Ahad, 5 Julai 2020

HELLO JULAI

Dah julai, Alhamdulillah semakin pulih corona teruskan berPKP.  Suku tahun kita berPKP. Banyak hikmah, jadi kekalkan kebaikan yang kita buat. Jangan balik ke habit asal kita.

Kebanyakan bisnes sudah beroperasi seperti biasa walaupun saiz tu dikecilkan. Insya Allah kita akan pulih sepenuhnya. Mari kita banyak-banyak berdoa supaya wabak corona berlalu pergi.

Masjid dan surau sudah dibuka. Solat Jumaat dan jamaah telah dibenarkan walaupun dalam keadaan jaga jarak. Alhamdulilah bilangan jamaah sudah ditambah kepada 500 orang.

Alhamdulillah ada masjid yang dah mulakan kuliah Subuh dan Isyak. Hari ini kak hajah dan kawan-kawan sama-sama bergotong royong bersihkan Surau kami.  Sebenarnya baru jer buat mimbar baru untuk mencantikkan surau kami.

Untuk pembukaan rasmi nanti kami gotong royong bersihkan seluruh kawasan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA