Dah tinggal lebih kurang 100 hari nak wukufkan cepatnya masa berlalukan? Kursus asas haji dah selesai. Kursus Intenstif Haji pun dah selesai. Tunggu Kursus Haji Perdana pulak dalam lepas Ramadhan nanti.
Jemaah yang merayu pun ada yang dah dapat panggilan, masing-masing senyum lebar sampai telinga. Terbayang-bayang dah tengah tunggu flight kat KLIA tu kan. Ada yang dah kumpul barang siap masuk dalam beg terus tau.
Nak tanya ni dah ambik imunisasi ker belum. Imunisasi kalau ada masih ada masa boleh pergi kat hospital kerajaan. Tapi kalau anda waiting list dapat tau sangat akhir gi jer lah kat Klinik. Agak mahal jugak kosnya. Anda memang tak boleh nak mengelak sebab suntikan tu wajib.
Saya petik jenis-jenis Imunisasi dari laman web Tabung Haji sebagai panduan anda ya.
Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) Vaccine
- Suntikan wajib untuk semua jemaah haji - arahan pihak berkuasa Arab.
- Perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci.
- Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama dua (2) tahun.
- Sila dapatkan dengan percuma di hospital / klinik kerajaan sahaja (rujuk Pejabat TH berhampiran).
Imunisasi Pilihan (dibiayai sendiri oleh Bakal Haji)
Bakal jemaah haji amat digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan ini untuk membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu
Influenza Vaccine
- Terbaik diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
- Selamat diambil kecuali mereka yang alergik terhadap telur.
- Bakal Haji berumur 50 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini.
- Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 1 tahun.
Pneumokokus Vaccine
- Bakal Haji berumur 50 tahun keatas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang serius di paru-paru yang disebabkan oleh bakteria.
- Penyakit ini merupakan penyakit utama dikalangan kanak- kanak dan warga tua di Tanah Suci.
- Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 5 tahun.
Pemeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin ini hendaklah diperolehi dari pegawai perubatan yang dibenarkan. Pegawai perubatan tersebut hendaklah membuat pengesahan butir-butir pemeriksaan/ suntikan serta menurunkan cop rasmi (nama dan jawatan) beliau pada Buku/ Kad Kesihatan Antarabangsa.
Boleh lihat senarai klinik swasta dan kerajaan yang diikitraf di laman web tabung haji ya.
Dari pengalaman saya sendiri ambil lah vitamin C sekiranya tiada alahan. Mudahan dengan ikhtiar ini anda boleh bertahan dari serangan selsema dan batuk yang teruk.
Bawa ubat-ubatan yang memang yang memang dah sedia diambil dari klinik yang kita biasa pergi.
Dari pengalaman saya sendiri ambil lah vitamin C sekiranya tiada alahan. Mudahan dengan ikhtiar ini anda boleh bertahan dari serangan selsema dan batuk yang teruk.
Bawa ubat-ubatan yang memang yang memang dah sedia diambil dari klinik yang kita biasa pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan