Jumaat, 4 November 2016

SOLAT MESTI PAKAI TELEKUNG KER?

Pelik tak tajuk kat atas tu.

Apa itu telekung?

Soalan ni kalau tanya kat budak tadika pun dia boleh jawab, tapi kalau tanya kat nenek atau opah rasanya kena penampar kot.

Tapi tak perlah sendiri jawablah kan, telekung is dua helai kain yang berjahit satu untuk tutup bahagian atas macam kain tudung yang besar dan satu lagi untuk dijadikan sarung.

Warna Telekung tu mesti putih ker?

Awak nak pakai telekung putih ker, telekung hitam ker atau telekung merah pun buleh tetapi sunnahnya kita pakai putih. Sebab Rasulullah s.a.w suka pakai warna putih.Nanti kita meninggal pun bawa kain putih juga.
telekung vietnam putih - sangat laris


telekung hitam vietnam yang sangat hot
Kalau awak nak pakai telekung tu kain bercorak pun boleh, cumanya awak akan menganggu sedikit pandangan orang lain nanti sebab telekung awak tu kan sangatlah meriah tau. Ditambah pulak dengan sulamnya yang berkelip-kelipan tu ya.

Telekung dulu-dulu

Zaman opah-opah kita telekung tu tak canggih macam sekarang ooh.  Kain putih tu dilipat dua agak-agak muat badan dia lepas tu bahagian depan dijahit sampai ke bahagian muka cukup-cukup saiz muka dia orang tu. Kat bahagian dahi tu dikedut-kedut sikit samada letak getah atau dia jahit. Bahagian dagu letak kekek, kain kecik tiga segi untuk tutup dagu.  Kalau dagu terbuka solat awak sah, sebab dagu tu aurat jugak.

Bila pakai tu bersegi jer rupanya telekung tu tak jadi bulat, tak jumpalah renda-renda macam sekarang nie.

Kalau tak der telekung tak boleh solat ker

Telekung bukan syarat sah untuk solat. Asalkan menutup aurat dengan sempurna tudung yang besar dan lebar pun boleh dibawa untuk solat asalkan tidak jarang. Menutup tangan dan kaki anda dengan sempurna.

Sekarang kan dah ramai muslimah yang bertudung labuh hingga bawah paras punggung. Bertudung sebegini pun sudah boleh dibawa bersolat.  Apabila tiba waktu solat mereka ni akan yang berpakaian begini boleh singgah di mana-mana untuk solat.

saiz tudung labuh ready for solat

telekung sulam cotton
Tetapi jika anda dah biasa bawak telekung atau simpan telekung sepasang dalam kereta itupun sangat baik juga.

Jangan kerana anda tidak mempunyai telekung anda tidak solat.

telekung sulam kain koshboo

from kelantan suka telekung ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA