengamalkan ajaran Islam dan membina masjid sendiri.

Boleh rujuk link di bawah untuk lebih info lebih lanjut ya.

 https://www.sinarharian.com.my/article/189595/GLOBAL/Krisis-Ukraine-Rusia-Apa-punca-sebenar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA