Jumaat, 23 September 2016

VISA UMRAH NAIK MULAI 2HB OCTOBER

Akak baru tengah mengira-ngira duit tabung nak pergi lagi menunaikan UMRAH. Alih-alih dapat news visa akan dinaikkan lagi. Tersentap sekejap..banyak tu Riyal 2000. Cer kita fikir ya, kalau dulu RM5,500 - RM7,000 (ni pakej biasa-biasa jer tau). Dengan kenaikan tu dah jadi RM8,000 - RM10,000 (tu congak-congak baru).

Dari pandangan hamba yan tak berapa nak pandai nie, setiap tahun income dari HAJI dan UMRAH ni berbilion dollar rasanya..Kiralah masa musim haji sahaja beratus juta rakyat Malaysia keluarkan duit menyopping kat sana (termasuklah akak jugak ya). Masa UMRAH selama 11 bulan tu lagi, bukannya sikit ya dapat duit yang masuk. Kenapa mesti dinaikkan?? Apa agendanya??


MAKLUMAN BERKENAAN VISA UMRAH - info terkini dari Juara Travel.
------------------------------------------------------------
Berikutan spekulasi tentang kenaikan visa Umrah kebelakangan ini yang menjadi persoalan kepada jemaah umrah. Alhamdulillah semuanya sudah terjawab dengan surat rasmi dari kedutaan Saudi di Malaysia dan kedutaan Saudi di Singapura.
Bagi jemaah umrah yang pertama kali pergi di dalam satu musim Umrah ( TAHUN HIJRAH) maka visa mereka adalah PERCUMA dan tiada kenaikan harga ke atas mana2 pakej Umrah Juara Travel.
Satu musim Umrah bermula dari Awal Muharram sehinggalah Akhir Zulhijjah. Bagi jemaah Umrah yg sama jika ingin pergi di dalam satu musim yg sama maka tambahan bayaran Visa sebanyak 2000 riyal dari harga pakej akan dikenakan.
Sehingga sekarang itu sahaja maklumat yg bertulis yang telah diperolehi. Sebarang maklumat lanjut akan kami maklumkan.
Mari menunaikan Umrah bersama Juara Travel dan dapatkan pakej Umrah kami bermula November 2016 sehingga Mac 2017!
"maksudnya jika dalam satu tahun hijri nak pergi dari sekali barulah dikenakan visa sebanyak riyal 2000. cthnya saya pernah gi umrah tahun 2007 dan last year saya pergi haji, jadi saya tidak tertakluk kepada rate visa yang riyal 2000. minta pencerahan"  Soalan akak

"Puan jika nak g umrah dalam setahun sekali tak jadi maslah...tapi klau nak g lagi sekali dalam tahun yang sama akn ada penambahan 2000sar" jawapan dari Juara Travel

lega rasanya baca info terkini dari juara travel..apalagi kengkawan ada tak yang nak gi jom ler kita gi berjemaah.  Tak sabar nak tengok dan sujud direct depan Kaabah lagi, nak ziarah Rasulullah saw.

#keperluan haji dan umrah jimat - kami sentiasa berikan yang terbaik untuk anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA