Rabu, 28 Jun 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Dah hari ke 4 kita beraya, masih bercuti lagi ker? Liat kan nak start kerja lepas bercuti panjang. Selamat Hari Raya Aidilfitri kat anda semua.

Kak Hajjah masih lagi berada di Kampung tapi bukanlah beraya sakan pun, bila rumah kita masih ada orang tua kita lah jadi tuan rumah, ramai kaum kerabat yang datang beraya kat rumah orang tua di kampung halaman.

Dalam family Kak Hajjah, my mom satu-satunya orang tua yang masih ada. Adik beradik mak dan ayah semuanya sudah kembali ke rahmatullah. Perkara biasa bila rumah mak disinggahi oleh anak-anak dan cucu sedaranya jauh dan dekat datang berhari raya.

Dulu-dulu kami yang akan konvoi ke rumah adik beradik both side pada petang hari raya pertama ataupun pada hari raya kedua. Sudah jadi tradisi selepas habis pusing rumah keluarga sekampung. Kami semua gi cari sedara yang jauh sikit. Kadang-kadang bertembung dengan keluarga sepupu dah riuh rendah lah rumah pak sedara kita orang kat Slim River tu.

Musim Hari Raya Aidilfitri memang meriah bagi keluarga kami, tapi tahun ni mood agak kelaut sikit sebab my brother kembali sakit pada hari raya pertama dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Mizan di Kuala Lumpur pada subuh hari raya kedua tu.

Family makcik pulak beraya kat rumah anaknya, our cousin masih belum pulih sepenuhnya lagi so agak lenganglah kami kat kampung.

Yang paling awesome musim raya kat kampung ni adalah juadah, mungkin sama jer dengan rumah-rumah orang lain tu tapi kita akan masak dalam kuantiti yang besar sebab keluarga kami ramai. Menantu pun bawak balik rendang jugak almaklum orang niaga makanan apa da hal nak masak-masak.

Akhir ramadhan akan berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama adik beradik dan anak-anak buah.  Tahun ramai yang dah kerja so jimat duit raya akak he he he 

Raya kedua dan ketiga banyak yang beransur balik ke rumah sendiri, rumah lengang baliklah kak hajjah duduk kat sini lagi teman orang tua jadi hostess pulak he he.

Raya rumah kawan-kawan pun tak habis lagi nie, cuaca yang agak panas ni buat berat jer kaki nak tekan minyak gi beraya ni.

Lepas raya ni InsyaAllah mana-mana jemaah yang dah confirmed gi haji akan dapat tahun flight mereka, sabar ya. Tak lari gunung dikejar. Bolehlah kalau nak plan bila nak buat kenduri doa selamatnya tu.

Minggu depan 7/7/2017 - 8/7/2017 akan berlangsung kursus haji perdana. Di Perak ni InsyaAllah di Kuala Kangsar. Kakak yang no. 2 alhamdulillah terpilih sebagai duyufur rahman.

Termasuk juga di laman sesawang kak Hajjah ni ramai yang dah mula berziarah cumanya kak Hajjah nak beritahu kita accept order tetapi pos nanti minggu depan ya.

Tadi siang sempat check barang-barang kakak tengok apa yang tak cukup lagi. Boleh kata 80% dah lengkap. InsyaAllah yang selebihnya bisa di atur. My concept is simple tak perlu berhabis kalau kita ada pakaian yang masih cantik boleh dipakai ketika disana yang penting sempurna dan mengikut syariat.

Akhir kata kita mohon ampun dan maaf jika kita ada salah dan silap kat tuan dan puan ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA