Penempatan Sementara Gelandangan
Nampaknya kita ber PKP hingga Ramadhan. Fasa ketiga 15hb April - 28 April 2020. Bertabahlah ya sahabat semua Kita Jaga Kita #StayAtHome.
Bersyukurlah kita masih ada kelonggaran untuk keluar beli barang tidak totally lockdown. Bersyukur kita tak kena penampar macam kat negara asal Virus Corona bila keluar rumah tak pakai mask. Bila harga mask melambung tinggi macam harga emas, bekalan mask tak cukup. Mana nak cari stok betul tak?
Bersyukur kita tak kena tembak jika keluar rumah seperti di Filippina.Terlalu banyak yang perlu di syukuri oleh rakyat Malaysia atas inisiatif Kerajaan Malaysia. Kita memang diakui sangat bertolak ansur samada dalam urusan rakyat sendiri ataupun urusan hubungan antarabangsa. Kat Malaysia suka hati ajer orang caci maki Perdana Menteri dan Sultan. Kalau kat Thailand dah ke humban dalam penjara dah.
Siang hari kereta dan motorsikal masih lagi menderu di jalanraya walaupunnya dah berkurangan dari biasa. Bukan macam negara luar, jalanraya jadi sepi.
Bersyukur setiap rakyat yang layak mendapat sumbangan dari Kerajaan Malaysia melampaui batas fahaman politik, bangsa dan agama. Mahupun pendatang tanpa izin mendapat perhatian supaya tidak kebuluran.
Bersyukur sangat ketika ini NGO dan kerajaan berganding bahu supaya tidak ada yang kelaparan. Rakyat jelata juga begitu prihatin cepat menghulur tangan bila ada yang perlukan bantuan. Sangat terharu dengan kemurahan hati semua orang ketika ini.
Bersyukur Semua rakyat rela berkorban ikut kepakaran dan kemampuan masing-masing. Dalam kekurangan ini yang boleh menjahit, menjahit pakaian PPE untuk frontliner. Tukang masak memasak makanan. Terlalu banyak untuk disyukuri jadi rakyat Malaysia. Terima kasih Allah kami berada di bumi Malaysia.
Walaupun kita sedih tak boleh nak berada di surau dan masjid solat jemaah dan kuliah. Tambah sedih sebab kita ber PKP hingga Ramadhan. Ramai yang akan rindu takbir dan tahmid malam-malam Ramadhan. Ramai yang akan menangis tadarus malam Ramadhan diganti dengan tadarus online..
Kita sama-sama panjatkan doa pada Allah semoga virus Corona cepat balik ke tempat asalnya meninggalkan bumi.
Biarlah Corona yang pergi jangan solat jamaah, taalim dan tadarus anak beranak pun pergi bersama Corono. 42 hari istiqamah sepatutnya sudah mampu menjadikan setiap perubahan atau amal yang baik itu sebati.
Allah aklam sebab hidayah milik Allah swt tetapi sekiranya selangkah kita cari Allah seribu langkah
Allah datang kepada kita.
Terimakasih PM, frontliner, Kerajaan Malaysia - anda memang hebat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan