Kami membekalkan barangan keperluan haji dan umrah.Hubungi Kami di 0192883235
Halaman
- Laman Utama
- TENTANG KAMI
- CARA BELIAN
- STOKIN SOLAT
- TELEKUNG-MUSLEEMA CANTIK
- MINI-JUBAH HAJI
- KELENGKAPAN PAKAIAN UMRAH DAN HAJI
- HANDSOCK AKA STONGAN AKA SARUNG LENGAN
- SELUAR HAJI DAN UMRAH
- TUDUNG UMRAH DAN HAJI SAIZ XL DAN 2XL - ADA LAPIK...
- TUDUNG LENGAN TAWAF
- TUDUNG UMRAH - CHIFFON L AND XL
- Kasut Tawaf, Stokin Wudhuk SOKA dan Sarung Tangan...
- TELEKUNG EIDUL FITRI 2022 - telekung ASHEERA
- CEREAL CANTIK SIHAT - UBAH GAYA PEMAKANAN UNTUK KEKAL SIHAT DAN BAHAGIA
Sabtu, 13 Februari 2021
BULAN REJAB DICEMARI KEPALSUAN
Rabu, 10 Februari 2021
SALES PKP2021 - TELEKUNG ASHEERA ADA SALE TAU
Dah nak masuk bulan Rejab kita masih pkp
Mudahan smpai Ramadhan surau Masjid kita dibuka ya.
Semoga tahun ini dapatberjamaah dan buka puasa Ramadhan berjamaah.
Dapat pakai Baju raya sedondon.
Sebagai pengubat rindu kirim Sepasang telekung Tak renyuk dan tak kusut. Dan Kurma Ajwa MAdinah untuk buka puasa sunat. Wasap kami untuk pilihan warna yang menarik ya.
Nak merisik Boleh pm www.wasap.my/601127902884/tlkungsale
#telekungtakrenyukdantakkusut
#telekungsoeraya
#telekungmusleema
ALHAMDULILLAH BARANG DAH SAMPAI
SETELAH 7 HARI AKHIRNYA SAMPAI JUGA STOK TTC KE PANGKUAN AKAK.
TERIMAKASIH JNT WARRIOR. SEMOGA SELEPAS INI KEBAJIKAN STAFF TERJAGA DAN
STAFF DAPAT BERI PERKHIDMATAN TERBAIK.
Selasa, 9 Februari 2021
JNT OH JNT - BILA LAH NAK KELUAR BARANG KAMI
Semua orang tahu JNT syarikat penghantaran kedua besar selepas pos laju (pendapat saya sendiri). Motto dia orang 24/7 tu buat ramai peniaga online termasuk saya sangat gembira dengan servis mereka.
Tetapi baru-baru ini semua orang dikejutkan dengan video tular pekerja JNT naik berang dengan pengurusan. JNT dah keluar kenyataan rasmi dan minta maaf pada rakyat Malaysia. Saya tak pasti perkara ini ya. Tetapi yang saya tahu sekarang bungkusan saya juga tak sampai
Syarikat dah poskan pada 4hb Februari 2021 sampai hari ini pun saya tidak terima. Sudah 5 hari.
Saya cuba telefon pejabat cawangan JNT, telefon tak berjawab. FACEBOOK dia orang pun dah mute tak boleh nak komen apa-apa. Cuma chat message dan saya fikir membazir sahaja nak chat dengan robot.
PKP tahun lepas saya juga mengalami masalah yang sama bila berlaku lambakan barangan di JNT dan Pos Laju. Saya memilih mencari syarikat kurier lain yang kecil tetapi boleh bagi servis yang lebih cepat.
Masalah sekarang bila barang datang daripada pemborong atau syarikat yang dah ada contract dengan JNT suka atau tidak terpaksalah menunggu walaupun rasa berkilo-kilo dah kemarahan yang keluar.
Syukur saya tak ambil deposit daripada kastemer jadi saya terpaksa menunggu dan menunggu tanpa rela.
#JNT tanpa kakitangan yang sanggup berhujan dan berpanas. Syarikat ini tidak akan mampu jadi gah.
#JNT pekerja adalah asset yang paling mahal. Tidak kita syarikat dah berjuta-juta pun
4 TIPS MUDAH NAK TELEKUNG SENTIASA PUTIH BERSIH
Ramai orang yang anda masalah dengan telekung putih jadi kuning bila dah lama dipakai kadang-kadang kita sental pun masih tidak hilang lagi. betul tak.
Dibawah ini saya kongsikan tips untuk jaga telekung supaya sentiasa jadi putih bersih dan tidak kekuningan dimukanya.
Nak tau boleh baca tips dibawah dan jangan lupa like fb page TELEKUNGMUSLEEMA untuk anda tips-tips menarik dari kami.
Isnin, 8 Februari 2021
AMALAN UNTUK TERLEPAS SEKSA KUBUR - JENTIK HATI
Amalan untuk terlepas seksa kubur !
.Jangan sesekali tinggalkan Al-Quran. Ni cara mudah untuk lepaskan diri dari seksa kubur..
Rumah yang dibacakan Al-Quran pada waktu malam, rumahnya bercahaya sehingga dikenali para Malaikat. Jika mati orang yang suka baca Al-Quran, cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit dan para Malaikat akan tahu, ohh... mati sudah si pembaca.
.
Al-Quran ni, mari kita solatkan rohnya. Di dalam kubur, Malaikat akan berlemah-lembut dengan mayat. Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandikan dan dikafankan serta terus menemani kita di dalam kubur.
.
Jangan tinggalkan Al-Quran. Jangan tinggalkan Al-Quran.
Azab kubur mula bila mayat tak dapat menjawab soalan² Malaikat. Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari. Penting 7 hari ni kita mendapat doa dari anak² yang soleh supaya hari² kita indah di dalam kubur.
.
Masa mayat tu duduk, kita akan sedar, ohh... aku dah mati

Pesanan terakhir dari Ustaz, sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada surah Al-Mulk di dalam dada kita.
InsyaAllah. Amin Allahumma Amin.
.
Celakalah orang yang tak dapat menjawab soalan mengenai Rasullullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam.
.
Dalam kubur, Al-Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yang dulu kamu baca dengan suara yang lantang dan mendayu. Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke Syurga. Lepas tu, baru Al-Quran akan lepaskan mayat kepada Malaikat yang akan menyoal.
Komen
Ahad, 7 Februari 2021
JAWAPAN BEKAS MUFTI SINGAPURA ISU KUARANTIN
Takut Allah atau takut virus?
Dia menjawab;
Manusia perlu takut kepada Allah, dan di antara bukti takut kepada Allah adalah mematuhi segala perintahNya.
Di antara perintahNya adalah;
1. Mensyukuri nikmat nyawa, tubuh badan dan kesihatan;
2. Memelihara kesihatan, nyawa dan hal mudarat;
3. Taat kepada perintahNya dan ajaran Rasul, yakni menyuruh kita untuk mengelak dari wabak;
Maka, jika benar takut Allah semua langkah untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan perlu diambil.
Takut kepada Allah memerlukan kewarasan akal, bukan dengan membutakan mata hati atau membekukan otak yang dikurniakan tuhan.
Ada yang berkata begini, “Kenapa nak takut, Virus itu juga makhluk Tuhan?”
”Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195).
”Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).
Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar.
"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).
Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafie), kebanyakan Salaf dan keseluruhan Khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya. Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”.
Semoga ada manfaat buat kita semua. Aamiinnn
(Via fb : Dr Isahak Ghani)


















