Selasa, 14 Mac 2017

KEMBALI BERSIARAN

Seminggu tak bersiaran sebab Kak Hajjah balik kampung tengok bonda yang tak sihat.  Tambahan kesihatan kak hajjah jugak agak kurang baik. Minggu kita balik ke Kuala Lumpur meneruskan kehidupan yang masih lagi Allah swt anugerahkan.

Sesungguhnya kesakitan itu menggugurkan dosa umat tetapi hakikatnya setakat mana kita redha dan bersabar itulah yang perlu difikirkan.  Kemampuan untuk bertenang dan bersabar. Buat diri kak hajjah rasanya belum sampai ke tahap itu lagi. Mudahan Allah swt beri kak hajjah kekuatan untuk redha dengan ketentuannya.

Prinsip kak hajjah tiada tiket free untuk ke Jannah. Muhasabah diri sendiri. Semalam kak hajjah pergi ke perubatan syifa tetapi dengan cara perawatan berbezalah tak pernah kak hajjah tengok atau alami. Tetapi kelmarin pergi cuba memandangkan kak Hajjah kenal dengan perawat suami isteri..

Setelah mengambil kira dah banyak antibiotik makan agak perlahan penyembuhannya dan kita cuma ada ubat tahan sakit dan antiobotik dari hospital. Kelmarin jugak sempat pergi kat skin specialist di tempat Kak Hajjah.

Konon nak test power ha ha ha ambik ko. Ko ingat ketuk tak berisi huhu masa gi buat rawatan batu karang kat PPUM dulu pakai tak ingat apa ke namanya. Pakai laser ala ketuk-ketuk jugak tapi boleh tahan lagi. Yang ini rasa kena hukum sebat walaupun ketuk pakai ranting jer.. Kak Hajjah sampai lewat petang jadi tak dapat rakam gambar bangunan tu.

Anda nak try gi cuba sendiri kat Pusat Rawatan Manarah di Kuang, Selangor. Full address boleh google kalau tak silap ada email jugak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA