Rabu, 11 Mei 2016

PAKEJ UMRAH 2016 - 1 MALAYSIA

Bila musim cuti sekolah rancak lagilah pulak kaum muslimin dan muslimat nak pergi umrah.  Ada yang nak bawak adik beradik dan anak-anak pergi sekali.

Berhati-hati carilah agent umrah yang reliable dan berdaftar dengan tabung haji supaya tidak terperangkap tau. Akak der follow few blog atau facebook UMRAH AND TRAVEL AGENT.

Sedikit sahaja tips yang baoleh share pasal UMRAH ni dulu masa 1st time pergi tahun 2007 tiada lagi pembesaran atau expansion Masjidil Haram pergi dengan UTAS travel, masih ada lagi syarikat nie cumanya sekarang agak tenggelam sikitlah ya. Dah banyak syarikat-syarikat baru yang muncul.

Tapi tak kesah sangatlah kan yang penting bukan terjebak dengan sindiket apa-apa hal pun semuanya ketentuan Allah kalau rezeki tuan puan untuk jejak kan kaki samada UMRAH atau HAJI semua tu atas jemputan Allah swt.

Kalau pergi sendiri tak bawa kanak-kanak tuan/puan boleh cari hotel yang jauh sikit tapi seeloknya janganlah lebih 1 km. Kalau bawak orang tua dan wheel chair pulo carilah hotel yang dekat sedikit senang nak tolak wheel chair tu.

Lagi dekat dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi lagi besarlah budgetnya. Tapi kalau sihat walafiat duduk jauh pun okay, pergilah duduk beriktikaf di Masjid Haram tu bukan senang nak dedicated masa kita untuk beribadah. Peace of mind orang putih kata kan.

TRAVEL UMRAH WIRA SAUJANA

Jarak hotel 180 meter dan 120 meter so dekat sesangatlah tu

contoh pakej umrah yang ditawarkan

 PAKEJ UMRAH ANDALUSIA TRAVEL

harga-harga pakej yang ditawarkan
choose your own budget 


Mostly sekarang budget untuk  umrah seorang dari RM5900 ++ nak lagi mewah duduklah Zam Zam Tower atau Hotel Hilton ker pulus tolak tepi ya. Kalau mampu apa nak kesah, bukan nak riak tapi cari yang memudahkan.

You all boleh check umrah package
kalau nak pergi UMRAH dengan rayhar ~ www.rayhar.com.@
kalau nak pergi UMRAH dengan andalusia ~ www.andalusia.com

kalau nak pergi dengan UMRAH dengan wira saujana boleh tengok kat page dia orang

INSYA ALLAH kalau diizinkan rezeki dan kesihatan akak nak gi UMRAH TAIF pulak kali ini ataupun nak pergi UMRAH dan MASJIDIL AQSA

Kelengkapan UMRAH untuk orang lelaki

bawa 1 pasang kain ihram dah cukup, maksimum pun dua set 
tapi kalau bawak dua set bawak luggage besar sikit ya.
bawak baju pagoda - 2 helai 
atau baju tangan pendek putih yang ada zip kat dada 
bawak seluar panjang 3 helai
bawak baju melayu atau baju kurta 3 helai
bawak toiletteris yang tidak berbau wangi
bawak tuala mandi 1 dan tuala kecil 1
bawak kain pelikat 2 helai jangan lupa (nak pakai dalam bilik atau keluar dari bilik air tu)
tali pinggang jangan lupa
safety pin jangan lupa
gunting kecil
buku-buku doa dan panduan (selalunya provided by travel agent)
kalau kulit kering bawak vaseline intensive care ya.

baju pagoda putih - RM20.00
SAIZ S HINGGA 2XL (RM22.00)
BAJU PAGODA HITAM
RM20.00 - SAIZ S DAN M SAHAJA
RECOMMENDED SELUAR KAIN NI
sebab ringan
Fabrik poly cotton - SAIZ 44, 46, 48
dalam stok warna putih sahaja



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA