Ahad, 30 Jun 2019

BERMULANYA PERJALANAN HAJI 2019


Petugas Tabung Haji mula tiba di Makkah dan Madinah

Share Tweet Share


KUALA LUMPUR: Kumpulan seramai 151 lagi petugas Tabung Haji (TH) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada hari Khamis lalu.

TH menerusi kenyataan hari ini memberitahu petugas itu adalah kumpulan kedua petugas awal yang tiba bagi membuat persiapan menyambut ketibaan jemaah haji yang akan tiba kira-kira seminggu lagi, yang mana kumpulan pertama petugas seramai 13 orang tiba pada 23 Jun lalu.

“Mereka adalah sebahagian daripada 640 orang petugas yang akan menyantuni jemaah haji negara pada musim haji kali ini. Kumpulan petugas lain akan tiba secara berperingkat bersama jemaah haji bermula 4 Julai ini.

“Petugas haji yang tiba dengan berpakaian ihram ini sudah menunaikan umrah sebelum bergerak ke sektor masing-masing di Makkah dan Madinah pada Jumaat, 28 Jun,” menurut kenyataan itu.

Suasana di Makkah dan Madinah masih lengang kerana jemaah haji dari seluruh dunia hanya akan mula memasuki Makkah dan Madinah secara berperingkat bermula 1 Zulkaedah atau 4 Julai ini.

Cuaca pada musim haji tahun ini dijangka panas dengan suhu terkini sudah mencecah 32 hingga 47 darjah Celsius dan ia adalah antara cabaran bagi 30,200 Jemaah Haji Malaysia sepanjang mengerjakan haji, menurut kenyataan itu lagi.

TH menyediakan sebanyak 62 penerbangan sewa khas yang akan membawa jemaah haji sehingga 4 Ogos 2019. Hari wuquf dijangka pada 9 Zulhijjah bersamaan 10 Ogos ini. – BERNAMA


Teringat dan kagum dengan santun pegawai dan petugas Tabung Haji masa hajj 2015. Senyum sambut jemaah pada hari nak beangkat hinggalah hari kami balik ke Malaysia walaupun dah pukul 12.30 malam.

Di Tanah suci tengok sendiri cara mereka semua bertugas sangat berdedikasi. Pada diri saya sendiri saya tak dak komen or komplen melainkan 1000 of thank you to all of you.

Anda mencari barang keperluan haji dan umrah boleh belek dekat link page di atas atau klik sahaya di sini KELENGKAPAN HAJI UMRAH ANDA.

Kak Hajjah 019-2883235


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA