Sunday, June 30, 2019

BERMULANYA PERJALANAN HAJI 2019


Petugas Tabung Haji mula tiba di Makkah dan Madinah

Share Tweet Share


KUALA LUMPUR: Kumpulan seramai 151 lagi petugas Tabung Haji (TH) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada hari Khamis lalu.

TH menerusi kenyataan hari ini memberitahu petugas itu adalah kumpulan kedua petugas awal yang tiba bagi membuat persiapan menyambut ketibaan jemaah haji yang akan tiba kira-kira seminggu lagi, yang mana kumpulan pertama petugas seramai 13 orang tiba pada 23 Jun lalu.

“Mereka adalah sebahagian daripada 640 orang petugas yang akan menyantuni jemaah haji negara pada musim haji kali ini. Kumpulan petugas lain akan tiba secara berperingkat bersama jemaah haji bermula 4 Julai ini.

“Petugas haji yang tiba dengan berpakaian ihram ini sudah menunaikan umrah sebelum bergerak ke sektor masing-masing di Makkah dan Madinah pada Jumaat, 28 Jun,” menurut kenyataan itu.

Suasana di Makkah dan Madinah masih lengang kerana jemaah haji dari seluruh dunia hanya akan mula memasuki Makkah dan Madinah secara berperingkat bermula 1 Zulkaedah atau 4 Julai ini.

Cuaca pada musim haji tahun ini dijangka panas dengan suhu terkini sudah mencecah 32 hingga 47 darjah Celsius dan ia adalah antara cabaran bagi 30,200 Jemaah Haji Malaysia sepanjang mengerjakan haji, menurut kenyataan itu lagi.

TH menyediakan sebanyak 62 penerbangan sewa khas yang akan membawa jemaah haji sehingga 4 Ogos 2019. Hari wuquf dijangka pada 9 Zulhijjah bersamaan 10 Ogos ini. – BERNAMA


Teringat dan kagum dengan santun pegawai dan petugas Tabung Haji masa hajj 2015. Senyum sambut jemaah pada hari nak beangkat hinggalah hari kami balik ke Malaysia walaupun dah pukul 12.30 malam.

Di Tanah suci tengok sendiri cara mereka semua bertugas sangat berdedikasi. Pada diri saya sendiri saya tak dak komen or komplen melainkan 1000 of thank you to all of you.

Anda mencari barang keperluan haji dan umrah boleh belek dekat link page di atas atau klik sahaya di sini KELENGKAPAN HAJI UMRAH ANDA.

Kak Hajjah 019-2883235


Friday, June 28, 2019

KHIMAR VS TUDUNG LABUH UMRAH YANG MANA SATU PILIHAN HATI

Ramai yang mencari tudung atau khimar? Dua-dua pun labuh boleh bawa solat kan. 

Yang penting tudung atau khimar tu mestilah tak jarang, tak lekat dan selesa dipakai. Panas atau sejuk  tu benarnya sangat subjektif.   Kain sejuk pun kalau demam panas tak selesa jugak betul tak.

Cuaca memangnya panas kering, memang berpeluh tapi pandai kita suaikan diri InsyaAllah.  Banyakkan berdoa disana. Sebab selesa tu banyak berkait dengan hati,.

Tapi penting cari pakaian yang sesuai jugak jangan ambik mudah sangat. Anda disana bukan ada masa nak iron baju. Masa sangat mencemburui anda.

Kami pun ada stok khimar dan tudung labuh umrah untuk anda selak-selak page kami ini.  Kalau nak gi buat haji tu pakailah putih nampak suci bersih. Putih kan sunnah.


Khimar Putih
(Warna lain pun ada jugak)

Kami pakai tudung labuh 2xl
fabrik bubble chiffon tau.



Tudung denim jugak my favourite items masa umrah sebab tahan lasak ya.
Kalau kak Hajjah suka dengan telekung dan niat nak pakai telekung sahaja.

 Saya cadangkan bawak sekurang-kurangnya 2 helai tudung labuh.
Paling baik bawak lah 4 helai. 

Nak ker toilet takkan nak pakai tudung, nak gi dewan makan tu, nak gi melontar kat kedai-kedai tu tapi make sure labuh lah ya. Kat sini ramai tengok mak haji pakai tudung labuh M. No komenlah..



Nak merisik boleh wassap jer KaK Hajjah


Thursday, June 27, 2019

CERITA TELAGA ZAM-ZAM


Fakta ttg Telaga Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air Zam Zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah terletak di bawah garis permukaan laut. Menurut beliau, air Zam Zam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air Zam Zam.

Lantaran isu tersebut, Raja Faisal segara memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air Zam Zam ke Eropah untuk diuji. Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut Jeddah, diberi tanggungjawab menyelidik dan mengkaji air Zam Zam

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air Zam Zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya. Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan gelen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di Eropah, terbukti bahawa air Zam Zam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.

Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

Air Zam Zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam Zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air Zam Zam tetap berair. Dan air Zam Zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air Zam Zam ketika pulang ke negaranya kerana air Zam Zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Fakta Menarik

Permukaan air Zam Zam adalah sekitar 10.6 kaki di bawah permukaan tanah. Adalah sebuah mukjizat dari Allah SWT bahawa ketika telaga Zam Zam dipam terus-menerus selama 24 jam tanpa henti dengan tingkat sedutan 8 ribu liter/detik, permukaan telaga akan turun hingga 44 kaki di bawah permukaan tanah.

Tetapi, ketika pengepaman berhenti, permukaan telaga segera kembali pada 13 kaki di bawah permukaan tanah setelah 11 minit. Kiraan 8 ribu liter/detik;

Bererti 8,000 x 60 = 480,000 liter/minit

Bererti 480,000 x 60 = 28.8 juta liter/jam

Bererti 28,800,000 x 24 = 691.2 juta liter/hari

Jadi ada 690 juta liter air Zam Zam dipam dalam 24 jam tetapi telaganya terisi kembali hanya dalam waktu 11 minit !!!

Ada dua mukjizat di sini.

Pertama, bahawa telaga Zam Zam terisi kembali dengan segera, dan kedua bahawa Allah SWT memiliki kuasa yang luarbiasa untuk tidak mengisi telaga Zam Zam secara berlebihan sebab jika sebaliknya, dunia akan tenggelam oleh luapan air Zam Zam yang demikian besar #jompahala

SHARING FB - MEA VENTURES




MASIH MENCARI KELENGKAPAN HAJI UMRAH
BOLEH WASSAP/PM KAK HAJJAH YA - 0192883235

Wednesday, June 26, 2019

THROW BACK HAJI 2015


Saja-saja nak throw back pengalaman jadi tetamu Allah swt. Hajj 2015. Tak sabar nak daftar balik. Haji ni aura dan feelnya tak tau nak cakaplah. Memang lain macam.  Kemeriahan sangat berbeza, keramahan semua jemaah tu sangat terasa.

Kat Masjid Nabawi dapat berkumpul dengan kawan-kawan tanpa dirancang. Janji nak jumpa kat Makkah tak sempat dalam kesibukan. Terjumpa kat Madinah tak sangka berdiri sebelah rupanya sahabat kita sejak zaman sekolah rendah lagi Hajjah Liza dan Hajjah Umi. Allahu sangat besar nikmat di banda kecintaan Rasulullah saw.

Bila orang sibuk kumpul nak gi haji rasa hati macam digaru-garu kalaulah macam pergi tempat lain. dah packing barang gi KLIA dah.

Hajjah Aliza kita kenal kat Makkah satu maktab pun. /Manis dan baik orangnya sampai balik Malaysia still keep in touch. Manisnya ukhwah

Selepas subuh moment yang paling indah. Syahdu dan sayu tambah masa ni dah nak balik Malaysia.
Allahu minta pada Allah dapat lagi jadi DUYUFUR RAHMAN
semoga anda dan saya diberi ruang dan peluang oleh Allah swt.
Rindu nak sujud di karpet Raudah
Rindu senyuman jemaah seluruh dunia tak boleh berbahasa cukuplah senyuman dan salam.
Rindu hajji hajji hajji

Kat Madinah my OOTD telekung cotton pilihan saya. Masa ini belum wujud lagi telekung poket ya harap maaklum.

untuk lihat kelengkapan haji umrah klik jer
wassap jer 0192883235

PAKEJ JIMAT TUDUNG LENGAN OFFER TERBAIK

pakej Tudung Lengan A
Warna Hitam dan Putih

Tudung Lengan RM75.00
Stokin Wuduk RM10.00
Kasut Tawah RM12.00
RM97.00
RM75.00 SAHAJA

pakej Tudung Lengan B
Warna Hitam dan Putih

Tudung Lengan RM75.00
Stokin Wuduk RM10.00
Kasut Tawah RM12.00
Sarung Lengan RM10.00
RM107.00
RM85.00 SAHAJA


TUDUNG LENGAN DARI FABRIK LYCRA
BERMINAT WASSAP JER
0192883235 - KAK HAJJAH

Tuesday, June 25, 2019

KAIN IHRAM TAk CUKUP PANJANG

KAIN IHRAM TAk CUKUP PANJANG

Abang haji dan kak limah dapat panggilan haji. Malangnya abang haji debab sangat sampai Tak der KAin ihram Yang Cukup besar untuk balut tubuhnya nanti.

Jenuh Abang Aji dan Kak Limah pusing Mydeen tak ada jugak. Camane ni tak Ade KAin ihram Yang besar Tu.


Bahaya tau abang haji Kalau KAin ihram abang aji cecukup jer Tak der basi nanti dah lah tak boleh pakai Seluar dalam. Nanti burung disangkar terbang tinggi 🦅 🦅

Lagi satu pening tali pinggang jumbo mana nak cari. Penting Nie kak limah mesti paut pada KAin ihram abang haji. Alahai terbuka kain Kalau ikat Tak kemas



10 SEBAB ANDA HARUS MEMILIH KAIN IHRAM KAMI

1. Kain yang berkualiti tinggi
2. Kain yang serap peluh
3. Harga berpatutan
4. Material sangat lembut dan gebu
5. Material sejuk dan selesa dipakai
6. Direka khas untuk keselesaan para jemaah
7. 100% benang kapas tanpa campuran polyester
8. Kain tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis dan sesuai untuk musim panas dan musim sejuk
9, Tenunan rapat, kemas dan tidak jarang
10, Kain tidak berbulu mengelakkan habuk dan kegatalan.


Kalau abam susah nak cari KAin ihram saiz jumbo Tengok tekan link ya. 


Memang terbaik tau

#kainihramjumbo
#telekungmusleema



UKURAN KAIN IHRAM

45" X 120"

RM100 - 1 SET
(2 HELAI KAIN IHRAM)

FABRIK BERKUALITI BENANG RAPAT

POS TBA 

SOLAT PAKAI SINGLET?


TAKKAN SOLAT TAK PAKAI BAJU ATAU SINGLET JER
jumpa si minah, joyah dan tipah siap gosok tshirt lagi tu.

Paling mudah kalau kat rumah tu cuaca panas berdenting umah tak der aircond. Pakai jer kain pelikat dengan baju pagoda tu. Kita sorang jer dalam bilik kan.

Kalau baju pagoda kat luar tu tak cukup besar untuk anda boleh order dengan kami. 

Abam Annuar call kami untuk order baju pagoda siap bagi lakaran lagi, kelas ko bang. Dari satu helai terus jadi tiga helai.

Ready stock kami putih, saiz s hingga 2xl. Tapi tetap terima order warna lain jika stok kain berkenaan dalam simpanan kami.

Baju pagoda ni ada poket depan, mat-mat rider pun suka baju pagoda ni senang katanya nk simpan duit. Selamat lagi.




Monday, June 24, 2019

Duyufur Rahman hadiah dari Allah swt



Duyufur Rahman hadiah dari Allah swt

Teruja sangat malam Nie. Baru jap ni ada Anak Kariah datang umah nak tengok telekung dan stokin. Ingatkan nak beli kat Mak Baru dapat citer dia orang Anak beranak dapat gi haji. Ayah, Mak dan Anak daranya.

Mak Anak ni wheel chair Kalau musim tarawih jumpalah dia orang kat masjid. Ika selalu tolong surau buat kerja hidang setiap kali ada kuliah. Kalau mak dia datang surau, ika akan pakaikan telekung dan uruskan mak dia. Adalah sikit saguhati Yang ika dapat.


Kak hajjah impressed sebab dia orang daftarkan Anak ni dari kecil. Sebab dari mata kasar rasanya macam family sederhana. Ika anak tunggal of course dia pun kena jadi pengiring Mak dia.

Apa Yang boleh ambil iktibar Kalau kita hendak ada sahaja jalan Allah bagi. Sebab Ada orang yang berkemampuan tapi tak berkehendak tak sampai Hidayah.

Sambil briefing barang apa nak bawak cuci sikit lah telinga Anak dara Nie biasalah kita Memang Kaki bebel.

Saya bagi list semua barang keperluan dan cuba beri sedikit pandangan untuk dua beranak nie sebab banyak barang keperluan yang belum ada lagi.





JUBAH SELUAR SANGAT LARIS

"Sedap dan Selesa sangat pakai jubah seluar nie. InsyaAllah nak order lagi, feedback pelanggan

Bila nak pakai? Apa kebaikan nya.
✅Untuk Bersiar-siar
✅Mudah solat pakaian longgar
✅Untuk bekerja
✅KAin jenis Cotton jepun
✅Untuk ibadah
Untuk tawaf dan saie - highly recommended berjalan dalam masa yang lama dan jauh.
✅Untuk solat -
KAin sejuk dan selesa dan tidak jarang dikenakan dengan Tudung Labuh atau telekung.


Kami Ada fabric Cotton jepun dan cotton tshirt

Anda bila Lagi nak join keselesaan stokin Jubah Seluar Kami.




Nak meminang ada link ya

Kak bariah 
Pakaian haji dan umrah pakej jimat



comel kan jubah seluar putih
FABRIK COTTON JEPUN
RM170.00
RM150.00 - ( SEHINGGA 31/3/2019)

Petang tadi Puan Zuraidah datang cod jubah seluar putih
Beliau suka sangat sebab design cantik kain pun cantik

Jubah Seluar Hitam 
FABRIK COTTON JEPUN
RM170.00
RM150.00 - ( SEHINGGA 31/3/2019)

Cantik sangat kainnya - Puan Suriani
ada poket sisi kiri dan kanan ya

Sunday, June 23, 2019

KASUT TAWAF UMRAH HAJI

KASUT TAWAF
Nak yang mana satu


Kasut Tawaf Velvet
RM15.00

🌹Tapak keras ada Tapak lembut ada
Outdoor ada, indoor pun ada
Mahal ada, Murah pun ada🌹

Kasut Tawaf Sporty
RM59.00
RM49.00

Yang penting selesa, tak pakai tak apa, hadiah jer kat kawan Yang nak gi haji. Dapat Saham pahala.



Friday, June 21, 2019

STOKIN TERAPI SEDAP MACAM KENA PICIT-PICIT

Dua - tiga hari ini badan tak selesa. Siang-siang pun pakai stokin terapi. Sedap rasanya Kaki grip urat-urat Yang lenguh.

Rasa kena #tepat kat point Yang sakit Tu.

Mana yang dah cuba stokin terapi share dengan kawan biar sama-sama sihat.

siang gi kuliah kawan tanya tak bukak jualan ker?! Kita bagitau superwomen Mc bulan Syawal.

Sebenarnya dah lama jual cuma banyak jual online dan promosi moolot jer nie. Sesekali share kat wassap dan facebook dan insta.

Fungsi stokin ni membetulkan balik blood circulation kita tu. Maklumlah kaki ni tanggung beban badan kita. Kalau kecil badan alhamdulillah, badan bulat macam Kak Hajah ni hari bergantu minggu tukar bula tukar tahun tak reti jugak nak kurus tu. Mana tak meraung segala urat dan sendi nie.

Ramai yang dah mencuba Alhamdulillah untuk kes yang ringan ya. Kalau kes berat rawatan rapi dapatkan dari Pakar Otho dan Physioterapist.

Kita kongsikan penyakit yang kastemer datang kat kita tau.


1. Urat simpul

2. Kaki kebas-kebas

3. Kaki sembab dan bengkak

4. Wanita mengandung

5. Orang yang banyak berdiri seperti guru, badan beruniform, nurse dan kakitangan hospital. Mereka ni memang kerjanya berdiri.

Alhamdulillah setelah seminggu memakai sudah nampak kesan dan kaki rasa ringan dan selesa untuk bergerak.

Haji dan hajjah pun boleh pakai ya, Bukan terhad wanita sahaja.



BOLEH HUBUNGI SAYA
KAK HAJJAH 0192883235

HARGA KOTAK RM170.00
LESS 50%

ONLY RM85.00 SAHAJA SEPASANG

DUA PASANG LAGI KAMI POTONG HARGA
RM150.00 SAHAJA UNTUK 2 PASANG 




Tuesday, June 18, 2019

MINGGU INI NAK PROMOSI TELEKUNG LAH

Minggu ni kita nak promosi  untuk telekung-telekung designmusleema siapa nak ayokk cepat ya. Kain cantik yang berkualiti gebu-gebas ya. Belian rm100.00 ke atas ada free gift jugak. Post hanya untuk dalam Malaysia sahaja.

set jubah haji + telekung ziarah standard
rm150.00 sahaja termasuk pos
hitam dan putih jugak available ya.

sepasang telekung poket ziarah 
only rm170.00 dapat free sejadah muka


sepasang telekung poket ziarah hitam
 juga dapat free sejadah muka
rm170.00 sepasang


Telekung-telekung clearance stok
⇓⇓⇓⇓⇣⇣⇣









Telekung cotton sulam penuh
set display
RM250.00
RM160.00 (Tidak termasuk Pos)

Kain Sarung ada lining
Muka telekung smocking
Telekung ada lapik
Fabrik cotton yang berkualiti


Mini telekung ziarah cotton sulam
rm86.00
rm65.00
Muka saiz s dan smocking

Mini telekung ziarah cotton tetron
RM75.00 SAHAJA
rm55.00
Muka ada getah

BERMINAT BOLEH WASSAP SAYA
0192883235 - KAK HAJJAH

Monday, June 17, 2019

ITINERARI IBADAH ANDA SEMASA HAJI DAN UMRAH

Assalamualaikum selamat petang ya.

Kak Hajjah percaya masa ini hajah dan haji semua sibuk buat persiapan untuk haji dan umrah yang akan mula terbang awal Julai nanti.

Ada yang tengah cari beg besar, kasut dan label serta barang-barang nilai tambah untuk mudahkan urusan disana. Dalam kepala macam-macam yang dirancang,

Tetapi adakah tuan dan puan sudah merancang ibadah harian disana.  Disana adalah masa yang kita ada untuk diri sendiri dan hubungan kita dengan Allah swt. Di tempat asal kita sibuk dengan urusan kerja, urusan keluarga dan urusan jiran tetangga.

Disana tiada yang mengganggu kita saya percaya 100% tetapi jika kita tidak mempergunakan kesempatan yang ada, sangatlah malang sekali. Peluang kedua belum tentu hadir untuk kita bertamu lagi. Ada yang tak sempat untuk buat haji sudah dipanggil Kembali.

FAIL TO PLAN IS PLAN TO FAIL (pepatah orang kampung Kak Hajjah).

So Kak Hajjah cuma nak share dengan bakal duyufur Rahman Initerary ibadah yang boleh jadi rujukan semoga ada manafaat untuk kita semua ya.

Pengarang asal tidak diketahui dapat dari grup wassap jadi kita share untuk reader blog kak hajjah

UNTUK KELENGKAPAN HAJI ANDA SILA KLIK DISINI

UNTUK TIPS PERSIAPAN AKHIR BAKAL HAJI SILA KLIK DISINI YA



KAK HAJJAH WASSAP/SMS 0192883235

Artikel tertakluk kepada hak DESIGNMUSLEEMA.

Saturday, June 15, 2019

PROMOSI PROMOS PAKAIAN HAJI UMRAH

Sekarang masing dah sibuk buat preparation untuk pergi haji, anak-anak mula bizi tolong carikan barang untuk mak dan ayah yang tak pandai sopping online.

Sempena Syawal ni kita nak buat promosi price untuk set mini telekung poket dan jubah saper nak angkat tangan.

Ada dua kategori harga standard dan harga premium dan dapat free pos lagi ya.









ANAK TUDUNG @ INNER TUDUNG ANTI STRESS

Dah lama cari anak tudung tapi punya susah nak dapat, alhamdulillah sebelum Ramadhan dapat stok. Mula tak yakin dengan anak tudung ni tapi bila pakai sendiri. Wah memang best lah pakai. Memang selesa sangat. 


  • Tak panas
  • Tak berpusing-pusing
  • tak melorot
  • Tak berbau
  • Serap peluh


Harga agak tinggi sikit dari anak tudung biasa, tapi kita yakinkan kastemerr cuba ajer satu dulu pakai.
Masing-masing dengan muka yang kelat bayar jer satu. Dah dua hari kemudian masing-masing call nak 'repeat order' anak tudung bukan satu dan bukan dua. Masing-masing 3 - 4 helai sorang, Kak Hajjah pulak kecut perut takut stok tak cukup untuk Syawal.


Bila kampung berhari raya terus teringat nak order lagi risau ntah ada ker tidak. Sambil beraya sambil sopping. Berhantu betul penangan anak tudung anti stress nie.

Warna-warna anak tudung ni comel-comel belaka tu yang dia orang pakat rambang mata tu.


warna dari kanan
biru, maroon, milktea n pink

warna dari kanan
pink, dusty pink, blue black dan emerald

warna dari kanan
kelabu, mustand, nescafe dan light brown



warna dari kanan
hitam, nude, charcoal, light grey




warna dari kanan
dark chocolate, apple green and black

1 helai RM13.00
3 helai RM30.00
pos dari RM8.00


BERMINAT WASSAP KAK HAJJAH 019-2883235

Thursday, June 13, 2019

MAK SAYA NAK GI HAJI

Akak tak ingat saya ker, saya pernah beli barang umrah pada tahun 2016 dan 2017.  Sekarang saya nak beli untuk mak dan ayah saya. Dia orang dapat pergi haji tahun nie.  Boleh tolong saya sebab saya tak da pengalaman beri barang haji - Puan Khamsiah ipoh.

InsyaAllah Kak Hajjah bantu anda yang tak tau apa nak beli untuk digunakan semasa Umrah dan Haji satu kepuasan kepada kami untuk santuni anda.

Puan Khamisah dah memilih :-

2 pasang kasut tawaf renda
2 inner poket perempuan
1 baju pagoda
1 jubah putih
3 helai seluar haji

Sebagai penghargaan kami hadiahkan

1 sejadah muka
2 spray wudhuk
1 label bag.

Suka tak dapat free gift - semua orang suka betul tak?




KALAU ANDA MENCARA BARANG KELENGKAPAN HAJI ;
BOLEH KLIK KAT SINI
@ wassap saya Kak Hajah kat 0192883235

RAYUAN HAJI 2019

ALhamdulillah ramai sahabat Kak Hajjah yang dapat pergi haji, rayuan sudah pun diterima.

Masuk opis ramai yang wassap kami tanya barang-barang haji jugak, ada yang nak beli untuk parents dan ada yang shopping untuk diri sendiri.

Seronok dapat santuni anda semua, memang saya yang eksited bila pelanggan sya dapat pergi haji. Ada kepuasan di situ.

Biasalah saya akan screen dulu apa yang dia orang perlukan sesuai ker tidak dengan bakal pemakainya.

Dengar kabar flight pun dah tahu ya, alhamdulilah. Dalam bulan syawal ini kursus haji perdana akan diadakan.

Jika ada perlukan kain ihram untuk dibawa ke kursus perdana boleh wassap kami ya. Pengalaman sayalah abang-abang haji tak nak beli masa kursus asas haji. Bila esok nak gi Kursus Intensif dan Haji Perdana masa tu bang aji kalut cari. Sampai datang rumah pun tak pa nak dapatkan at least 1 set untuk dipakai.

Kak Hajjah pula suka benor dengan telekung poket kami terutama yang saiz ziarah tu. Saya selalu bagitau Kak Hajjah yang comel. Kalau anda renda beli ziarah jer cukup dah. Senang tak der lah nanti telekung tu tarik Kak Hajjah masa tawaf sebab tersepit celah orang ramai.

Rajin-rajin tengok kat top page kami tu klik jer one by one apa yang boleh dibeli nanti.

Jangan lupa baca tips walaupun dah lama tapi masih relevan lagi tau

Habis tawaf makan aiskrim memanglah heaven



Selesa sangat - puan nina

Wednesday, June 12, 2019

SALAM SYAWAL

Salam syawal baru dapat update punya lah sakan bercuti raya.

Kita officially open dah ya, Boleh lah nak merisik dan meminang mana-mana barang haji yang anda masih kekurangan untuk dibawa pergi nanti ya.

BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA