Mari kita share apa yang kita alami sepanjang setahun selepas covid 19.
Banyak air mata yang tumpah, nak memulakan hidup baru sepanjang setahun berlalu, bermacam PKP dah dilalui. Syukur alhamdulillah masih lagi bernafas hingga ke hari ini. Masih lagi boleh sujud di sejadah setiap hari. Masih lagi boleh bercakap dengan bonda di kampung walaupun rentas negeri dah berapa kali kita tak boleh lepas.
March 2020 kita terima dengan redha semua aktivit umrah dan haji terkandas sehingga ke hari ini. Kita mencari titik mula bagaimana nak meneruskan kehidupan. Syukur kita memang bermula dengan apa yang ada ditangan kecil-kecilan jadi kita tidak terikat dengan hutang yang besar. Walaupun masih ada credit dengan pembekal.
Kita terpaksa mencari bisnes baru simpan semua stok-stok, ada yang dah terjual walaupun dengan untung kecil itu lebih baik daripada simpan stok berlambak-lambak.
Syukur masih ada sahabat yang bagi kita peluang untuk join bisnes dia orang walaupun jual barang orang lain itu lebih baik dari minta duit kat orang. Orang akan bantu kita dengan jumpa yang dia nak bantu. Tapi kalau kita meminta-minta orang tidak suka dan mula mengelak dari kita.
Sama juga dengan ahli keluarga sendiri 2 - 3 kali masih lagi dilayan, tak mungkin mampu nak hulur setiap bulan.
April 2020 dah dekat Ramadhan mula promosikan biskut raya dengan kenalan-kenalan alhamdulillah ada yang sudi membeli. Dengan modal yang sedikit berniaga mask dan buah kurma. Halangan besar disini adalah masalah stok yang tersangkut dengan syarikat logistik seperti pos laju dan jnt. Jadi masa ini cari alternatif dapatkan khidmat line clear. Alhamdulillah lancar.
Bila berlaku suasana begini syukur keluarga sangat mengambil berat, dalam keadaan hilang punca pendapatan dan terpisah oleh jarak Allah yang tahu sukarnya melalui saat begini. Hanya kepada Allah tempat mengadu. Alhamdulillah kenalan yang sangat prihatin dan menyokong semua usaha kita. Allah yang balas jasa kalian.
Selepas Aidilfitri tahun lepas nampak tiada perubahan covid kes menurun tapi industri umrah haji masih kelabu. Ambil keputusan fokus pada produk telekung travel dan healthcare produk sahaja.
Bukan mudah nak mula balik tapi dengan database pelanggan yang ada gagah kan diri teruskan jua demi sesuap nasi.
Kita ambil kesempatan kelas percuma dengan RICHWORKS join circle. Untuk dapatkan semangat baru supaya tidak karam dalam tangisan. Apa sahaja kursus media sosial percuma kita akan sertai.
Belajar bersyukur dengan ketentuan Illahi. Syukur dalam serba kekurangan masih bertahan lagi.
Hari ini teruji lagi bila kereta antik ku sudah masuk workshop dengan sakitnya yang makin parah. Sedangkan kita sangat memerlukan kenderaan untuk uruskan perniagaan ini. Aduhh yang Allah tolong beri hamba mu kekuatan untuk mengharungi.
Di saat aku sedang menyusun langkah untuk terus berjuang membaikki diri dan untuk bantu sahabat-sahabatku bangkit kembali.
Setiap hari dalam hidup ini aku melihat anak bangsaku sedang bangkit berjuang di tepi-tepi jalan, kadang-kadang air mata gugur tengok mereka dalam kelelahan berpanas mencari rezeki.
Semoga kami tabah hadapi dunia yang sudah tidak mampu memberi kami ruang untuk bermimpi indah. Melainkan kami semua bangun dan bangkit untuk masa depan kami dan anak cucu kami.
Kami tidak peduli bapak-bapak menteri sibuk bergendang di Parlimen sebab kami sudah muak dengan nyanyian dan rentak tari mereka.
Setiap hari kami membaca ramainya manusia yang jadi buta sebab duit, gadaikan amanah yang dijunjung untuk besarkan tembolok mereka. Sedangkan kami bermatian mencari sekupang rezeki halal. Percaya kami hanya pada Allah swt.
ANDA NAK BERI PELUANG PADA DIRI ANDA
JOM SERTAI KAMI
DENGAN MODAL YANG KECIL RM120 - RM200 SAHAJA UNTUK ANDA BERMULA
ATAU PUN TANPA MODAL
KAMI SEDIAKAN BAHAN PROMOSI UNTUK ANDA
Boleh wasak Kak hajjah www.wasap.my/601127902884/TTCagent
Tiada ulasan:
Catat Ulasan