Jumaat, 28 Oktober 2016

LUPA PASSWORD MODEM

Peningnya kepala hilang password modem kak hajjah nie. Kak Hajjah gi hantar laptop jumpa doktor IT dah tak tahan dengan speed nya yang makin perlahan nie. Banyak pulak gangguan hard disk.  Suruh sahabat IT reformat balik. Lepas tu service pulak hardware katanya cepat panas dan hang pulak. Find buatlah apa janji boleh beroperasi balik laptop otai akak nie.

Pagi gi sahabat ambik, malam siap dia datang hantar kat rumah. Bersemangatlah kak Hajjah nak buat entry baru. Tup Tup lupa password deh, alah tak ingat huru hara jadinya nie. Camane cara nie kerja tertunggak carilah segala buku kot kita lupa ada catat password kat mana-mana. Haram satu pun tak ade di catat.

Hanya ada satu jalan jer sekarang pakai hotspot handphone, alah datang masalah lain pulak nie. Connection out password ada, sangat-sangat troublesome. Dah ada line, bila  nak masuk internet "no connection" mencabar sungguh lah..

Teringat anak jiran belajar IT tengah cuti pulak sekarang, minta lah jasa baik "adik" ni, kalau akak godek jadi  macam tikus membaikki labu.  Alhamdulillah syukur hampir 1jam lebih barulah akak boleh bersiaran dengan akak punya blog kesayangan ni.

Moral of the story tolonglah catat kat mana-mana password yang kita setup nie. Buat baiklah dengan jiran tetangga bila sesak boleh minta tolong. FREE OF CHARGE jer..tak pa nanti kita kasi gift or special discount kat "adik".

Khamis, 27 Oktober 2016

TAKZIAH KEPADA MANGSA KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH

Kebakaran Hospital Sultanah Aminah semalam sangat mengejutkan satu Malaysia, masa kejadian tu akak tengah attend kuliah tetiba masuk whatsapp kat gambar-gambar kebakaran ingatkan kawan-kawan forward gambar-gambar lama. Biasalah kan dunia viral asyik copy paste ajer kan.

Tak leh nak fikir macamana kebakaran tu boleh berlaku, takziah kepada semua keluarga mangsa semoga semua orang boleh redha dengan ketentuan Allah swt.  Seramai 6 orang mangsa yang terlibat :-

1.C. Neeramala Devi
2. Choo Lin Fung
3. K. Logeswaran
4. M. Kaliamma
5. Tow Ah Wah
6.  Yusuf Hassan

Kebakaran bermula di wad ICU Hospital Sultanah Aminah seramai tujuh orang pesakit berada di wad berkenaan.  6 orang pesakit terbunuh dalam kebakaran tersebut dan pesakit yang ke tujuh dapat diselamatkan.

Ada 10 orang staff terlibat ketika kejadian, mereka berkerja keras untuk menyelamatkan keadaan tetapi asap terlalu tebal, 3 daripadanya dimasukkan ke ICU Hospital Sultan Ismail, 7 lagi hanya cedera ringan.

Rabu, 26 Oktober 2016

BARANGAN HAJI DAN UMRAH - APA KATA CUSTOMER

MOOD belum panas nak menulis lagi, akak nak kongsi apa kata customer mengenai barangan haji dan umrah kami. Walaupun sekarang mood orang ramai untuk menunaikan umrah agak suram sebab bayaran visa yang naik mendadak tu.

Akak dikunjungi oleh ukhti dari negeri di Bawah Bayu alhamdulillah orang-orang di Malaysia Timur diantara ramai pengunjung-pengunjung akak. Terimakasih ya sister. Kakak ni nak pergi umrah bersama suaminya tak lama lagi, dia mencari barang-barang keperluan sebab ini pertama kali beliau dan suami nak pergi umrah.

Alhamdulillah setelah akak kongsikan link blog minta dia tengok secara teliti dulu semua barang dan saiz, she placed her order.

Order pertama kali :-

1. Seluar haji putih
2. Seluar cotton Poly
3. Inner Perempuan
4. Baju Pagoda Lelaki
5. Kasut Tawaf

sebagai complimentary akak hadiahkan sepasang sarung tangan gediks kelabu yang agak panjang sikit.
Alhamdulilah beliau suka sangat.


Next Day akak dapat lagi tempahan kedua dari beliau sebab barang yang dikirim sebelum ni sudah ngam untuk dia dan husband. Syukur pada Allah swt. Kali ini untuk





1. Mini Jubah hitam - 2xl
2. Seluar putih haji
3. Seluar Polyester
4. Kasut Tawaf velvet
5. Mini Telekung Hitam

Terimakasih Pos Laju efficient service..


Isnin, 24 Oktober 2016

ANDA NAK PERGI UMRAH? MARI KITA TENGOK PAKEJ MANA YANG BERKENAN

Alhamdulillah sahabat whatsapp beritahu dia nak pergi UMRAH bulan November, akak tumpang seronok jugak dari kejauhan. Beliau nak order kasut tawaf velvet untuk dibawa dan dihadiahkan pada kawan-kawan. Ameen ya Rabb. Semoga umrah mu mabrur dan dipermudahkan oleh Allah swt.

Akak pun teringin jugak cuma belum ada kepastian. By the way mari kita lihat pakej yang ditawarkan oleh travel UMRAH. Kali ini lihat RAYHAR Travel, apa yang ditawarkan, macam best ajer. Nak ambik aura nie teringin gak tengok orang lain dah sampai seru.

Umrah dengan Rayhar menaikki charter flight dengan MAS, schedule flight dengan SAUDI AIRLINE dan dengan AIR ASIA juga ada. Akak dah pernah pergi dengan SAUDI comfortable jugak, maybe next time try MAS pula, InsyaAllah ya.

Jadual Penerbangan

MAS - Dari 12hb Nov, 15hb Nov, 19hb Nov, 22hb Nov dan 29hb Nov 2016.
SAUDI - Dari 15hb Nov 2016, 16hb Nov, 17hb Nov, 21hb Nov, 22hb Nov dan 23hb Nov
AIR ASIA - Dari 21hb Nov 2016, 23 Nov 2016, 24 Nov 2016 dan 26hb Nov 2016

Rayhar juga sudah memulakan kursus ibadah umrah di Kemaman, Dungun dan Kuala Berang. Kuala Lumpur bertempat di Masjid KLCC

Bolehlah contact Rayhar Travel kalau masih ada kekosongan, manatau masih sempat lagi nak pergi.

Harga Pakej dari RM5,550 DAN RM5,650 lebih baik check dengan travel agent sebab isu kenaikan bayaran visa baru-baru ni.

ANDALUSIA - Nampaknya sudah sold out cuma available 25hb Dec 2016. Anda boleh hubungi pejabat mereka untuk dapatkan tarikh yang sesuai.

Nanti kita survey pulak Tabung Haji Travel, Zahafiz

Perlu di ingatkan jika perempuan yang dibawah umur 45tahun mesti diiringi oleh mahramnya samada ayah kandung, saudara lelaki (adik atau abang) atau suami. Above 45tahun tu dah kira dapat lesen besar dah tu ya.



Jumaat, 21 Oktober 2016

MINI JUBAH HAJI LATEST EDITION

MINI JUBAH HITAM
pre-ORDER
SAIZ S, M, L, XL, 2XL
RM55 
FABRIK COTTON TSHIRT
WITH POCKET ON CHEST
BLACK COLOUR

TANGAN GETAH

MINI JUBAH PUTIH
pre-ORDER
SAIZ S,M, L, XL DAN 2XL
RM55.00

FABRIK COTTON TSHIRT
WITH POCKET ON CHEST
WHITE COLOUR

TANGAN GETAH

POSTAGE RM8.00 -  SEMENANJUNG MALAYSIA
POSTAGE RM10 - SABAH AND SARAWAK

Rabu, 19 Oktober 2016

KOTA TAIF - BUKTI CINTA RASUL S.A.W PADA UMMATNYA

Kali ini kita ambil tahu sedikit mengenai Sejarah Kota Taif, ianya sudah bermula ratusan tahun dahulu lagi. Relevannya Kota Taif ini dengan perjuangan dakwah Rasululullah s.a.w kerana disini ada kisah sedih yang di alami oleh Baginda s.a.w.

Tekanan demi tekanan yang diberikan oleh penduduk Kota Makkah telah membuatkan Baginda s.a.w membuka cabang dakwahnya keluar Kota Makkah. Berlaku berkisar tahun ke 10 kenabian Nabi Muhammad s.a.w.

Baginda s.a.w ditemani oleh Saidina Zaid bin Harithah menemui para pembesar dari bani Tsaqif. Beliau mengajak mereka memeluk Islam beriman kepada Allah.  Beliau menghadapi tentangan yang keras dari penduduk Thaif, mereka mencerca dan melempari batu kepada Rasulullah s.a.w, menghalang perjalanan baginda. Hinggalah Rasulullah s.a.w dan sahabat sampai ke sebuah ladang kurma kepunyaan Utbah dan Syuaibah, Nabi Muhammad s.a.w telah berdoa kepada Allah swt, melihat mereka berdua yang keletihan. Addas hamba kepada Utbah dan Syuhaibah telah menghantar anggur untuk santapan Baginda berdua.

Mendengar doa dan rintihan Baginda s.a.w, Allah swt telah mengutus malaikat jibril dan malaikat penjaga gunung untuk berjumpa dengan Baginda Rasulullah s.a.w dan meminta izin untuk membalikkan gunung ke atas penduduk Taif.  Tetapi Baginda Rasulullah s.a.w telah menegah dan berdoa supaya akan lahir dari keturunan mereka orang yang menyembah Allah swt. 

Jika kita fikirkan kalau manusia biasa macam kita yang tengah disakiti bila dapat offer begitu dari Allah swt sudah tentu kita meminta dibalas kezaliman dengan kezaliman tapi tidak dengan Baginda Rasulullah s.a.w. Addas budak kepada Utbah telah memeluk Islam setelah melihat akhlak Rasulullah s.a.w


This time we took out a little about the history of the city of Taif, it's already started hundreds of years ago. The relevance of  Kota Taif with Prophet da'wah  because here there is a sad story experienced by Rasulullah  s.a.w.

Pressure by the pressure exerted by the inhabitants of Mecca has made his mission s.a.w  look out of Mecca for his Da'wah. This is happened about 10 years to prophethood Muhammad

Prophet Muhammad s.a.w accompanied by Imam Zaid bin Haritha came to meet Taif ruler. He invited them to embrace Islam believe in God. He faces strong opposition from the people of Ta'if, they insult and throw stones to the Prophet s.a.w, preventing his journeys. Until the Prophet s.a.w and friends came to a farm belonging to Utbah and Syuaibah, the Prophet Muhammad s.a.w prayed to Allah Almighty, to see them both exhausted, Addas slave to Utbah and Syuhaibah have sent grapes for them to eat.

Allah Almighty hears the prayers and moans s.a.w, God sent the angel Gabriel and the angel guardian of the mountain to meet with the Prophet and requested permission to turn around the mountain to the people of Taif. But the Prophet had desisted and pray that their children will be born from those who worship Allah.

If ordinary people like us who were hurt, offered the same by Allah swt  I'm sure we will asked to reply to injustice with injustice, but not with the Prophet s.a.w. He still pray for the good of Taif people. Impressed by the kindness of Prophet Muhammad s.aw. Addas slave to Utbah embraced Islam.

Credit : http://nurul-asri-cimahi.blogspot.my/2015/01/thaif.html

Selasa, 18 Oktober 2016

TAIF - CAMERON HIGHLAND ARAB SAUDI

Ia dipanggil City of Roses, seperti yang anda boleh bau aroma bunga ros dari kebun jiran. Terkenal dengan iklimnya yg menyegarkan, keindahan pemandangan dan pelbagai buah-buahan yang menarik pelancong dari seluruh Semenanjung Arab, Taif juga mempunyai sejarah yang sangat lama.



Untuk menikmati percutian pendek yang indah, atau untuk menghabiskan hujung minggu yang tidak dapat dilupakan, melawat runtuhan tembok bersejarah Taif di mana anda akan menghargai seni bina purba Al Hijaz. 

Untuk perjalanan melalui masa, jangan lupa untuk melawat Muzium Okaz, Muzium Negara dan Muzium Shubra itu. Tetapi, untuk pengembaraan yang paling indah, terbang dengan kereta kabel di atas gunung yang menjulang tinggi ke pesta mata anda pada kehijauan indah di sekitar dan di bawah anda.

Untuk bercuti lebih lama, anda boleh memandu dengan kereta untuk ke Makkah melalui jalan Hada dan menikmati pemandangan indah pernah berlaku sebelum ini dalam perjalanan anda di sana. Dalam masa satu jam, anda boleh sampai ke Jeddah untuk menikmati malam ajaib di tepi laut atau bersiar-siar melalui bandar pada waktu malam.


Jika anda ingin mengalami perjalanan gunung, mengambil memandu ke Baha, yang hanya 250 km dari bandar.




It is called the City of Roses, as you can smell the fragrance of roses from neighboring orchards. Famous for its salubrious climate, scenic beauty and variety of fruits that attract tourists from the rest of the Arabian Peninsula, Taif also has a very old history.

To enjoy a beautiful short holiday, or to spend an unforgettable weekend, visit the ruins of the Taif historical wall where you will appreciate the ancient architecture of Al Hijaz. To travel through time, don’t forget to visit the Okaz Museum, the National Museum, and the Shubra Museum. But, for the most beautiful adventure, fly by cable car above towering mountains to feast your eyes on beautiful greenery around and below you.

For a longer vacation, you can drive by car to Makkah through Hada road and enjoy the unprecedented magnificent views on your way there. Within one hour, you can reach Jeddah to enjoy the magical nights by the sea or wander through the town in the evenings. If you would like to experience a mountain trip, take a drive to Baha, which is only 250 km from the city.






Kredit : saudi tourism


RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA