Selasa, 26 Januari 2016

KISAH SI TUDUNG DENIM

DEARIE, alhamdulillah tudung denim mendapat sambutan. InsyaAllah kita akan share lagi lebih banyak stok dan warna-warna yang menarik.

Dalam cuaca yang kepanasan sekarang nie untuk kita yang dah otai dengan tudung sarung, tudung denim memang terbaiklah fabriknya yang halus dan sejuk itu cukup menyamankan kita deh. Kelmarin balik ke kampung untuk ziarah famili, masyaAllah bersabarlah daku memandu dalam cuaca yang sangat terik itu. Petang tadi nak balik ke sini pun sama berenti dua kali break kejap basuh muka. Mata dah separuh tertutup.

I nak share kat sini pengalaman bersama customer masa kursus haji, pada hari Sabtu, bila gi bukak booth kat Masjid berdekatan. Lokasi kursus dah berubah kalau dulu betul-betul dekat depan kelas, tapi sekarang kelas dah naik atas dalam masjid. Punyalah pening orang tak nampak mengharapkan orang yang keluar masuk sahaja.

Tawakal sahaja pada Allah, dalam penantian di kesunyian tu satu whatsapp masuk bertanyakan tudung denim. Seperti biasa kita beramah mesra melayan pelanggan nie yang berminat dengan tudung denim.  Kemusyikilan berkaitan saiz lalu saya poskan gambar sendiri yang memakai tudung denim semasa mengerjakan haji. 

Pelanggan bersetuju untuk membeli, warna pun dah dipilih. No akaun pun saya dah beri. Rupa-rupanya pelanggan tadi ada jugak di masjid Usamah tu..beliau dapat cam saya sebab saya pakai tudung yang sama.
Alhamdulillah tak perlu nak pos-pos barang lagi. Beliau boleh try dan pilih warna yang dikehendai dan tudung pun bertukar tangan. 

Moral of the story kalau tersurat rezeki itu kita punya tidak akan kemana. Tawakal tu Allah swt, Pemegang Kunci segala khazanah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA