Ada orang suka overthinking sesuatu melampaui batas, bimbang akan kehidupan, bimbang akan anak-anak, bimbangkan pekerjaan dan sekarang pula bimbang akan wabak covid19 yang melanda seluruh dunia.
Gelombang kedua covid19 di negara kita sukar dibendung sebab
tiada lagi perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh di seluruh
negara. Kita semua maklum jika pkp
sekali lagi ekonomi kita akan berada ditahap yang sangat kritikal.
Ramai orang jadi stress dan kemurungan. Ramai yang hilang
pekerjaan, perniagaan jatuh ataupun rugi. Ramai orang terus jadi instant
businessman sebab sumber pekerjaan sudah tiada.
Tekanan hidup ini akan menyebabkan tekanan mental apabila
tidak dapat ditangani dengan baik. Jadi bagaimana untuk elakkan berfikir
berlebihan ataupun ‘overthinking’ sesuatu isu terutama yang tidak mampu kita
kawal.
Berikut beberapa cara yang boleh diterapkan untuk mengatasi overthinking
1. Tawakal
Apa pun yang anda sedang alami lakukan sebaik mungkin hingga
tahap maksima dan yakinlah apa juga hasilnya itu adalah yang terbaik untuk anda
sesuai dengan kemampuan anda. Tawakal sahaja pada Allah selepas usaha sudah
dilakukan.
2. 2. Selesaikan urusan yang mudah terlebih dahulu
Susun atur tugas dari yang paling ringan hingga ke paling
berat. Kalau anda suri rumahtangga susun jadual apa yang perlu didahulukan dan
dikemudiankan. Supaya beban anda jadi ringan dan cepat selesai.
Anda seorang pekerja di pejabat anda boleh susun kerja anda
ikut dateline serahan tugas kepada ketua anda.
Anda seorang peniaga susun tugas anda dari mula nak beli
barang asas hinggalah siap sedia untuk menjual
Anda boleh saja overthinking dengan syarat untuk hal-hal yang
memang boleh anda selesaikan.
Sekiranya diluar kawalan atau jangkaan anda. Pasrah sahaja
kerana itu sudah ditaqdirkan mungkin bukan masa ini anda dapat tetapi Allah
tangguhkan di masa hadapan.
Mungkin apa yang kita mahu itu bukanlah baik untuk kita.
Sibukkan diri dengan perkara yang buat anda lebih gembira
seperti hobi anda, bersukan, bercuti dan mengeteh dengan kawan-kawan. Sertai kelas memasak, menjahit, menari yang tertutup.
Jangan focus kepada hajat yang tak kesampaian itu sahaja.
5. Meditasi
Yoga untuk orang yang bukan Islam. Untuk orang Islam rapatkan diri dengan Allah swt, baca quran, solat sunat dan berzikir. Pergi bersuluk ataupun sertai pondok pengajian,
6. Akui Kejayaan Anda
Lihat balik kejayaan yang telah anda capai. Catat lima
kejayaan yang telah anda capat dalam minggu tersebut. Walaupun pencapaian itu sangat kecil.
Anda akan lebih teruja melihat kejayaan yang telah anda
capai dalam minggu tersebut. Simpan
catatan ini dan tengok balik bila anda tengah down giler
7. Ambil tindakan
Fokus fikiran penyelesaian dan
tindakan yang harus anda ambil. Lakukan
dengan bersungguh sekiranya gagal ubah cara tindakan anda sampai jadi. Yang penting usaha yang anda lakukan itu.
Tawakal hasilnya Allah yang akan beri.
8. Kawal Rasa Takut atau Bimbang Yang Berlebihan
Lakukan secara perlahan tidak perlu tergesa-gesa tetapi cuba lawan sedikit demi sedikit. Sebab perkara yang kita tidak mampu nak kawal pasrah pada takdir dan balik pada Allah swt
9. Minta Bantuan Orang Lain
Dapatkan sokongan dari ahli keluarga, adik-beradik dan kawan-kawan yang boleh dipercayai. Tempat anda boleh bercerita. Anda mungkin dapat anda orang yang boleh memberi anda motivasi untuk terus bersemangat dan kuat emosi dan fizikal.
10. Lakukan Sesuatu Kebaikan Untuk Orang Lain
Anda mungkin ada satu kelebihan jadi gunakan kelebihan untuk bantu orang lain dan membuat hidup orang lain lebih bahagia. Fikirkan apakah saya seorang bermanafaat pada orang lain. Adakah saya dah buat kebaikan untuk orang lain.Semua kebaikan yang anda buat akan jadi saham akhirat anda.
Akhir kata kita hanya boleh
berdoa dan meminta setiap hari yang kita lalui itu baik. Kita orang Islam percaya kepada Qadha dan Qadhar.
Ada perkara yang telah ditetapkan dari dalam Rahim ibu kita lagi. Mungkin tidak
dapat diubah, tetapi kita tidak tahu apakah Takdir baik dan buruk kita. Kita
teruskan berdoa minta perlindungan dari Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan