Isnin, 23 Julai 2018

JEMAAH HAJI DAPAT KHEMAH AIR COND KAT MINA


TAHNIAH kat Luth yang sentiasa bekerja keras menambah baikkan perkhidmatan kepada jemaah haji Malaysia.

Selepas berjaya dengan prapelepasan di imigresen tanah air, jemaah haji Malaysia bakal menikmati satu lagi kemudahan baharu iaitu khemah berhawa dingin di Padang Arafah semasa wukuf bagi musim haji 1439H ini.

Pengerusi Majlis Tertinggi Muassasah Asia Tenggara Muhammad Amin Hassan Andarqiri berkata Malaysia merupakan negara pertama di dunia bagi jemaah muassasah yang dibekalkan khemah berhawa dingin ketika wukuf.

"(Pada mulanya) bagi tahun ini, kita telah membuat perjanjian dengan Tabung Haji untuk menaik taraf kemudahan kipas wap air kepada kipas penyejuk udara.

"Namun kerana hubungan baik antara kedua-dua negara, kami memutuskan untuk menaik taraf kemudahan ini terus kepada pendingin hawa, khusus untuk jemaah haji Malaysia. Ini adalah jaminan daripada saya," katanya selepas majlis taaruf bersama pengurus 12 maktab penginapan jemaah Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir ketua rombongan haji Malaysia Datuk Seri Syed Salleh Abdul Rahman.

Muhammad Amin berkata pihaknya mengambil inisiatif memasang alat pendingin hawa berikutan cuaca panas yang dijangka mencecah 50 darjah Celcius di Arafah tahun ini semasa wukuf.

"Saya sudah memaklumkan kepada Datuk Seri (Syed Salleh) untuk menasihati jemaah haji Malaysia membawa kain ihram tambahan (semasa di Arafah) kerana suhu di dalam khemah sangat sejuk, antara 24-25 darjah Celcius," katanya.

Malaysia dipilih bagi menjayakan projek perintis itu selepas mengadakan perbincangan dengan pengurusan Tabung Haji untuk menaik taraf kemudahan muassasah Malaysia di Padang Arafah.

Beliau berharap dengan adanya kemudahan itu jemaah Malaysia akan lebih selesa beribadah ketika wukuf di Arafah yang juga kemuncak kepada Rukun Islam kelima itu.

Muhammad Amin turut memuji disiplin tinggi yang dipamerkan oleh jemaah muassasah Malaysia sepanjang musim haji tahun lalu.

Katanya, pencapaian itu bukan sahaja membanggakan Tabung Haji dan Malaysia, tetapi turut diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebagai jemaah yang wajar dicontohi oleh negara lain di dunia.

Sementara itu, Syed Salleh berkata majlis pada hari ini merupakan satu majlis bagi pengurus-pengurus maktab di Makkah berkenalan dengan lebih rapat sesama Muassasah Asia Tenggara sebelum operasi haji di sini bermula.

"Pada Ahad malam, kumpulan jemaah haji Malaysia yang pertama akan tiba di Makkah dari Madinah, menandakan permulaan operasi kita di sini.

"Apabila keadaan bertambah sibuk nanti (selepas ketibaan jemaah haji), persefahaman dari segi kerjasama dan sistem operasi kedua-dua belah pihak adalah amat penting dalam memastikan kelancaran operasi kita nanti," katanya.

Melalui majlis taaruf itu, beliau berkata pengurus-pengurus maktab Tabung Haji dan anggota muassasah Asia Tenggara akan dapat saling memahami dan mengukuhkan lagi persefahaman yang sudah sedia terjalin.

Dari segi layanan team TABUNG HAJI MALAYSIA memang 1st class tahniah untuk semua kakitangan LUTH. Layanan VIP dari hari pertama melangkah pergi hingga hari kembali ke tanah air memang tidak dapat dilupakan.

Nota : Sumber Astro Awani


NAK CARI BARANG UMRAH KLIK LINK KAT BAWAH


Whatsapp Kak Hajjah 0192883235



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA