Khamis, 17 Mei 2018

APA NAK BUAT KALAU DUIT TAK CUKUP NAK DAFTAR HAJI

Saya start menabung sejak saya mula kerja, ingat lagi pesan Allahyarham ayah saya suruh buka akaun Tabung Haji simpan RM20.00 sebulan masa tu duit banyak keluar masuk jer. Kita gaji kecil, duduk di Kuala Lumpur nampak banyak jer duit mulalah dikeluarkan.

Mula menabung secara tetap bila bekerja dengan Syarikat yang ada kemudahan potongan TABUNG HAJI. Barulah nampak sikit hasil tabungan tu, dapat pergi umrah pada tahun 2007. Balik dari sana terus daftar haji masa tu cuma RM90.00 sahaja. Alhamdulillah pada tahun 2015 dapat seruan untuk menunaikan Haji pula.

Kesilapan yang selalu dibuat oleh pendeposit Tabung Haji bila menyangka bila buka akaun Tabung Haji automatik dah daftar haji. Akhirnya simpanan dah banyak umur meningkat belum dapat pergi haji bila mendaftar waiting list dah 20 - 30 tahun entah rasa sampai nyawa lagi ker tak.

Untuk yang masih muda tu bila anda ada caruman KWSP, semak akaun kedua tu cukup RM1,300 dah
boleh mendaftar haji.  Untuk gi haji langkah pertama kena daftar terlebih dahulu.

Ibu dan ayah juga boleh buat pendaftaran untuk anak semasa mereka masih kecil lagi. InsyaAllah menjelang dewasa tabungannya sudah cukup untuk pergi haji. Duit raya yang berlebihan tu boleh didepositkan ke akaun LUTH.

Untuk pendaftaran terkini giliran dah ambil 30 tahun akan mendatang. So kalau umur dah 50 tahun  dalam umur 80 tahun lah, tapi jangan bimbang giliran tu semua dalam sistem sahaja. Sekiranya umur anda sudah 60 tahun dan tabungan sudah cukup buatlah rayuan pada setiap tahun. 

Begitu juga sekiranya sudah ada penyakit tetapi bukan sakit buah pinggang buatlah rayuan juga. Pesakit buah pinggang masalah utama adalah nak cuci darah yang kerap jadi mungkin akan ada masalah  untuk ke hospital dan klinik untuk cuci darah sepanjang musim haji. 

Menunaikan haji adalah rezeki dari Allah swt ada banyak sebab yang memungkinkan anda pergi haji lebih awal atau secara percuma dengan cara:-

1. Bekerja di Arab Saudi

Tenaga kerja professional seperti jurutera dan perubatan mempunyai peluang yang besar ini.  Sahabat dan kenalan saya yang berkerja di Arab Saudi berpeluang mengerjakan umrah dan haji ketika bertugas. Betapa beruntungnya tidak perlu keluar belanja yang besar untuk pergi haji malah tidak perlu tunggu giliran yang lama.

Boleh juga ambil peluang dengan menjadi pekerja sementara ketika musim haji sebagai tukang masak. Semasa wukuf semua akan bergerak Arafah dan Mina bersama-sama jemaah. Kakitangan ini berpeluang untuk buat haji yang wajib dan umrah yang wajib. Itu sudah sangat memadai sekali.

Beruntunglah kakitangan Tabung Haji, Paramedik dan Kaki Tangan Kerajaan yang dapat bertugas disana.

2. Menjadi pengiring orang tua

Sekiranya ayahanda dan bonda anda sudah uzur dan berusia merayulah dengan LUTH untuk menajdi pengiring kepada mereka. Lebih baik anak yang mengiring dari hanya berharap kepada orang lain.

3. Menuntut Ilmu

Ramai para pelajar kita yang menuntut di Arab Saudi dan Timur Tengah mengambil peluang mengerjakan haji dan umrah ketika masih menuntut di sana kerana perbelanjaannya lebih murah.

4. Tumpang suami atau iseri

Semasa saya dapat tawaran pergi haji dulu kami ditanya kalau suami nak ikut atau tidak. InsyaAllah suami boleh apply untuk jadi mahram isterinya pergi haji. Bila suami dapat pergi haji, isteri boleh merayu nak ikut suami pergi haji pada tahun yang sama.

Pastinya anda kena daftar terlebih dahulu selepas tu cukupkan tabungan anda sebanyak RM10,000 lebih kurang bersama wang saku lebih kurang minima rm2,000. Wang saku tu kadang-kadang hadiah dan sedekah dari sahabat dan keluarga juga sudah memadai.

PENAMBAH BAIKAN TELAGA ZAM ZAM

WUKUF DI ARAFAH

COPY WRITING BY TELEKUNGMUSLEEMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA