Kami membekalkan barangan keperluan haji dan umrah.Hubungi Kami di 0192883235
Halaman
- Laman Utama
- TENTANG KAMI
- CARA BELIAN
- STOKIN SOLAT
- TELEKUNG-MUSLEEMA CANTIK
- MINI-JUBAH HAJI
- KELENGKAPAN PAKAIAN UMRAH DAN HAJI
- HANDSOCK AKA STONGAN AKA SARUNG LENGAN
- SELUAR HAJI DAN UMRAH
- TUDUNG UMRAH DAN HAJI SAIZ XL DAN 2XL - ADA LAPIK...
- TUDUNG LENGAN TAWAF
- TUDUNG UMRAH - CHIFFON L AND XL
- Kasut Tawaf, Stokin Wudhuk SOKA dan Sarung Tangan...
- TELEKUNG EIDUL FITRI 2022 - telekung ASHEERA
- CEREAL CANTIK SIHAT - UBAH GAYA PEMAKANAN UNTUK KEKAL SIHAT DAN BAHAGIA
Jumaat, 17 Jun 2022
KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH - PAKEJ JIMAT: TIPS BAWA BARANG KE ARAFAH WAKTU HAJI 2019
KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH - PAKEJ JIMAT: TIPS BAWA BARANG KE ARAFAH WAKTU HAJI 2019: APA NAK BAWA KE ARAFAH WAKTU WUKUF Bawa brg Jangan berlebihan, bawa 1 beg cukup. Beg tabung haji 5kg tu dah Cukup. 🌺Packing pakaian dan k...
KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH
Tahukah sahabat di dalam Al-Quran terdapat satu surah yang menegaskan bahawa sesudah kesusahan itu tentu ada kesenangan?
Dunia ini memang tempat ujian. Ada ujian kesusahan dan ada ujian kesenangan. Asalkan kita orang beriman, selepas kesusahan tentu ada kesenangan, dan syurga itulah kesenangan yang hakiki.
Sekiranya anda mengalami kesusahan, bacalah selalu surah Al-Insyirah ini. Insya Allah kesusahan yang anda alami akan diganti dengan kesenangan.
Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah.
Terjemahan Surah Al-Insyirah:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.FADILATNYA:-
1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.
4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.
5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.
Sahabat, cuba amalkan baca selama 30 hari dengan memahami maknanya, InsyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.
Ikhlas
Ustaz Zainuddin @Yeop
Pengerusi Akademi Al-Quran As-Sunnah(AQS)
Duta Aman Palestin

Selasa, 7 Jun 2022
KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH - PAKEJ JIMAT: CHECK LIST BARANG HAJI
KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH - PAKEJ JIMAT: CHECK LIST BARANG HAJI - ANDAI RAYUAN BERJAYA: Puasa sudah raya pun sudah. Ramadhan dah pergi, Syawal pula telah muncul. Mudahan Allah swt terimalah ibadah puasa, solat dan segala amal k...
Jumaat, 3 Jun 2022
PENERBANGAN PERTAMA JEMAAH HAJI PADA TAHUN INI 4/6/2022
Kuota haji Malaysia bagi musim 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima dan peratusan sama terpakai kepada semua negara.
Tabung Haji akan memberikan maklumat mengenai butiran penerbangan dan lapor diri di stesen berlepas secara berperingkat mulai pada minggu depan dan penerbangan pertama pada 4 Jun manakala terakhir dijangka pada 2 Julai.
lebih 1,000 bakal jemaah haji Malaysia yang menerima tawaran mengerjakan ibadah itu bagi musim 2022, terpaksa menolak panggilan disebabkan pelbagai faktor termasuk masalah kesihatan. kekosongan itu telah pun diisi oleh jemaah yang layak.
Malaysia Airlines Berhad dan Saudia Airlines ditugaskan membawa semua 14,306 bakal jemaah menerusi kuota masing-masing sebanyak 50 peratus,” katanya.
340 petugas haji termasuk kakitangan perubatan bermula 28 Mei bagi membuat persediaan menyambut kumpulan pertama jemaah haji.
SUMBER BERITA UTUSAN MALAYSIA
ANDA PENING UNTUK BUAT PERSIAPAN HAJI DAN UMRAH BOLEH KLIK SINI KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH UNTUK DAPAT PANDUAN KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH

Khamis, 19 Mei 2022
TELEKUNG POKET SENTIASA JADI PILIHAN BAKAL JEMAAT UMRAH DAN HAJI
TELEKUNG POKET INI KOLEKSI YANG PALING LARIS DI KEDAI KAMI
Harga pulak berpatutan
Ada yang order berpasangan ambik hitam dan putih terus.
Harga mini telekung:-
telekung renda standard, rm80.00 (telekung sahaja ya) - awning tak der renda
telekung renda premium, rm125.00 (telekung sahaja ya) - awning dan keliling ada renda.
telekung renda standard, rm80.00 (telekung sahaja ya) - awning tak der renda
telekung renda premium, rm125.00 (telekung sahaja ya) - awning dan keliling ada renda.
- Labuh telekung dari dagu - 29 inci
- Kualiti kain - jenis cotton jepun (memang best sesangat)
- Warna ada hitam dan putih.
- Kocek berzip sesuai untuk simpan kunci bilik, wang dan passport anda.
- Muka ada getah dan dagu kain denim. InsyaAllah sesuai untuk semua,
Kami Bagi Anda pilih ikut bajet Ada yang Renda standard dan renda premium.
nak tengok produk klik link dibawah
https://shop.avana.asia//BhxD5u
https://shop.avana.asia//BhxD5u
nak beli klik link dibawah
https://shop.avana.asia/149962/checkout?product=459770
https://shop.avana.asia/149962/checkout?product=459770
#sayajualbarangumrah
#keperluanhajidanumrah
#telekungmusleema
#telekungumrah
#telekunghajiumrah
#telekungputih
#pakaianhajiumrah
#kasuttawaf

Ahad, 3 April 2022
IBADAH PUASA DAN ANUGERAH
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Ibadah Puasa dan Anugerah
عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ
Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No: 1944) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.
2. Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.
3. Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan sama ada yang diucapkan atau yang ditulis dan ditularkan yang kotor, lucah dan buruk serta hina.
4. Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.
5. Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang menyenangkan, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.
6. Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:
a. Gembira ketika berbuka puasa
b. Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya yang diterima.
Semoga Ramadan pada tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah. Marilah kita semarakkan ibadah kita agar ia menjadi pemacu perubahan diri kita kepada yang lebih baik. Berusahalah melakukan amalan
terbaik
. Memburu Taqwa Menyebar Rahmah. Andaikan Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
SYUKUR BERTEMU RAMADHAN 1423
ALhamdulillah kita masih berkesempatan menyambut Ramadhan lagi,
Ada kenalan yang telah kembali ke Rahmatullah sebelum tiba Ramadhan. Semoga Ramadhan ini menjadi yang terbaik untuk kita semua.
Jom gunakan kesempatan yang masih ada ini untuk sama-sama kita mencari keredhaan dan keampunan Allah swt.
Tingkatkan kualiti ibadah kita dalam Ramadhan. Takkan bertahun-tahun berlalu masih berada di takuk yang sama.
Cuba tambah 1 ibadah sunnah dan dikekal sepanjang bulan Ramadhan semoga lekat hendaknya sampai bila-bila
Langgan:
Catatan (Atom)