Selasa, 12 Mei 2015

BOLEHKAH SOLAT TANPA TELEKUNG

Telekung putih masih menjadi pilihan ramai dikalangan orang-orang Nusantara. Pada asasnya untuk bersolat tidak semestinya memakai telekung. Cukup sekadar pakaian longgar yang menutup aurat, bertudung labuh, sarung kaki dan sarung tangan. Sekiranya anda hanya memakai sepasang mini jubah atau seluar panjang dan blouse labuh dan menutupi aurat ada sudah bersedia untuk bersolat.
Sebab syarat sah solat adalah menutup aurat.

Alhamdulillah kreativiti dikalangan masyarakat muslim di Nusantara telah melestarikan pemakaian kain telekung, putih menjadi pilihan kerana ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Disamping putih itu mendekatkan kita untuk mengingati mati mudahan kita dapat merasakan bahawa itu adalah solat yang terakhir kita.

 
telekungjersey dan telekungcotton restok
 
 
Bila pakai telekung putih nampaklah keseragaman dan cantiknya saf solat kita tu, kalau berwarna-warna nak saf tu tak menarik. Walaubagaimana pun still boleh pakai yang berwarna-warni asalkan tidak terlampau sampai menarik perhatian dan mengganggu tumpuan orang kat saf belakang betul tak.
 
Disini saya tidak quote mana-mana surah atau hadis sebab saya tidak cukup ilmu untuk membahaskan takut berlaku kesilapan.
 

 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA