Ahad, 15 November 2015

INDAHNYA BERTAMU DI BUMI HARAMAIN

Assalamualaikum, genap dua bulan akak tinggalkan blog nie demi memenuhi undangan sebagai DUYUFUR RAHMAN. Sememangnya sangat lah terharu bila tanpa disangka-sangka kita mendapat undangan Allah swt. Dalam keadaan terkejut tanpa berlengah-lengah lagi jemputan diterima. Ada masa dua minggu untuk buat persediaan.

Akak terpaksa ambil EL dua hari untuk selesaikan urusan dengan LUTH selepas tu balik office mintak cuti. sign surat renew contract dan terus ambik unpaid leave hampir dua bulan. Hanya Allah yang tahu rasa terharu dan seronok sangat. Walaupun unpaid leave balun sahaja.

Syukur sangat-sangat tak sangka dalam gurauan dengan kakak dan abang ipar, Allah swt kabulkan doa kami. Walaupun terpaksa pergi sorang-sorang, rasanya tak der masalah bertawakal sahaja pada Allah.

Saat ini masih terbayang-bayang lagi berjalan kaki ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kuasa Allah swt kaki yang sakit di Malaysia sampai di bumi Haramain Allah simpan semua rasa kesakitan. Dugaan tetap ada tapi segala kerisauan kita Allah swt yang selesaikan.

Akak tak nak celoteh banyak semuanya akan akak kongsi di blog TRAVELOG DUYUFUR RAHMAN.

 TABUNG HAJI KELANA JAYA

WITH OFFICE MATE 

Mummy tak dapat nak tahan sedih, tengok anaknya gi sorang-sorang. Biasalah dah beruban anak tetap anak kan. Thanks to family yang mengiringi perjalanan akak ke Tanah Haram.

Especially to my sister Ana and his family yang datang dan sambut I balik.  Kalau tak der orang sambut sedih jugak ker.tak tau nak katakan. Aku sampai tengah malam so harap maklumlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA