Thursday, November 14, 2019

UMRAH NOVEMBER - SOAL HATI ELAKKAN BURUK SANGKA

Jika ingin #hati yang tenang, fikiran yang lapang dan kehidupan yang baik, lazimilah bersangka baik.


"Ketahuilah bahawa sangka buruk adalah sifat dalaman yg buruk dan keburukan itu akan mengalir keluar bila mana dia melihat orang lain di mana sahaja dia berada. Sesungguhnya orang Mukmin itu sifatnya mencari keuzuran sedangkan orang munafik mencari aib."

[Imam Al-Ghazali @ Ihya' Ulumuddin]







NORMAL PRICE RM230.00


LESS 5%???? FREE POST TU


FABRIK ROSELLAH (SAIZ MALAYSIAN)


WASSAP 011-27902884

Wednesday, November 13, 2019

UMRAH NOVEMBER - KENALI BISIKAN HATI ANDA

Hati sentiasa dibayangi oleh dua bisikan. Pertama, bisikan yang mengajak kepada kebaikan dan kedua bisikan ke arah kejahatan. Bisikan yang dimaksudkan itu telah dijelaskan oleh Allah swt, marhumnya :" Demi jiwa serta penyempurnaannya ( ciptaannya ). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu ( jalan ) kefasikan dan ketakwaannya." ( Surah Asy-Syamsi 91:7-8 ).

Dua bisikan hati inilah yang sentiasa bertarung menjadikan " hati sebagai satu medan pertempuran yang dahsyat".
 Inilah sebab utama hati sentiasa bergolak dan berbolak balik seperti kuah yang sedang mendidih. Iman sentiasa bertambah dan berkurang, disinilah juga punca lahirnya kebaikan atau keburukan yang dicetuskan oleh setiap manusia.

Terdapat dua bisikan hati manusia. Bisikan yang mengajak kepada kebaikan berpunca daripada malaikat Mulhim, dan ajakan kepada kejahatan berasal daripada syaitan*. Ajakan kepada kebaikan di namakan ilham. Manakala ajakan kepada kejahatan di namakan waswas ( waswasah ). *Bisikan inilah yang mempengaruhi hati.*

Bisikan syaitan amat licik. Adakalanya mengajak kepada kebaikan tetapi ajakan tersebut umpama umpan untuk "memancing" kepada kejahatan. Misalnya syaitan mengajak seseorang melakukan banyak amalan sunat dengan meremehkan amalan yang wajib. Ada orang yang berqiamullail dengan menunaikan solat sunat tetapi lewat untuk bangun menunaikan solat subuh. Ada orang yang beristiqamah berpuasa sunat tetapi lidahnya masih suka mengumpat.

Boleh jadi semua ibadah sunat diperalatkan oleh syaitan untuk menyeret manusia ke lembah mazmumah seperti riyak, ujub dan sum'ah, padahal menghindari sifat mazmumah lebih utama daripada melakukan ibadah sunat. Ibadah mesti dilakukan dengan penuh rasa kehambaan. Sekiranya ibadah menghilangkan rasa kehambaan, itu petanda seseorang telah terkena tipu daya syaitan.

Begitu juga sekiranya seseorang tergopoh gapah dalam melakukan kebaikan, ia petanda datangnya daripada bisikan syaitan. Islam melarang sikap tergesa gesa walaupun ketika hendak melakukan kebaikan.

Penting untuk kita mengenali jenis jenis bisikan hati. Apabila telah mengenali dan membezakannya, barulah kita mampu menerima bisikan yang baik dan menolak bisikan yang jahat.
🕋 *Waallahu'aklam* 🕋


COPY PASTE JER 

ANDA MENCARI KELENGKAPAN UMRAH MUSIM SEJUK SILA JENGUK PAGE KAMI. KAMI ADA KUALITI FABRIK KALIS CUACA



No photo description available.
TERBARU KUALITI LEBIH GEBU DAN LEMBUT
RM85.00 1 SET 
SAIZ 45 X 90

Wednesday, October 30, 2019

RENUNGAN PAGI CUCI HATI

*RENUNGAN PAGI* 📜

Musibah secara ringkasnya ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia iaitu berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan, bencana dan lain lain. Jadi, Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai. Kita tidak suka kematian tetapi siapa yang boleh mengelak daripada kematian ? Kita benci kesakitan tetapi itu adalah lumrah hidup.
Musibah ditakdirkan 
UNTUK menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai ( walaupun hakikatnya Allah Maha Mengentahui ) sejauh mana keimanan hati kita. 

Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita.Musibah ada sekurang kurangnya tiga jenis ( walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja ) tetapi yang berbeza adalah disebabkan keadaan diri yang menerimanya dan bagaimana dia bertindak ketika menghadapi musibah tersebut. Tiga jenis musibah itu adalah :-

1. *Kafarah*- *Berlaku ke atas orang yang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.* Maka musibah itu diturunkan sebagai *tebusan* untuk menghapuskan dosa dan keterlanjurannya. Ertinya, Allah membalas kesalahannya didunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.

Ringkasnya, *kafarah* ialah ujian untuk *orang baik yang berbuat jahat*. Dengan ujian itu *orang baik* tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan keterlanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

2. *Bala* - *Satu bentuk ujian yang dikenakan ke atas "orang jahat" yang melakukan kejahatan.* Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum di hukum dengan lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaanNYA Allah turunkan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama didunia dan kedua di akhirat.

3. *Ibtila'* - *Musibah yang dikenakan keatas orang baik ketika dia melakukan kebaikan*.
Ringkasnya, *ibtila'* iaitu ujian ke atas *orang baik yang buat baik*. Golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk *ibtila'* ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran, supaya kita mengambil ibrah dan hikmah daripadanya.
🕋 *Waallahu'aklam* 🕋

Tuesday, October 29, 2019

UMRAH OKTOBER - KISAH TUKANG GUNTING RAMBUT


JAWAPAN KEPADA TUKANG GUNTING RAMBUT*

Seorang Ustaz ke kedai gunting rambut untuk gunting rambugtnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan satu soalan kepada si Ustaz.

Tukang Gunting: Saya nak tanya satu soalan.


Ustaz: Ya, silakan.

Tukang Gunting: Benarkah Tuhan itu wujud?

Ustaz : Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni.

Tukang Gunting: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.

Ustaz : "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".

Tukang Gunting: Kenapa Ustaz diam??

Ustaz : Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai.

Si tukang gunting pun dengan segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.

Tukang Gunting: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?

Ustaz: Berapa harga?

Tukang Gunting: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan dari Ustaz)

Ustaz : "Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata".

Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yang agak pelik. Tiba-tiba Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis di tepi jalan dengan rambut kusut masai.

Ustaz : Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni??

Tukang Gunting: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.

Ustaz : Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus.

Tukang Gunting: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

Ustaz : Jadi, itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi.

Tukang Gunting: "Terdiam seketika".

Ustaz : Manusia yang tidak mencari Tuhan, sombong dengan Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dengan kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti rambut yang dijaga.

Tukang Gunting: "Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dalam keadaan menitis air mata".

📎Pengajaran kisah: Hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jangan sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan Allah.
😊😊

#telekungmusleema


#INNER POKET KUALITI KAIN TERBAIK
SAIZ S - 3XL - wassap kami 011-27902884

Image may contain: text

Tuesday, October 22, 2019

JOM UMRAH DENGAN TELEKUNGMUSLEEMA

Sekarang jemaah umrah mula membanjiri klia untuk ke Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Memang bestlah bila gi umrah BUKAN Musim Cuti. Suasana masih lagi lengang tak sesak dan sangat selesa nak beribadah.


Lebih selesa Kalau hangpa pakai koleksi pakaian haji da umrah #telekungmusleema.

Kami tak janji bulan dan bintang tapi kami bantu anda jimat kan poket Tu!!! No worry jimat dan berkualiti tau.

Dari hujung ke hujung Kaki ya. Nak
🌹telekungpoket ado
🌹Telekung biasa ado
🌹Telekung ziarah ado

Hari ini kami pos oder batch ke 3 cik puan dari Bukit Beruntung. Terimakasih banyak mudahnya berurusan dengan beliau.

Semoga urusan beliau sekeluarga di permudahkan Allah swt hendaknya.

Beliau dah beli kebanyakan produk kami ya. Tudung, telekung, baju inner dan pagoda, tudung dan kain ihram termasuk akssesori seperti kasut dan handsock. 

Sepertimana yang tidak dihebohkan kami menyelitkan hadiah percuma bersama-sama barang yang dipesan.

- Spray Wuduk
- Sejadah Muka
- Tasbih
- Handsock

No photo description available.

Anda belum dapat barang Kelengkapan Umrah boleh klik kat page diatas atau
wassap kami di 011-27902884

Monday, October 7, 2019

AQIDAH - BERSYUKURLAH KETIKA DAPAT SEHARI LAGI DALAM HIDUP



Nota Ustaz Dr Azmil*
Bahagian 1. AQIDAH...

Assalamu’alaikum .. Bukalah hari ini dengan senyuman dan keceriaan.


Jadikan satu kebiasaan, berdoa sebaik sahaja bangun daripada tidur walau nak cepat mana sekalipun. Semua muslim tahu doa bila bangkit dari tidur ( yang dianjurkan ada disebutkan di dalam hadis riwayat al Bukhari: "Segala puji bagi ALLAH yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada Nya (kami) akan dibangkitkan kembali."

‘setelah mematikan kami' ertinya tidur spt 'saudara kandung' kematian.

"Dan Dialah yg menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangun kan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada ALLAHlah kamu kembali, iaitu Dia memberitahu kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan." (Surah al An'am, ayat 60)

Nampak kecil tetapi inilah antara cara mudah untuk meraih pahala, sehingga membawa pada keceriaan pagi sebuah kehidupan..

Mulai hari ini, apa kata kita jangan abaikan sunah Nabi Saw yang satu ini ya....

*Ustaz Dr Azmil*
*Aqidah*

Subuh berbahagia masih menghirup bekalan oksigen diberi peluang Allah tanda belaian kasih sayangnya, moga kita teruskan kehidupan dengan mentaatkan diri kepada Allah..

Hijrah dan merdeka. Dua peristiwa ini penting untuk di imbau, terutama peristiwa hijrah. Kita selepas dijajah menggunakan kelendar masihi. Utk makluman nama2 bulan masihi ada lah nama dewa ketika orang orang barat sembah dewa. Ini semua dah pun tiada roh islam. Kita harap sgt masyarakat semakin sedar, untuk guna kalendar hijrah supaya kita dpt rasa jati diri islam. Selamat p bulan dlm hijrah itu kita ada amalan dan ibadah untuk kita ingatkan diri kita dengan amalan2 itu. Bila sampai bulan tertentu, kita akan ingat seerah nabi, dan imbau kisah nabi saw. Ini menambahkan dekatnya dgn islam. Itulah sebahagian kepentingan menggunakan taqwim hijri.

sayyidina omar lah yang pertama mengguna kan taqwim hijri. Lebih bersih nama nama bulan2 dalam hijri( walaupun ianya diwarisi dr zaman jahiliyyah) kerana ertinya setiap bulan itu ada makna makna tersendiri yang lebih baik dari nama bulan masihi yang berteraskan pd nama dewa. Zaman nabi saw tiada tahun hijrah yang ada hanya nama nama bulan. Tahun hijrah di dasar kan pada tahun nabi mula hijrah yang jadi turning point pada kejayaan islam. Hijrah nabi saw ada lah perintah Allah.

*Akhirul kalam*

“WAHAI anak Adam! Kamu hanyalah hari hari dalam kehidupan! Apabila berlalu sehari maka hilanglah sebahagian daripada hidupmu.” imam Hassan Al Basri..

Pakailah teropong mana sekali pun, kita tetap akan lihat ada kematian di hujung terowong kehidupan. Inilah
kehidupan manusia.

Sama sama bermuhasabah melihat betapa peluang hidup yang sekali di dunia ini sangat berharga dan tidak patut dibazirkan dengan hanya aktiviti yang hanya berteraskan nafsu. Kena sulami dengan aktiviti ilmu juga..

Wallahu’alam

Wassalam
Catatan: *NCS*



STOKIN NYLON IS BACK
WASSAP KAK HAJJAH 011-27902884

Sunday, October 6, 2019

UMRAH OKTOBER - SEDEKAH JALAN KELUAR DARI KESULITAN


Kesempitan dan kesusahan menjadi lapang serta diberikan jalan keluar daripada masalah asbab melazimi bersedekah (bersedekah di jalan Allah). Inilah antara hikmah janji Allah SWT selain nikmat yg lebih besar bakal menanti.

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Maha Mengetahui."
[Surah Al-Baqarah | ayat 261]


#MotivasiPagi127




KASUT TAWAF VELVET


wassap 011-27902884 KAK HAJJAH

Thursday, October 3, 2019

OCTOBER MUSIM KAHWIN - TELEKUNG HANTARAN COMING


dah HUJUNG TAHUN ni berbondong-bondonglah orang nak jadi pengantin baru kan. Expedisi mencari barang hantaran pun bermula untuk memudahkan kerja anda kami re-stok balik telekung hantaran kami yang sangat laris ketika Ramadhan baru-baru ini. Ramai yang guna untuk pakai raya.

Warna hitam dan putih baru jer mendarat ni. Fabrik kain rosellah yang cantik dengan bidang telekung dan kain yang labuh sesuai sangat untuk orang Malaysia yang gebu gebas tu.

  • Muka tiada getah ikat sahaja - boleh sesuai untuk semua jenis muka.
  • Kain yang labuh - tak senteng untuk solat tak nampak kaki.
  • Fabrik yang lembut tidak panas ya.
  • Sulam bunga tu jahit atas kain bukan bersambung ya.


Ukuran Telekung

Labuh kain - 46 inci 
Ukur Lilit KAin - 46 - 48 inci 
Labuh telkung 
Muka - hujung- 46 inci 
Belakang - 54 inci 


HITAM - RM230 



PUTIH - RM230.00 


hijau teal - RM230 



PEACH - RM230 


KELABU - RM230 

WASSAP KAK HAJAH - 011-27902884

Tuesday, September 24, 2019

UMRAH SEPTEMBER - BERSANGKA BAIK DENGAN ORANG LAIN


Banyak permusuhan berlaku berpunca daripada fitnah dan bersangka buruk,
Bersangka buruk merupakan lawan kepada minda yang positif,
Berhati-hati itu perlu namun berusahalah untuk sentiasa bersangka baik dengan orang lain.

"Berhati-hatilah kalian dengan sangka buruk kerana ianya sedusta-dusta khabar berita."
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]




NAK PERGI UMRAH BULAN SEPTEMBER JANGAN LUPA KLIK
KAT LINK PAGE ATAS TU YA

wassap Kak Hajjah - 011-27902884


Monday, September 23, 2019

UMRAH SEPTEMBER - BEG TELEKUNG CANTIK


I suka pakai as tote bag jer sebab kerja saya lasak rimas nak pakai beg yang formal tu. Ada juga sahabat yang nak untuk buat beg telekung dan beg mengaji nak letak Quran.

Kain memang tahan dengan lining dalam (saya beli tengok bahagian ini) ada zip  dan poket di dalam beg tau.

Harga pun mampu milik jugak ya - RM50 JER tau.

Postage RM10.00 - RM13.00 (SABAH & SARAWAK)

PRE-ORDER 7 HARI BEKERJA

Nak order wassap me ya - 011 - 27902884


Saiz 17 (L)  x 11 inci (T)

Saiz 17 (L)  x 11 inci (T)





Sunday, September 22, 2019

UMRAH SEPTEMBER - INGAT DIRI AKAN MATI



*1 0* *Y A N G* A K U T A K U T*

1. Yang aku takut:
Hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.


2. Yang aku takut:
Aku merasa aku paling benar, sehingga merendahkan kebenaran yang lain.

3. Yang aku takut:*
Egoku terlalu tinggi, hingga merasa aku paling baik di antara yang lain.

4. Yang aku takut*:
Aku lupa cermin diri sendiri,namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

5. *Yang aku takut:*
Ilmuku akan membuatku menjadi sombong, memandang rendah dan membeza-beza dengan yang lain.

6. *Yang aku takut:*
Lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku, namun lupa dengan aib sendiri yang menggunung.

7. *Yang aku takut*:
Aku hanya hebat dalam berkata, namun buruk dalam bertindak.

8. *Yang aku takut:*
Aku hanya pintar dalam berdakwah, namun sulit untuk mentaatinya.

9. *Yang aku takut:*
Aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbetulkan diri sendiri.

10. *Yang aku takut:*
Aku membenci dosa orang lain.
Namun saat aku sendiri buat dosa, aku enggan membencinya.

Renung-renungkan bersama



No photo description available.

NAK PERGI UMRAH BULAN SEPTEMBER JANGAN LUPA KLIK
KAT LINK PAGE ATAS TU YA


wassap Kak Hajjah - 011-27902884

Tuesday, September 10, 2019

UMRAH SEPTEMBER - BAGAIMANA SEHARUSNYA JAGA AKHLAK


Akhlak yang baik menjadi perhiasan yang agung bagi diri seseorang walaupun serba 

kekurangan dan tidak terkenal di sisi manusia, namun Allah SWT mencintai hambaNya 

yang berakhlak mulia.


"Sesungguhnya yang paling baik diantara kalian ialah orang yang paling baik akhlaknya."

[Hadis Riwayat Imam Bukhari]


Motivasipagi111



NAK PERGI UMRAH BULAN SEPTEMBER JANGAN LUPA KLIK KAT LINK PAGE ATAS TU YA

wassap Kak Hajjah - 011-27902884

Monday, September 9, 2019

SEPTEMBER MUSIM NAIK PELAMIN - TELEKUNG HANTARAN

Tahajjud Cinta


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud


Boleh mimpi tahajjud dengan telekung Cotton viscose. 
made untuk Malaysian size women.




TELEKUNG COTTON VISCOSE
RM160.00 - SAIZ MALAYSIA
WARNA MAROON





TELEKUNG COTTON VISCOSE
RM160.00 - SAIZ MALAYSIA
WARNA HIJAU MINT



TELEKUNG COTTON VISCOSE
RM160.00 - SAIZ MALAYSIA
WARNA HITAM




TELEKUNG COTTON VISCOSE
RM160.00 - SAIZ MALAYSIA
WARNA PUTIH


BERMINAT WASSAP 011-27902994
KAK HAJJAH


MUKA ADA GETAH KELILING
LABUH TELEKUNG 46 INCI
LERANG KAIN LEBAR
KAIN SARUNG BERGETAH DAN SULAM KAT KAIN

Sunday, September 8, 2019

UMRAH SEPTEMBER - STOKIN SOLAT IS BACK

Salam to All, kali ini kita ada warna baru untuk stokin soklat selalunya stok stokin solat hanya ada hitam. Tapi kali kita ada stok stokin solat warna coklat dan skin colour selain dari hitam.

Masih mengekalkan jenis kain yang sama poly lycra yang tebal, sangat selesa dipakai tak ketat dan stretchable. Stokin solat ini panjangnya atas buku lali lebih kurang 15 cm.

Jangan risau sekiranya hanya memakai jubah atau baju kurung masih lagi dapat cover kaki dan buah betis kita.

Keep one stokin solat dalam beg anda tak perlu risau jika singgah untuk solat tanpa membawa telekung, as long pakaian kita bersih dan tudung juga labuh dan menutupi dagu anda sudah boleh terus solat.

UNTUK BAKAL JEMAAH HAJI UMRAH JANGAN LEPASKAN PELUANG INI SEMASA HAJI KITA TAK GALAKKAN JEMAAH WANITA PAKAI KAIN SARUNG TU SEBAB KEADAAN PADAT. LEBIH BAIK MEMAKAI JUBAH.

Sepasang stokin solat RM13.00 DAN POS LAJU RM8.00 tetapi anda beli 5 pasang kami pos free ker rumah - semenanjung. Pos RM5.00 untuk Sabah dan Sarawak.




pm me kalau berminat nak meminang stokin lycra legend nie
011-27902884

Saturday, September 7, 2019

UMRAH SEPTEMBER TELEKUNG POKET



Demam Telekung poket melanda tak sempat akak nak bebel banyak2.

Ramai yang suko sebab kain cotton memang thorbaikk Lah bukan Akak cakap tau.

Harga pulak berpatutan Ada yang order berpasangan ambik hitam dan putih terus.


Harga mini telekung:-

telekung renda standard, rm80.00 (telekung sahaja ya) - awning tak der renda

telekung renda premium, rm120.00 (telekung sahaja ya) - awning dan keliling ada renda.

Labuh telekung dari dagu - 29 inci
Kualiti kain - jenis cotton jepun (memang best sesangat)

Warna ada hitam dan putih.

Kocek berzip sesuai untuk simpan kunci, wang dan passport anda dan handphone.

Kami Bagi Anda pilih ikut bajet Ada yang Renda standard dan renda premium.

Yang penting Anda selesa. Muka Ada getah dan dagu kain denim putih memeri. InsyaAllah sesuai untuk semua ya.



Kak Hajjah
011-27902884




Friday, September 6, 2019

UMRAH SEPTEMBER - APA PERSEDIAAN KITA UNTUK PULANG YANG KEKAL


*PAS PERJALANAN SALAM AIRLINES*🤝🏼 ✈️

(MAKLUMAT PENUMPANG)
Nama: *Manusia*
Tempat asal: *Syurga*
Destinasi lawatan: *Dunia*


(MAKLUMAT PERJALANAN)
Terminal berlepas: *Planet Bumi*
Waktu berlepas: *Bila-bila masa*
Transit: *Kubur*
Terminal ketibaan: *Mahsyar*
Negeri dituju: *Syurga*
Pegawai check-in: *Izra'il*

(KARGO YANG DIBENARKAN)
1. Pasport- Iman
2. Pakaian- Kafan
3. Barang peribadi- Amal Soleh

(KARGO YANG TIDAK DIBENARKAN)
1. Keluarga/kawan
2. Harta Benda
3. Pangkat

(KARGO YANG BOLEH DIPOS)
1. Sedekah jariyah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Do'a anak soleh

*PERHATIAN KEPADA PARA PENUMPANG: PANDUAN SEBELUM BERLEPAS*

1. Mohon selalu membaca, mempelajari, dan mengamalkan petunjuk perjalanan yang terkandung dalam manual Al-Qur'anul Karim.

2. Mohon praktikkan Standard Operating Procedure (SOP) yang diajar oleh Rasullullah SAW.

3. Mohon sentiasa waspada terhadap ulat tiket syaitan yang menawarkan pas palsu. *Destinasi anda akan ditukar ke Neraka Jahanam.*

(CATATAN PENTING)

Sila periksa barangan yang anda tinggalkan supaya tidak mengganggu perjalanan:

1: Periksa pasangan anda, sudahkah mereka berada di jalan Allah dan Rasul.

2: Periksa anak anda, sudahkah mereka diajar menggunakan manual Al-Quran dan mengamalkan SOP sunnah yg betul.

3: Periksa harta anda, sudahkah dizakatkan atau adakah bercampur harta yg haram.

4: Periksa pangkat/kedudukan anda adakah digunakan dengan adil atau menindas penumpang lain.

🤲🏼DIMINTA PENUMPANG MEMBACA DOA SEBELUM BERLEPAS🤲🏼

Ya Allah Ya Robbi,

JANGAN LUPA GRAB  set telekung poket ziarah, kasut tawaf dan jubah cotton tshirt


HANYA RM200.00 SAHAJA

NORMAL PRICE RM228.00.

ANDA JIMAT RM28.00 

BOLEH KLIK LINK DIBAWAH

WASSAP 019-2883235 (WASAP SAHAJA)

PROMOSI MERDEKA 2019

Thursday, September 5, 2019

SWEET SEPTEMBER - UMRAH ITU JEMPUTAN ALLAH


"Kekalkan momentum positif dalam diri, hargai dan syukuri ujian yang Allah beri (kesihatan mahupun kewangan), tingkatkan #usaha demi mencapai matlamat yang tinggi, dan raikan kejayaan dengan tasbih kepada Ilahi."

Wednesday, September 4, 2019

SWEET SEPTEMBER - JEMAAH UMRAH MULA KEMBALI KE TANAH SUCI

Berdirilah dengan kuat dan yakin serta bertawakal kepada Allah SWT ketika diuji.
Hanya Allah SWT yang boleh menghilangkan kesusahan dan mengurniakan kebaikan.

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menhilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNya.." 

[Petikan Surah Yunus:Ayat 107]

Untuk Septemberr kita nak ubah sikit format kita nak kongsi motivasi dari geng sahabat kita di fesbook ke sini. At least ada jugak pengisian kan, nak belajar formal tu kadang susah so kita santai-santai jer Sambil jenjalan tengok barang-barang umrah yang dicari.

Anda bolek klik kat page di header untuk lihat apa-apa produck yang anda cari ya. Kita masih teruskan promosi merdeka sampai bulan 9/9/2019

JANGAN LUPA GRAB  set telekung poket ziarah, kasut tawaf dan jubah cotton tshirt


HANYA RM200.00 SAHAJA

NORMAL PRICE RM228.00.

ANDA JIMAT RM28.00 

BOLEH KLIK LINK DIBAWAH

WASSAP 019-2883235 (WASAP SAHAJA)

PROMOSI MERDEKA 2019

Saturday, August 24, 2019

TESTIMONI TELEKUNG UMRAH HAJI

Inj hajjah zulaika baru jer balik dari menunaikan haji dan umrah. Pergi haji dengan mak dan ayah. Mak wheel chair jadi anak perempuan kena ikut mesti ada pengiring.

Rezeki Allah swt she's only 16 years old dah dapat gi menunaikan haji. Syukur. Pesan kak hajjah kat dia, jagalah haji tu sebaiknya. Peluang kedua belum tentu ada. Mungkin banyak cabaran kita ni terutama anak-anak muda yang dah bergelar haji dan hajjah.

Zulaikah pilih telekung poket hitam dan telekung ziarah Putih klassic x Ada Poket.

Nak merisik telekung umrah haji kami boleh wassay ya Kak Hajjah 011-27902884

JEMAAH HAJI BERANSUR PULANG, JEMAAH UMRAH DAH NAK TERBANG

ALHAMDULILLAH, musim haji ini semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan baik. Tiada musibah yang berat cuma diberitakan banjir kilat berlaku, tu pun keadaan nya terkawal.

Penerbangan balik pertama dah tiba, pada hari Isnin dan adindaku penerbangan kedua pun dah selamat sampai ke Malaysia.

Selesai musim haji nanti jemaah umrah pula akan terbang ke Tanah Suci Makkah dan Madinah. Sekarang jemaah umrah dibenarkan masuk awal ke sana. Banyak kelebihannya pergi selepas musim haji berbanding cuti sekolah.

1. Jemaah belum ramai suasana tak bersesak selesa sangat nak umrah dan saie.

2. Suasana di Raudhah jugak masih tenang tak perlu nak bersesak-sesak seperti musim cuti sekolah.


Sempena Bulan Merdeka ni kami pun ada promosi untuk barang haji dan umrah untuk anda dan keluarga.

Nak tau?  Tunggu ya kita promote tak ada page khas nanti senang you all terjah jer kat situ ya.

BYE STAY TUNE

Monday, August 12, 2019

SALAM AIDIL ADHA@ HARI RAYA QURBAN

Sebulan tak bersiaran macam gi haji pulak tu. Selamat Hari Raya Aidil Adha @ hari raya Qurban,

Duduk luar kawasan line sendu, sampai give up nak bersiaran. InsyaAllah tak lama lagi balik kawasan boleh selalu berkongsi info dan cerita di sini.

Pengalama balik Hari Raya Aidil Adha bila cuti jatuh hari minggu bersambung dengan cuti sekolah. Semua orang tersangkut di jalanan. Kami yang balik nak beraya di Perak pun duduk kat atas jalan 5 - 6 jam. Apatah lagi orang yang nak balik beraya di Pantai Timur dan Utara.

Tapi walau macam manapun semua orang tetap nak balik berhari raya Qurban dengan keluarga di kampung tu. Tu lah cantiknya silaturrahim kan.

Hari ini kami dah balik ke Selangor sebab anak-anak tengah periksa tak boleh nak horay-horay tau.

Dengan rasminya kami mula postage dan delivery esok. Kalau nak merisik atau melamar boleh wassap ya 0192883235.

Friday, July 12, 2019

JUBAH SELUAR HAJI UMRAH

Hari Jumaat nie 12/7/2019 kami ada dua pilihan jubah seluar  untuk anda.

Nak yang ringan ada, Yang berat sikit kainnya pun ada. Dua-dua jubah seluar ni pun selesa bila pakai anda rasa dapat energy lain macam bak kata sahabat tengok jer set ni rasa tak tertahan nak gi haji. Tabahlah jemputan tu urusan Allah swt, tapi boleh gi Umrah dulu.

Pada permulaannya kita ada pilihat kain cotton tee sahaja, atas permintaan muslimat nak kan fabrik yang lebih ringan dan lembut dan cepat kering kami perkenalkan pula fabrik cotton jepun yang super cool nie. Kami pun ada jubah labuh untuk fabrik cotton jepun jugak.

Set A - Pilihan Jubah seluar Cotton jepun dengan sentuhan Renda Yang nampak exclusive.




Jubah Seluar Renda - saiz M - 3XL - rm170.00
Mini Telekung poket - rm80.00
Kasut Tawaf - Saiz 36 - Saiz 46 - rm58.00
Jumlah - RM308.00  DISKAUN 10% - 30.08

JUMLAH bersih - RM277.90

Set B - Pilihan Jubah Cotton tee Yang simple tapi tetap jadi pilihan. Adik kakak dia orang kata best woo. Selesa benor gi ker jamrah Tu.


Jubah Seluar Cotton Tee - SAIZ S - 3XL- RM90 - 110
Mini Telekung poket - RM80.00
Kasut Tawaf - Saiz 36 - Saiz 46 - RM58
Jumlah - RM228.00 - RM248 DISKAUN 10% 

JUMLAH bersih - RM205.20 - RM223.20 

PERCUMA - sepasang handsock cotton
percuma - 1 tasbih tawaf


Dua-dua set kami pakej kan dengan telekungpoket dan kasut tawaf.

Nak merisik tu Boleh Wassap jer ya Kak Hajjah 0192883235



Thursday, July 4, 2019

TIPS BAWA BARANG KE ARAFAH WAKTU HAJI 2019


APA NAK BAWA KE ARAFAH WAKTU WUKUF

Bawa brg Jangan berlebihan, bawa 1 beg cukup. Beg tabung haji 5kg tu dah Cukup.

🌺Packing pakaian dan keperluan yang cukup. Untuk keselesaan bawa pakaian jenis kain kapas (cotton), selipar toilet, kasut dan setokin yg selesa utk perjalanan melontar.

🌺Baju kaftan Cotton 3 helai. 1 untuk tidur, dalam khemah dan solat. Jubah gelAp 3 utk solat dan pakai harian dan melontar.

🌺tudung sarung utk memudahkan pergerakan.

🌺Bawa tuala muka untuk mengesat peluh ketika bjln melontar nanti

🌺Pakaian melontar kita tak terikat utk memakai telekung, memadai berjubah/jubah seluar menutup aurat. Apapon semua terpulang pada jemaah ya.

🌺Tak salah jika jemaah mahu membawa sedikit bekalan seperti sambal2 kering @ ikan masin sebagai penambah selera.  Disamping beramal pemakanan juga perlu kita jaga untuk  tenaga berjln jauh.

🌺Bawa sedikit ubat-ubatan. Gula-gula ubat batuk,  minyak angin dan minyak panas untuk urut kaki jika lenguh.  Bekalan vitamin yang diberikan oleh tabungg haji sila bawa kerana disana amat berguna.  Bawa sedikit handyplas takut kaki kita melecet jika guna kasut yg kurang sesuai.

boleh klik link
Untuk Pesanan
Wassap Kak Hajjah 019-2883235

🌺Banyak baca quran dan zikir. Jangan membawang dan bergelak ketawa berlebihan ketika berwukuf di Padang Arafah dan Mina.

Jadikan buku nota kecil sebagai rakan bicara sementara kita. Tulis segala yg penting utk rujukan. Jangan lupa bawa doa2 saudaramara, sahabat handai yg berhajat. Tulis dgn baik supaya tidak tertinggal utk kita doakan disana nanti.   Semoga Jemaah semua akan dirahmati Allah. Insyallah..


Kredit fb Hana Rahman
#telekungmusleema
#kelengkapanhajiumrah
#alumnibnc

TREND TERKINI KASUT TAWAF

Sekarang dah jadi #trend Kasut tawaf sporty nie. 

Tapi Kasut tawaf sporty Boleh pakai outdoor dan indoor kerana tapaknya keras

Kasut tawaf biasa Boleh pakai indoor sahaja.

Tapi anda kena pasti kan Kasut tawaf anda ni tapaknya sentiasa bersih. Sebelum masuk tempat tawaf dan saie.

Sediakan wet Tissue untuk lap Tapak Tu. Sekiranya anda sakit tapak kaki boleh beli insole untuk letak kat dalam ada jual di farmasi. 

Lagi satu pilih saiz Yang betul untuk keselesaan.

Nak hadiah untuk bonda dan sahabat handai boleh 


wassap Kak Hajjah 019-2883235


SAIZ 36 hingga SAIZ 46
harga asal RM58.00
harga promosi hingga RM48.00 hanya untuk 1st 30 pasang



 wassap Kak Hajjah 019-2883235



Sunday, June 30, 2019

BERMULANYA PERJALANAN HAJI 2019


Petugas Tabung Haji mula tiba di Makkah dan Madinah

Share Tweet Share


KUALA LUMPUR: Kumpulan seramai 151 lagi petugas Tabung Haji (TH) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada hari Khamis lalu.

TH menerusi kenyataan hari ini memberitahu petugas itu adalah kumpulan kedua petugas awal yang tiba bagi membuat persiapan menyambut ketibaan jemaah haji yang akan tiba kira-kira seminggu lagi, yang mana kumpulan pertama petugas seramai 13 orang tiba pada 23 Jun lalu.

“Mereka adalah sebahagian daripada 640 orang petugas yang akan menyantuni jemaah haji negara pada musim haji kali ini. Kumpulan petugas lain akan tiba secara berperingkat bersama jemaah haji bermula 4 Julai ini.

“Petugas haji yang tiba dengan berpakaian ihram ini sudah menunaikan umrah sebelum bergerak ke sektor masing-masing di Makkah dan Madinah pada Jumaat, 28 Jun,” menurut kenyataan itu.

Suasana di Makkah dan Madinah masih lengang kerana jemaah haji dari seluruh dunia hanya akan mula memasuki Makkah dan Madinah secara berperingkat bermula 1 Zulkaedah atau 4 Julai ini.

Cuaca pada musim haji tahun ini dijangka panas dengan suhu terkini sudah mencecah 32 hingga 47 darjah Celsius dan ia adalah antara cabaran bagi 30,200 Jemaah Haji Malaysia sepanjang mengerjakan haji, menurut kenyataan itu lagi.

TH menyediakan sebanyak 62 penerbangan sewa khas yang akan membawa jemaah haji sehingga 4 Ogos 2019. Hari wuquf dijangka pada 9 Zulhijjah bersamaan 10 Ogos ini. – BERNAMA


Teringat dan kagum dengan santun pegawai dan petugas Tabung Haji masa hajj 2015. Senyum sambut jemaah pada hari nak beangkat hinggalah hari kami balik ke Malaysia walaupun dah pukul 12.30 malam.

Di Tanah suci tengok sendiri cara mereka semua bertugas sangat berdedikasi. Pada diri saya sendiri saya tak dak komen or komplen melainkan 1000 of thank you to all of you.

Anda mencari barang keperluan haji dan umrah boleh belek dekat link page di atas atau klik sahaya di sini KELENGKAPAN HAJI UMRAH ANDA.

Kak Hajjah 019-2883235


BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA