Selasa, 8 Disember 2015

KURSUS HAJI 2016 - MARI RAMAI-RAMAI CARI ILMU

INFO TERKINI KURSUS ASAS HAJI AKAN BERMULA PADA BULAN DISEMBER

Mari kita tengok jadual ya..jom sekodeng kat mana kita nak cari rezeki untuk tahun ini. Prioriti kita kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.



Jadual Kursus Haji untuk lebih detail kawasan berdekatan anda sila google sendiri ya.

Paling menarik dapat jumpa dengan jemaah lama yang masih berkursus dan jemaah baru yang baru joint kursus.  Sebenarnya walau dah 4 - 5 tahun pergi kursus tetapi belum dapat jemputan untuk menunaikan haji jangan sedih.

 Keep on attend class ya, anda dapat pahala duduk dalam majlis ilmu. Dapat pahala iktikaf lagi dalam masjid.

Pengalaman saya walau dah attend sejak 4 tahun sambil berniaga sambil belajar sebenarnya sampai dah nak pergi tetap rasa banyak kekurangan lagi. Banyak lagi yang kita rasa tak yakin dan tak tahu. Mungkin ada lebih berilmu dari saya, syukur alhamdulillah. 

Jangan rasa serik ya untuk terus menuntut ilmu. Untuk muslimat yang masih lagi ada kitaran haid. Sila monitor perjalanan haid anda setiap bulan mulai dari sekarang. Jangan pandang remeh ilmu berkenaan permasalahan wanita kalau boleh ajak anak-anak gadis duduk sama dengar. Banyak nanti persoalan dan berkaitan haid sebab ia melibatkan soal wudhuk, soal tawaf dan permasalahan istihadah.

Ada banyak faktor yang mempengaruhi kitaran haid kita semasa menunaikan haji, perjalanan yang panjang, stress, emosi dan makana akan mempengaruhi tempoh haid kita. Sebab kita terpaksa redho yang kita tak boleh pergi ke Masjid, tak boleh ikut kawan-kawan pergi tawaf dan buat umrah sunat.  Mungkin tempoh haid kita jadi lebih panjang dari biasa.

Jika sudah tiada haid atau bagi kaum muslimin maybe kena tahu soal istihadah, ada yang bermasalah buang air tak lawas dan masalah angin yang kerap keluar dari jalan depan dan belakang. Saranan saya anda duduk dan fokus. Catatkan semua masalah yang selalu anda hadapi dan tanyalah ustaz dan ustazah pembimbing haji.

Kita tak tahu apa yang akan kita hadapi, kita nak buat ibadah sebaik mungkin tetapi untuk dapat hasil yang terbaik itu kadang-kadang kita diuji oleh Allah swt.  Adakah kita sabar dan redha dengan segala yang Allah beri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA