Isnin, 3 April 2017

SAYA NAK KASUT YANG SPECIAL TU

Alhamdulillah happy bila ada customer yang appreciate dengan produk kita.

Cik puan ni dah beli kasut tawaf velvet kami sebelum ini. Cuma sekarang she looking for kasut tawaf hitam, sebab warna yang lain dah ada.

Kasut tawaf velvet memang jadi pilihan pada bakal jemaah, kasut tawaf ni simple tak der corak tapi comel bila dipakai kat kaki.



Material yang strecthable, beralas spandex dan anti slip sangat-sangat disukai, tambahan bila digayakan dengan stokin ninja atau stokin solat kami tu.

Semakin dekat Ramadhan ramai yang dah menempah barang-barang untuk keperluan umrah kami. Cuba check senarai anda jika masih ada yang ketinggalan lagi.

Kami menawarkan produk mesra pengguna dengan harga yang sangat berbaloi. Alhamdulillah repeat order customer sangat tinggi.

Kami cuba membantu anda supaya lebih selesa dengan produk kami, kami memang rekomen sangat jemaah wanita pakai kasut tawaf ni untuk keselesaan diri sendiri ya.

1. Medan tawaf agak luas ya - kalau anda berani mungkin anda dapat tawaf berhampiran dengan Ka'bah jadi jarak pusingan dekat. jika anda pilih untuk tawaf di tingkat 1 atau dalam kawasan berbumbung pusingan agak jauh jugak. Kasut tawaf ni memberi sedikit keselesaan untuk tapak kaki dan lutut hajah-hajah semua.

2. Alas spandex tu mengurangkan tekanan kepada kaki anda.

3. Tapak anti slip mengurangkan risiko tergelincir

4. Bersaie - Berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah amat selesa sekali.

InsyaAllah ini adalah alat-alat atau tools yang boleh membantu dengan izin Allah swt.

Kami ada dua jenis kasut tawaf had buku lali dengan had tumit. Saiz free size sampai kasut saiz 10.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA