Khamis, 24 November 2016

DAPAT TAWARAN PERGI HAJI TAPI DUIT TAK CUKUP

Tahniah kepada ikhwan yang dah dapat surat jemputan haji untuk tahun hijrah 1438.

Hari ini Kak Hajjah seperti biasa pergi bukak booth di suatu tempat yang berdekatan dengan kawasan Kak Hajjah tinggal. This is 2nd time hadir ke situ.

Ada dua orang lagi penjaja macam Kak Hajjah buka meja kat situ seorang bawa roti yang seorang lagi berniaga kain tudung. Jemaah pun tak ramai ada 40 orang jer lebih kurang. Zaman gawat nie sales kurang ler mengancam boleh lah dapat duit minyak dan duit lunch. Syukur alhamdulillah.

Sebelum balik adik jual tudung sempat meluahkan perasaannya dengan Kak Hajjah, minta kita doakan dia supaya di beri jalan untuk menunaikan haji next year.  Beliau dah dapat tawaran haji tetapi serba salah sebab keadaan kewangan yang agak ketat. Bisnes asalnya adalah printing sebab merudum sangat dia mula beralih kepada pakaian. 

Sekarang adik jual tudung ni agak buntu, beliau dah mendaftar lama dah untuk pergi haji apabila jemputan sampai duit masih diawang-awangan. Pada 1hb December sesiapa yang menerima tawaran kena cukupkan duit dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM11,000 tu.

Kak Hajjah, boleh rasa kesedihannya apa yang saya bagitau dia tadi jawab surat tawaran tu dan buat solat hajat dan istikharah, sekiranya kewangan belum cukup itu bukanlah lagi kewajipan kepadanya. Berdoa moga Allah swt bagi dia jalan untuk mencukupkan perbelanjaannya untuk pergi Haji nanti.

2 ulasan:

  1. Amin. Semoga dia dapat jugak pergi haji..

    www.fatindays.com

    BalasPadam
  2. inshaAllah, ada rezeki nak hantar ibu bapa dulu untuk haji

    BalasPadam

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA