Sudah hampir 2 minggu PKP 2021 rasa semua harapan masuk tahun hancur leburkan?? Percayalah semuanya ada hikmah kan.
Kita tidak boleh menunggu, masa ini untuk jadi lebih pro-aktif. Mulakan dengan apa yang ada ditangan. Jangan menunggu terlalu sempurna untuk bermula.
jom kita ambik cerita abang pilot jadi inspirasi untuk kita bertindak. Semua orang terjejas.
Kami terjejas jugak, beberapa tahun berniaga PAKAIAN UMRAH DAN HAJI kami ambik keputusan mengalihkan fokus kami kepada telekung dan cereal TASTIC CEREALS. Dari March 2020 hingga sekarang tiada bayang bila UMRAH DAN HAJI akan kembali pulih.
Ramai sahabat kami dalam travelling dan kelengkapan haji dan umrah beralih kepada produk lain untuk kita menyara hidup dan meningkatkan ekonomi rumahtangga sendiri.
Sudah hampir setahun tiada bayang pun bila akan pulih, jangkaan 2023 baru akan pulih. so kita tak boleh duduk menunggu sahaja.
Jangan tengok stok kita yang masih menimbun kerana demand yang kurang. Mana yang boleh kita jual kita jual sahaja. Mana yang boleh dipakai harian kita promosikan secara offline dekat kawan-kawan dan jiran,
InsyaAllah rezeki kita ada cuma kita kena explore. Burung yang terbang dari sarang pun tak tahu di mana rezekinya. Sudah tentu kita makhluk Allah yang cantik kejadiannya punya rezeki dalam timbunan dugaan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan