Khamis, 2 April 2020

KEPUTUSAN BENAR HAJI BULAN JUNE


Media antarabangsa melaporkan Arab Saudi menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan menunaikan haji sehingga wabak COVID-19 dapat dikawal.

Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten, berkata Arab Saudi bersedia menerima jemaah haji dan umrah namun dalam keadaan dunia berdepan wabak COVID-19, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam.

Mengulas lanjut, Razali berkata, sebarang keputusan kerajaan Arab Saudi wajar dipatuhi demi kepentingan dan melindungi kesihatan umat Islam.

“Kami akan berhubung kerajaan Malaysia dan konsulat Arab Saudi di sini bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung perkara ini.

“Menunaikan haji adalah tuntutan agama bagi mereka yang berkemampuan, tetapi jika dalam keadaan sebegini (penularan COVID-19), urusan itu ada baiknya ditangguhkan terlebih dahulu sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, jika kerajaan Arab Saudi mengeluarkan arahan supaya haji ditangguhkan tahun ini, ia akan memberi kesan kepada hampir 40,000 jemaah Malaysia termasuk yang menggunakan perkhidmatan agensi swasta

Sumber berita harian.

jom kita sama-sama berdoa supaya semua orang dapat menunaikan haji dan keadaan pulih sediakala.
Sedih tengok masjid dan surau kosong.  Sedih bila keluar sesekali tengok jalan raya kosong, kereta parking tepi jalan.  Macam dilanggar geroda (cerita melayu dolu-dolu)

Semoga Baitullah kembali sesak semoga ramai orang dapat terus bertawaf setiap waktu.

#StayAtHome

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA