Isnin, 15 Mei 2023

PANGGILAN HAJI TELAH TIBA

Dah hujung syawal barulah masuk balik ke blog telekungmusleema. Bukan lupa daratan tetapi kekangan banyak sangat, Menjelang Ramadhan kami diuji dengan kesihatan ibu kami dan juga diri sendiri. Banyak luangkan masa nak merawat 'wali keramat' yang sudah uzur perlukan jagaan dari semua anak-anak.

Kita terpaksa ketepikan dulu urusan bisnes online duduk kampung line internet tak smooth jugak kan.

Alhamdullah kesihatan ibunda kami sudah lebih baik boleh kita hadap balik online kita ini. Walaupun kecil mesti terus konsisten. Semakin kita berusia tidak boleh hanya duduk diam perlu ada aktiviti untuk buat kita jadi lebih segar dan sihat badan dan minda.

Mari kita tengok berapa kos haji tahun 2023 semua orang dah tahu jugak ya memang tinggi tapi apa daya LUTH, terpaksa juga naikkan sebab faktor inflasi, matawang, cukai, pembangunan infrstruktur penambah baikkan kemudahan.





Photo from google/berita rtm

Anda yang berkemampuan juga boleh pergi dengan pakej haji yang ditawarkan oleh syarikat travel yang berdaftar dengan Lembaga Urusan Dan Tabung Haji dan syarikat yang sudah banyak pengalaman ya.  Sebab mereka lebih arif jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak diduga seperti hotel tiba-tiba bertukar. 

Kita kongsi pakej dua Syarikat yang terkenal dibawah:-

Pakej Haji Andalusia bermula dari RM38,490 - RM51,900 (pakej yang terendah)

Pakej Haji MKM bermula dari RM49,760 - RM58,760 (pakej terendah)

Ada banyak lagi Syarikat besar dan berpengalaman anda boleh rujuk di laman sesawang LUTH (penting sangat ya semak dulu syarikat-syarikat travel ini berdaftar atau tidak)

Kos haji jemaah furada juga telah keluar, juga menunjukkan kenaikan dua kali ganda anggaran RM80,000.semoga tiada kes penipuan seperti tahun lepas. Kesian bakal jemaah yang dah keluarkan duit yang banyak tetapi terkandas di KLIA.  

Anda boleh lihat perbezaan harga dengan LUTH, kalau giliran tu menunggu terlampau lama, maka ada yang tak kisah keluar duit lebih asalkan dapat menunaikan rukun Islam kelima itu.

Penerbangan haji pertama akan bermula pada 21hb Mei 2023, Hari Wukuf pada 27hb June 2023.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA