Selasa, 26 Januari 2016

BERAPA BANYAK PAKAIAN YANG PERLU SAYA BAWA?

Berapa banyak pakaian yang perlu saya bawa? Soalan itu ditanyakan kepada saya oleh para jemaah yang dah dapat surat tawaran.

Jangan pening-pening kepala, saya akan kongsikan tips-tips untuk pakaian yang sesuai dari masa ke semasa. Serta barang-barang lain yang tuan puan patut bawakan jugak.

Kita cuba bantu anda sedaya upaya yang boleh ya.



Mari kita kita senaraikan untuk Jemaah Wanita:-


  • Anda perlu bawak 3 helai telekung + 1 kain telekung sahaja. Jika anda nak bawak satu telekung ziarah boleh gantikan satu telekung dengan telekung ziarah. Dari segi fabrik boleh pilih dari jenis cotton dan jersey.
  • Mini jubah + seluar panjang - saya galakkan anda bawa sesuai dipakai nak pergi melontar atau nak ke masjid.
  • Jubah anda boleh bawak 1 warna putih dan 2 helai lagi warna gelap yang bersesuaian. Kalau boleh ada zip atau button depan. 
  • Inner berpoket bawa 3 helai - boleh dipadankan dengan jubah. Boleh simpan barang sikit dalam poket
  • Seluar panjang anda perlu bawa 3 helai - jika tak pakai mini jubah. Kalau ada mini jubah bawa lagi 2 helai.
  • Fabrik saya suka cotton tshirt dan poly cotton (cepat kering bila dibasuh).
  • Tudung labuh anda perlu bawa 2 helai. Untuk pergi ziarah nanti atau nak keluar sekitar hotel berjalan atau makan-makan dengan kawan-kawan.
  • Dress cotton berlengan sangat digalakkan untuk dipakai ketika di Arafah dan Mina, cuaca sangat panas dan jangan lupa sehelai tudung lyra atau cotton saiz m atau l. untuk tutup aurat dalam khemah. Khemah kat sana cuma kanvas tebal.
  • Sarung lengan dan stokin bawa lebih, kalau berlebih sedekah dekat kawan-kawan. Kat sana sedekah banyak-banyak untuk dapat haji mabrur.
  • Kasut Tawaf bawa 1 atau 2 pasang sahaja. 1 untuk pakai tawaf dan saie, satu guna kat Arafah dan Mina keluar masuk toilet yer, kalau stokin tu susah sikit nak memakainya, kalau kasut lembut tu senang sikit nak sarung.
  • Pakaian dalaman bawa lah secukupnya nanti tak cukup susah pulak nak mencari. Tuala mandi 2 helai tak perlu tebal macam kat hotel tu, 1 tuala nipis dan 1 tuala muka.


Orang Lelaki senang dan mudah,

  • - perlukan 2 pasang kain ihram, 
  • - 3 helai seluar panjang, 
  • - baju inner berpoket lelaki 3 helai,
  • - kain pelikat tak berjahit 2 helai (untuk ganti masa dalam ihram kat bilik)
  • - Kain pelikat berjahit bawa 2 helai
  • - Tuala mandi
  • - Selipar yang tidak bertutup
Bagasi - ikut kadar pakaian kita dan barangan yang lain-lain jugak. 24 kg - 30kg kalau orang perempuan
untuk lelaki mungkin kecil sikit sebab tak banyak barangan peribadi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA