Selasa, 31 Julai 2018

BERITA SEDIH UNTUK JEMAAH HAJI TAJAAN 1MDB



Tak minat sangat nak komen, tapi kalau dah bagi tawaran kenapa tak di teruskan sahaja dengan perbelanjaan sendiri. Sedih pilu dihati mereka, bila persediaan dah dibua tiba-tiba tawaran ditarik balik. Mungkin tahun ini bukan rezeki mereka nak jadi tetamu Allah.

Rezeki itu datang dari berbagai jalan hanya Allah yang mengetahui.

Soal mabrur itu bukan atas ukuran kita manusia. Allahu 'aklam.


Rabu, 25 Julai 2018

STOKIN TERAPI IKHTIAR UNTUK ANDA YANG SAKIT KAKI

Kebanyakan jemaah yang berusia dan yang pertengahan usia 30-an mengalami sakit kaki dari lutut hingga ke hujung kaki. Faktor utama samada berat badan ataupun kecederaan yang dialami. 

Ramai yang melakukan berbagai ikhtiar dengan mencari supplement, ubat tahan sakit dan juga dapatkan rawatan physioteraphy untuk melegakan kesakitan. 

Semua maklum sangat yang sepanjang mengerjakan haji dan umrah sangat memerlukan tenaga dan kekuatan kaki untuk melakukan ibadah dan bergerak dari hotel ke masjid dan kawasan sekitarnya.

Apakata cuba compressions socks pula. Pengalaman saya memakainya sendiri alhamdulillah telah mengurangkan sakit tapak kaki dan tumit apabila bangun dari tidur.



Stokin ini adalah sejenis compression socks.

Compression socks digunakan untuk tujuan membantu melancarkan aliran darah.
Kaki bengkak, sembab, sakit kaki, fatigue leg (lenguh kaki), sakit tumit dan lain2 dapat dibantu menggunakan stokin ini.


Siapa yang sesuai untuk gunakan stokin ni?

Sesiapa sahaja, ibu mengandung, mereka yang kerap travel/outstation, pekerjaan yang banyak berdiri (seperti cikgu, nurse, doktor, polis trafik dan lain2), orang2 tua dan lain2.

Boleh Wassap saya kat 0192883235


Saiz ikut saiz kasut,

Ada :-
Free size - bawah 11
Extra size - 11 ke atas

Penggunaan ;

Minimum 2 jam sehari
Maksimum 10 jam. Lepas 1 jam, boleh sambung pakai balik.

Pakai waktu berdiri, berjalan atau nak tidur.
Siang atau malam


Cara jaga;-
Cuci dgn air biasa, Jangan Guna dryer atau spin.

Boleh Wassap saya kat 0192883235

Isnin, 23 Julai 2018

JEMAAH HAJI DAPAT KHEMAH AIR COND KAT MINA


TAHNIAH kat Luth yang sentiasa bekerja keras menambah baikkan perkhidmatan kepada jemaah haji Malaysia.

Selepas berjaya dengan prapelepasan di imigresen tanah air, jemaah haji Malaysia bakal menikmati satu lagi kemudahan baharu iaitu khemah berhawa dingin di Padang Arafah semasa wukuf bagi musim haji 1439H ini.

Pengerusi Majlis Tertinggi Muassasah Asia Tenggara Muhammad Amin Hassan Andarqiri berkata Malaysia merupakan negara pertama di dunia bagi jemaah muassasah yang dibekalkan khemah berhawa dingin ketika wukuf.

"(Pada mulanya) bagi tahun ini, kita telah membuat perjanjian dengan Tabung Haji untuk menaik taraf kemudahan kipas wap air kepada kipas penyejuk udara.

"Namun kerana hubungan baik antara kedua-dua negara, kami memutuskan untuk menaik taraf kemudahan ini terus kepada pendingin hawa, khusus untuk jemaah haji Malaysia. Ini adalah jaminan daripada saya," katanya selepas majlis taaruf bersama pengurus 12 maktab penginapan jemaah Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir ketua rombongan haji Malaysia Datuk Seri Syed Salleh Abdul Rahman.

Muhammad Amin berkata pihaknya mengambil inisiatif memasang alat pendingin hawa berikutan cuaca panas yang dijangka mencecah 50 darjah Celcius di Arafah tahun ini semasa wukuf.

"Saya sudah memaklumkan kepada Datuk Seri (Syed Salleh) untuk menasihati jemaah haji Malaysia membawa kain ihram tambahan (semasa di Arafah) kerana suhu di dalam khemah sangat sejuk, antara 24-25 darjah Celcius," katanya.

Malaysia dipilih bagi menjayakan projek perintis itu selepas mengadakan perbincangan dengan pengurusan Tabung Haji untuk menaik taraf kemudahan muassasah Malaysia di Padang Arafah.

Beliau berharap dengan adanya kemudahan itu jemaah Malaysia akan lebih selesa beribadah ketika wukuf di Arafah yang juga kemuncak kepada Rukun Islam kelima itu.

Muhammad Amin turut memuji disiplin tinggi yang dipamerkan oleh jemaah muassasah Malaysia sepanjang musim haji tahun lalu.

Katanya, pencapaian itu bukan sahaja membanggakan Tabung Haji dan Malaysia, tetapi turut diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebagai jemaah yang wajar dicontohi oleh negara lain di dunia.

Sementara itu, Syed Salleh berkata majlis pada hari ini merupakan satu majlis bagi pengurus-pengurus maktab di Makkah berkenalan dengan lebih rapat sesama Muassasah Asia Tenggara sebelum operasi haji di sini bermula.

"Pada Ahad malam, kumpulan jemaah haji Malaysia yang pertama akan tiba di Makkah dari Madinah, menandakan permulaan operasi kita di sini.

"Apabila keadaan bertambah sibuk nanti (selepas ketibaan jemaah haji), persefahaman dari segi kerjasama dan sistem operasi kedua-dua belah pihak adalah amat penting dalam memastikan kelancaran operasi kita nanti," katanya.

Melalui majlis taaruf itu, beliau berkata pengurus-pengurus maktab Tabung Haji dan anggota muassasah Asia Tenggara akan dapat saling memahami dan mengukuhkan lagi persefahaman yang sudah sedia terjalin.

Dari segi layanan team TABUNG HAJI MALAYSIA memang 1st class tahniah untuk semua kakitangan LUTH. Layanan VIP dari hari pertama melangkah pergi hingga hari kembali ke tanah air memang tidak dapat dilupakan.

Nota : Sumber Astro Awani


NAK CARI BARANG UMRAH KLIK LINK KAT BAWAH


Whatsapp Kak Hajjah 0192883235



Sabtu, 21 Julai 2018

BADAL HAJI



SUASANA di aras bawah pusat operasi Tabung Haji (TH) di bangunan Abraj Al-Janadriyah


Kita banyak tengok iklan badal haji di tampal kat pagar masjid dan surau, tampal kat pokok dengan bermacam-macam harga dari RM1400.  Ada yang mendakwa dilakukan oleh pelajar-pelajar dan pemastautin di Arab Saudi.

Lembaga Urusan Tabung Haji juga ada membuka peluang kepada orang ramai untuk upah badal haji. Kosnya agak tinggi dibandingkan dengan pihak lain. Cumanya dalam urusan ini Tabung Haji lebih teliti dalam pemilihan pembadal haji. Sesi temuduga dilakukan untuk memastikan calon-calon berkenaan memang layak untuk jadi pembadal haji.

Sumber  harian melaporkan pusat operasi Tabung Haji (TH) di bangunan Abraj Al-Janadriyah di sini, agak sesak apabila ratusan penduduk tempatan hadir menjalani temu duga untuk menjadi 'pembadal' atau pelaksana upah haji.

Ia berikutan sambutan menggalakkan penduduk Makkah yang memohon untuk menjadi pembadal haji pada musim haji kali ini, dengan proses temu duga diadakan pada Rabu dan Khamis lalu.

TH membuka peluang kepada penduduk Makkah menjadi pembadal haji kerana menghadapi kekurangan pelaksana upah haji pada tahun ini.

Khidmat badal atau upah haji adalah khidmat sokongan disediakan TH kepada umat Islam Malaysia yang ingin melakukan ibadat haji atas nama ahli keluarga atau sesiapa saja yang sudah meninggal dunia.

Pengarah Operasi Bimbingan TH, Tengku Aziz Raja Abdullah, berkata pihaknya menerima 4,927 permohonan badal haji daripada umat Islam di Malaysia sejak permohonan secara atas talian diperkenalkan buat pertama kalinya pada Mei lalu.

Ia adalah permohonan paling tinggi berbanding tahun sebelum ini. Sebanyak 3,900 permohonan diterima pada tahun lalu.

Katanya, sehingga pagi Khamis lalu, pihaknya sudah menyempurnakan 3,300 permohonan badal haji dengan menyerahkan surah pelantikan kepada pembadal terpilih dan yakin baki 1,627 lagi akan diselesaikan dalam masa terdekat.

"Dalam pangkalan data TH, ada 5,600 pembadal yang sudah kita temu duga dan dikenal pasti layak untuk kita serahkan amanah untuk melaksanakan badal haji.

"Bagaimanapun, ramai pembadal bukan warga Arab Saudi dan tahun ini kita ada sedikit masalah berkaitan permit mereka kerana pihak berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan mereka tinggal lama di sini.

"Mereka kena pulang sementara ke tanah air masing-masing, sama ada Thailand atau Indonesia. Jadi, kita ada sedikit kekurangan pembadal tetapi akan pastikan semua 4,927 permohonan badal haji diterima, akan kita laksanakan tahun ini," katanya.

Tengku Aziz berkata, disebabkan kekangan untuk menyediakan pembadal, pihaknya menetapkan jumlah maksimum permohonan badal haji yang akan disempurnakan ialah 5,000.

"Jika ada permohonan lagi sehingga melebihi 5,000, ia akan dibawa ke tahun berikutnya," katanya.

Beliau berkata, upah bagi melaksanakan badal haji ialah RM3,000 atau 2,400 riyal dan bayaran itu akan diberikan kepada pembadal menerusi dua peringkat iaitu sebelum dan selepas wukuf.

"Pembayaran peringkat pertama sebanyak 1,000 riyal dilakukan ketika mereka menerima surat lantikan, manakala pembayaran kedua untuk menyelesaikan bakinya, kita akan tanya dan semak untuk sahkan yang mereka benar-benar sudah laksanakan badal haji dan badal umrah bagi si mati," katanya.

Sementara itu, pembadal haji, Yaakob Ramli, 40, berkata dia sudah lapan tahun berturut-turut menjadi pelaksana badal haji yang diamanahkan kepada TH oleh umat Islam di Malaysia.

Beliau yang dilahirkan di Makkah dan ibu bapanya berasal dari Patani, Selatan Thailand, dan statusnya sebagai 'ahli' (penduduk) Makkah, memberi kelebihan kepadanya untuk menjadi pembadal haji.

"Sebagai ahli Makkah, kami tak perlu permit tapi kalau orang luar Makkah, contohnya dari Jeddah atau Madinah, mereka dikenakan bayaran dan perlu permit untuk buat haji," katanya.

Yaakob berkata, walaupun organisasi pengurusan haji dari negara lain turut menawarkan kepada penduduk tempatan untuk menjadi pembadal haji, beliau tidak pernah menyertainya kerana lebih senang dan selesa dengan TH.

"Sistem TH menyenangkan. Semua urusan cepat dan lancar. Bayaran yang diberi kepada kami juga amat memuaskan," katanya.

Kredit Berita Harian - 21st Julai 2018


Klik sini untuk Kelengkapan Haji Dan Umrah Anda
whatsapp Kak Hajjah - 0192883235



Selasa, 17 Julai 2018

MINI JUBAH DAN TELEKUNG POKET

Terimakasih repeat order lagi ya. Minggu lepas kita poskan mini jubah hitam, nak cuba dulu padan ker tak. Minggu ini order lagi untuk mini jubah putih. Puan Zai from Terengganu

Mini Jubah kami tak fancy sangat tapi praktikal dan jimat dan senang diurus semasa mengerjakan haji dan umrah.




"Telekung poket ada stok ker? Saya nak hadiah untuk kawan nak pergi haji" Puan Junita from Sabah.

Alhamdulillah pesanan yang ke-empat dari Puan Junita terimakasih ya.



NAK DAPATKAN KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH ANDA MARI KLIK

PAKAIAN HAJI DAN UMRAH ANDA

WASSAP 0192883235 kak hajjah

Jumaat, 13 Julai 2018

PAKAI KASUT TAWAF KURANG SAKIT KAKI

Masalah yang selalu dihadapi oleh jemaah yang berumur ialah sakit lutut dan sakit tumit.  Sakit bila berjalan banyak terutama bila naik turun tangga. Tapi jangan risau kat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ada lif dan escalator.

Sekarang pun dah ada kemudahan scooter yang boleh disewa untuk saie. Tapi tak feel lah kalau tak dapat jalan kaki buat tawaf da saie kan? Kami sarankan anda pakai alas kaki yang tebal seperti kasut tawaf dan stokin yang tebal ataupun pakai stokin solat sekali.

Kasut Tawaf tapaknya ada anti slip dan dalam ada spandex, ditambah lagi dengan stokin yang tebal akan beri cushion pada tapak kaki anda. 




Berbagai kelebihan bila anda pakai kasut tawaf untuk bertawaf dan saie.:-
  • Kasut tawaf melindungi kaki dari pecah atau merekah, ramai pelanggan kami membeli kasut tawaf ini untuk kegunaan dirumah juga. 
  • Memberi support kepada hajjah yang sakit tapak kaki dan sakit lutut. Dalaman berspan memberi rasa selesa untuk berjalan dan berdiri lama dan kurang tekanan kepada lutut jugak. 
  • Kasut tawaf tinggi had buku lali tidak mudah tercabut ketika membuat aktiviti tawaf, saie dan bersolat juga. 
  • Kasut tawaf ini khas untuk kegunaan indoor sahaja tak sesuai untuk outdoor kecuali dipakai dengan kasut biasa diluarnya. 
  • Saiz kasut tawaf ini free size, tetapi setelah membuat beberapa penelitian kami dapati 
  1. kasut tawaf corak sesuai untuk muslimah hingga saiz kasut 7, 
  2. kasut tawaf velvet plain sesuai sehingga saiz kasut 10 
  3. Kasut tawaf polyester sesuai sehingga saiz kasut 10 
  • Kasut tawaf ini dari material velvet DAN polyester alas dalam pula adalah span, bila dipakai sangat selesa sebab membantu mengurangkan sedikit tekanan kepada kaki anda. 
  • Tapak pula ada anti licin, sesuai untuk tawaf dah saie kerana kasut ini mengelakkan anda dari tergelincir. 
Menjadi pilihan ramai jemaah wanita kerana kelebihan yang saya terangkan diatas.

testimony "kak hajjah sendiri bawak masa gi haji, kawan-kawan kak hajjah jugak mengakuinya"


Untuk belian/pertanyaan stok whatsapp/sms 
Kak Hajjah @ tel : +60192883235


COPY WRITING HAK CIPTA TELEKUNGMUSLEEMA

Isnin, 9 Julai 2018

CUACA PANAS MUSIM HAJI - TERIMAKASIH PETUGAS TABUNG HAJI


SUMBER BERITA HARIAN: --

SEPANG: Jangkaan cuaca panas di Arab Saudi yang suhunya boleh mencecah sehingga 50 darjah Celsius antara cabaran bakal dihadapi 30,200 jemaah haji Malaysia sepanjang menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata jemaah haji dinasihatkan untuk menjaga kesihatan masing-masing sepanjang berada di sana selain mematuhi arahan dikeluarkan TH.

"Cuaca panas sepanjang musim haji ini antara cabaran perlu dihadapi oleh jemaah. Alhamdulillah, TH sudah memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka.

"Langkah ini bagi memastikan jemaah haji Malaysia bersedia menghadapi suasana cuaca panas selain menjaga kesihatan masing-masing, malah rombongan petugas perubatan juga berada di sana untuk memberikan bantuan dan rawatan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelepasan Kumpulan Kedua Petugas Haji ke Tanah Suci di Kompleks TH Sepang di sini, hari ini.

Syed Saleh berkata, tahun ini seramai 600 petugas haji bertugas di Tanah Suci dengan kumpulan pertama membabitkan 13 petugas teknologi maklumat (IT) berlepas pada 2 Julai lalu dan 141 orang pada hari ini, manakala kumpulan seterusnya pada 11 Julai ini.

"Kumpulan kedua pada hari ini terdiri daripada 62 petugas kebajikan, 63 petugas perubatan dan 16 petugas media berlepas jam 2.45 petang dengan penerbangan Malaysia Airlines dan dijadual tiba jam 6.45 petang waktu tempatan.

"Penerbangan jemaah haji Malaysia menggunakan dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines dan Flynas, manakala tahun ini kali pertama pelepasan dibuat di Kompleks Haji Sepang selepas 36 tahun ia dilaksanakan di Kompleks Haji Kelana Jaya," katanya.

Mengulas lanjut, Syed Saleh berkata, pihaknya bersedia memberi khidmat terbaik kepada semua jemaah haji, malah petugas haji juga sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani.

"Petugas haji terbabit sudah melalui persiapan bagi memantapkan ilmu selain menguatkan ketahanan fizikal dalam memberi khidmat terbaik kepada jemaah haji," katanya.

Kumpulan jemaah haji pertama Malaysia akan berlepas 14 Julai ini, manakala penerbangan ke Tanah Suci terakhir pada 15 Ogos ini.

Sebanyak 81 penerbangan sewa khas digunakan bagi operasi haji tahun ini, menggunakan 40 pesawat Malaysia Airlines dan 41 pesawat Flynas.

Penerbangan pulang jemaah haji Malaysia dijadualkan pada 29 Ogos hingga 25 September.

Kak Hajjah berterima kasih dengan petugas Tabung Haji semua yang bertugas dengan senyuman yang tak lepas dibibir menghadapi kerenah kami makcik dan pakcik nie. Yang kadang-kadang banyak songeh macam budak kecik.

Kepada bakal haji dan hajjah berikan kerjasama kepada mereka, banyakkan bersabar ya.

Semoga anda semua dapat haji mabrur. Nah hadiah korang lagi nie mesti nangis punya.


Jumaat, 6 Julai 2018

MINI JUBAH UNTUK KAK HAJJAH



Salam Jumaat sayang minggu depan dah mula penerbangan dah kunci beg ker belum.  Dah penuh kunci jer kak. Kalau tak setiap hari nanti kakak kemas beg selagi tak pergi ker KLIA tu.

Apa pun jangan berserderhana sahajalah, jangan fikir 40 hari tu nak bawa 40 helai nanti Abang haji membebel nak usung beg kakak tau. Follow jer saranan Tabung Haji dan ustaz penceramah jangan bimbang cukuplah nanti. Kat sana cuaca tak sama memang tak der hangit bau badan kak.

Kakak boleh bawa stokin lebih atau handsock lebih sikit nanti boleh hadiah kat kawan-kawan atau kak jemaah lain yang stokinnya nipis atau koyak.  Duduk sebilik jangan berkira sangat dengan kawan-kawan nanti apa-apa masalah kawan sebiliklah yang kita nak minta tolong.

Kalau kakak suka pakai seluar panjang dan blouse, Mini Jubah adalah pilihan yang tepat. Kami kat telekungmusleema menyediakan mini jubah kain cotton tshirt dan mini jubah kain cotton jepun.

Alhamdulillah dah hampir 10 tahun Mini Jubah kami jadi pilihan ramai.  Kami utamakan kualiti dan keselesaan. Jangan risau mini jubah kami tahan lasak.  Kami design pakaian simple tetapi praktikal. Mudah untuk anda urus disana. 

Kelebihan fabrik kami tak perlu digosok, kain lembut dan longgar. Saiz standard  kami S - 2XL, saiz plus size anda boleh buat tempahan dengan kami ya.Fabrik kami tahan lasak IsyaAllah tak mudah koyak. Kembali dari mengerjakan haji anda boleh simpan untuk pakai ketika umrah pula.

Mini Jubah memudahkan pergerakan kerana jemaah haji banyak berjalan sepanjang di Tanah Suci, handa dengan memadankan dengan telekung poket anda sudah boleh solat atau berziarah di sekitar Kota Makkah.

Kami tawarkan untuk dua pilihan 
 1. Kain  Cotton tshirt 




Mini Jubah Hitam
Mini Jubah Putih


Jika Puan Hajjah berminat nak pakai mini Jubah boleh wassap saya
di 0192883235

Dengan harga mampu milik, sekarang upah untuk menjahit mini jubah sahaja RM60.00 - RM80.00. Kami tawarkan harga siap jahit dari rm90.00 +++



 warna hitam dan putih
Kain Cotton Jepun

Jika Puan Hajjah berminat nak pakai mini Jubah boleh 
                         wassap saya di 0192883235 


Rabu, 4 Julai 2018

TUDUNG LABUH UMRAH HAJI - TAMBAHAN WARNA

TUDUNG MOSS CREPE
HIJAU TUA
SAIZ 2XL - LABUH 25 INCI
TUDUNG MOSS CREPE
BLUE BLACK & HITAM
SAIZ 2XL - LABUH 25 INCI

TUDUNG MOSS CREPE
HIJAU PEACH
SAIZ 2XL - LABUH 25 INCItion

TUDUNG DENIM
BLUE BLACK
SAIZ 3XL - LABUH 27 INCI

 TUDUNG DENIM COKLAT
SAIZ 3XL - LABUH 27 INCI

 TUDUNG DENIM UNGU

SAIZ 3XL - LABUH 27 INCI


 PESANAN DAN BELIAN BOLEH WASSAP SAYA
019-2883235 - KAK HAJJAH




ADAM RAYQAL MALAYSIA MENANGIS

Hari ini satu Malaysia bercakap tentang bayi comel Adam Rayqal. Sebelum ini kita tak kenal pun baby Adam dan orang tuanya. Tapi hari ini jadi headline kat tv, surat khabar dan media sosial.

Saya tak nak ulas lagi kronologinya cuma biq why dalam kepala ini apa dah jadi dengan orang Malaysia ni terutama yang Islam. Majoriti kes yang keluar kat media pelaku dan mangsa semua orang Melayu Islam. Buang anak, bunuh anak, dera anak. Why????

Simpton penyakit mental dah jadi barah kah? Masalah ekonomi kah? Kurangnya didikan agama kah?

Ini bukan masalah individu ini masalah masyarakat?? Bukan hal anak orang tapi urusan setiap orang. Ngilu rasa hati bila baca apa saja kaitan dengan dera anak ni Kak Hajjah skrol laju-laju. Aku jadi trauma kot mula teringat ker cucu kita.

Ibu ayah bawalah keluargamu kembali ke jalan yang Allah swt redhai. Bebaskanlah keluargamu dari api neraka. Sayang anak bukan bagi semua kehendaknya. 

Orang dulu pun garang tapi tak derlah sampai mati pun. Anak 8 nak kasi makan dan sekolah. Baju ganti masa raya jer. Lauk nasi, ikan kering, telor dan ikan basah. Jumpa ayam sesekali, daging masa kenduri kahwin. 

Apakah kita sekarang ambil mudah semua perkara. Sudah hilangkah ihsan dan insan dalam diri kita.

Takziah untuk ibu ayah Adam bersabarlah nak, Allah swt cuma bagi pinjam kat kita, mungkin dia cuma mintak nak lihat dunia tetapi bukan melalui cabaran dunia.

No photo sebab Kak Hajjah rasa jadi ngilu hati tengok muka baby comel nie.




Selasa, 3 Julai 2018

AKSESORI JEMAAH HAJI MUSLIMAT

Ramai yang request akessori jemaah hajjah seperti sarung tangan, stokin, kasut tawaf jugak ya. Kita share apa yang Ustaz upload kat you tube.  Supaya semua muslimat faham kenapa perlu pakai handsock.

Kak Hajjah tak reti nak ulas secara ilmiah jadi kita share apa yang Ustaz bagitau.  Rajin-rajin lah bertanya kepada Ustaz dan ustazah kat majlis ilmu untuk lebih jelas

Kami juga nak share stok baru punya handsock yang kami bawa masuk untuk dpilih bagi kat isteri dan anak perempuan anda jugak.





Handsock Aqua

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA