Selasa, 5 Januari 2021

SELAMAT TAHUN BARU 2021

 Agak terlewat sikit update kat blog ni tapi better late then never.  

kita dah masuk tahun 2021, what's next ya? Semua orang bimbangkan. Sabar dan tenang kita hanyalah manusia kerdil yang tak boleh nak menolat Qadha dan Qadhar Allah.

Siapa 2020, satu dunia ditutup asbab covid19. Rasa macam kita dah balik ke zaman tiada kapal terbang. Bila airport semua negara ditutup. Kapalterbang tersadai tak boleh nak terbang.

Beribu orang hilang pekerjaan, sektor pelancongan sangat terjejas. Kami yang berurusan dengan Haji dan Umrah rasa dah terduduk.

Perlahan-lahan bangun balik bertenang dan merancang what's next, kita tak tahu bila sektor pelancongan akan dibuka maksud saya luar negara.

Stok barang tersadai tapi apa nak buat cuba clearkan sikit-sikit boleh lah buat modal baru ataupun buat duit belanja dapur harian.

Sekarang kecilkan scope pegang untuk produk telekung sahaja. Disamping venture dalam makanan ringan dan frozen. 

Mudahan boleh berkembang dan mampu menjana pendapatan untuk kami sekeluarga.

Saya berterimakasih kepada regular kastemer saya yang banyak membantu during hard time ini.

Semoga anda semua murah rezeki, dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

Kita sama-sama berdoa supaya banjir yang melanda negara di Pahang, Johor dan Kelantan akan segera pulih.













PRODUK BARU KITA 
TENGAH SET UP PAGE YANG BARU UNTUK PRODUK KESIHATAN
NANTI KITA SHARE LINK YA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA