*RENUNGAN PAGI* ๐
Musibah secara ringkasnya ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia iaitu berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan, bencana dan lain lain. Jadi, Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai. Kita tidak suka kematian tetapi siapa yang boleh mengelak daripada kematian ? Kita benci kesakitan tetapi itu adalah lumrah hidup.
Musibah ditakdirkan UNTUK menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai ( walaupun hakikatnya Allah Maha Mengentahui ) sejauh mana keimanan hati kita.
Musibah ditakdirkan UNTUK menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai ( walaupun hakikatnya Allah Maha Mengentahui ) sejauh mana keimanan hati kita.
Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita.Musibah ada sekurang kurangnya tiga jenis ( walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja ) tetapi yang berbeza adalah disebabkan keadaan diri yang menerimanya dan bagaimana dia bertindak ketika menghadapi musibah tersebut. Tiga jenis musibah itu adalah :-
1. *Kafarah*- *Berlaku ke atas orang yang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.* Maka musibah itu diturunkan sebagai *tebusan* untuk menghapuskan dosa dan keterlanjurannya. Ertinya, Allah membalas kesalahannya didunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.
Ringkasnya, *kafarah* ialah ujian untuk *orang baik yang berbuat jahat*. Dengan ujian itu *orang baik* tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan keterlanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.
2. *Bala* - *Satu bentuk ujian yang dikenakan ke atas "orang jahat" yang melakukan kejahatan.* Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum di hukum dengan lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaanNYA Allah turunkan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama didunia dan kedua di akhirat.
3. *Ibtila'* - *Musibah yang dikenakan keatas orang baik ketika dia melakukan kebaikan*.
Ringkasnya, *ibtila'* iaitu ujian ke atas *orang baik yang buat baik*. Golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk *ibtila'* ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran, supaya kita mengambil ibrah dan hikmah daripadanya.
๐ *Waallahu'aklam* ๐
๐ *Waallahu'aklam* ๐
Tiada ulasan:
Catat Ulasan